Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Isnin, 19 Jun 2023

Amalan Gaya Hidup Sihat - Anda mampu mengubahnya!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini? Di doakan sihat sejahtera fizikal & mental nya. 

Seram tengok berita sekarang, ramai sangat yang mengalami pelbagai jenis sakit fizikal atau mental. 

Dalam artikel di petik dari nona, 10 penyakit paling popular di Malaysia ,
1. Sakir jantung
2.  Penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD)
3. Kencing Manis 
4. Strok
5. Kanser pancreas
6. Kanser Prostate
7. Tekanan Darah Tinggi
8. Batu Karang
9. Obesiti 
10. Gaut 

Dan Sebenarnya semua penyakit di atas ni berkait dengan Amalan Gaya Hidup yang TIDAK SIHAT. Kita boleh lihat bagaimana gaya hidup di kalangan ahli keluarga ataupun sahabat yang ada penyakit di atas. 


 Kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk amalan gaya hidup sihat yang dapat kita praktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Jadi, jika Anda ingin tahu lebih banyak tentang bagaimana saya menjaga kesehatan diri, teruskan membaca ya!




Keperluan menjaga pemakanan yang sihat. 


Kita semua tahu bahwa makanan adalah sumber energi bagi tubuh kita. Oleh itu, penting bagi kita untuk memilih makanan yang memberikan nutrisi yang mencukupi. Dalam pemilihan makanan, ada baiknya kita merujuk kepada informasi ilmiah.. Kita perlu memastikan pemakanan kita mengandungi semua nutrisi penting seperti karbohidrat, protein, lemak sehat, vitamin, dan mineral. Jangan lupa juga untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan menghindari makanan berlemak tinggi, berlebihan gula, dan berproses.

Tidur yang mencukupi dan berkualiti 


Selain pemakanan, tidur yang cukup juga merupakan faktor penting dalam gaya hidup sehat. Ketika tidur, tubuh kita beristirahat dan memulihkan energi. Para ilmuwan menyarankan agar kita tidur selama 7-8 jam setiap malam untuk memastikan tubuh dan pikiran kita berfungsi dengan baik. Tidur yang berkualitas juga membantu memperbaiki sistem kekebalan tubuh dan memperbaiki mood kita. Oleh itu, pastikan kita menciptakan lingkungan tidur yang nyaman dan tenang, serta menghindari gangguan seperti cahaya terang atau suara bising.

Kekal aktif dengan melakukan senaman harian


Senaman harian juga tidak boleh diabaikan dalam gaya hidup sehat. Kita perlu memberikan perhatian kepada aktivit yang dapat meningkatkan kecergasan dan kekuatan fisik kita. Aktiviti seperti berjalan kaki, berlari, berenang, atau berolahraga di gym dapat membantu meningkatkan kekuatan otot, menjaga berat badan, dan meningkatkan kesihatan jantung dan menjaga berat badan yang ideal. Cuba cari aktiviti yang kita minati agar kita lebih termotivasi untuk melakukannya secara konsisten.


Persekitaran yang bersih dan nyaman


Selain itu, saya juga ingin menekankan pentingnya persekitaran yang sihat dalam gaya hidup kita. Persekitaran yang bersih dan bebas dari polusi dapat membantu kita menjaga kesehatan dengan baik. Usahakan untuk menjaga kebersihan diri dan sekitar kita. Pastikan kita tinggal di rumah yang bersih, minum air yang bersih, dan menjaga kebersihan lingkungan tempat kerja atau sekolah. Jangan lupa juga untuk menjaga kebersihan tangan dan mengamalkan langkah-langkah kebersihan yang diperlukan, terutama dalam situasi wabah seperti saat ini.

Itulah beberapa tips gaya hidup sihat dari saya. Kita semua tahu bahwa kesihatan adalah kekayaan yang paling berharga. Dengan menjaga pemakanan, tidur yang cukup, aktif secara fisik, dan menjaga lingkungan yang sehat, kita dapat memperoleh gaya hidup yang lebih baik dan lebih sehat. Jadi, mari kita terapkan tips-tips ini dalam kehidupan sehari-hari kita dan jaga kesihatan dengan baik.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini ! Sampai jumpa lagi di entri blog seterusnya. 

Semoga kita semua sihat sejahtera dan dipanjangkan usia yang berkat

Nak PRODUK Shaklee atau nak renew keahlian shaklee nak mulakan BISNES ONLINE Shaklee? Jom saya bantu 😃


Wasap.my/60136216522/NakShaklee

#RakanShaklee Anda,

Anisah Khalid

...

Moga dapat hadiah istimewa tajaan Master Norita, www.anakkuwira.com
Buat anda semua nak baca lebih banyak testimoni boleh singgah di blog Master Norita ya. 

entri saya ini menyahut saranan Master N di sini  kongsi-testimoni-produk-shaklee

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

Khamis, 7 Jun 2018

5 Tips kekal segar semasa perjalanan balik kampung

Semua pakat nak balik kampung kannn? Ni saya share 5 tips untuk kekal segar di jalan raya.

Yelah pakat nak balik kampung. Jem sana sini. Kang naik stress. Jadi kita kena protect diri kita lah awal awal. Taknak nanti di hari raya monyok semacam.

1. Tidur dengan cukup tau sebelum mulakan perjalanan

2. Ambil makanan yang sihat sebelum mulakan perjalanan.

3. Guna tuala lembab untuk pastikan kita sentiasa rasa segar bugar dalam perjalanan balik kampung

4. Kadang kadang tu berhenti lah sekejap. Buat stretching ringan ringan

5. Tidur sekejap dalam 20 minit untuk recharge balik tenaga. Jangan tidur time driving okehh.


Selain tu, pastikan minum Vivix ye time berbuka mahupon bersahur agar dapat bagi tenaga cepat buat badan.

Bawaklah sekali toner Youth. Spray spray je nanti. Feeling awesome sangat tau!

Bawak bekal bancuhan Performance drink dan Vivix kalau drive time tak puasa. Time puasa jangan dicuba. Nanti duk terliur pulak 😅

Drive safely. Ingat orang tersayang tauu. Hati hati dan jangan kalut kalut. Tak lari pon kampung tu. Ada je kat situ. 🙊

Nak vitamin di atas? Sempat ni nak order. Lekasss.

#ProjekBuatDuitRM2000
#Anisah0136216522

Rabu, 15 Julai 2015

Tips Gaya Sihat Berhari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Apa khabar anda hari ni? Apa khabar diet anda hari ni? Sama2 kita doa kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan diberkati dunia akhirat.

Diam tak diam, Ramadhan 1436H bakal melabuhkan tirainya.
Moga tarbiyah Ramadhan, amalan ibadat yang kita pupuk diri di bulan Ramadhan, berterusan di masa hadapan inshaallah.

Tips ini dikongsikan oleh rakan yang mendengar ikim.fm, pilihan utama anda! Hehe. Promote jap, saya sendiri gemar mendengar ikim. Banyak sesi tazkirah/ ceramah dan drama radio yang bermanfaat yang dikongsikan, di selang selikan dengan bacaan Al Quran, nasyid dan lain2.

Jom kita sama2 beringat dikala raya ni, sebulan berpuasa bukanlah bermakna kita boleh makan sebanyak2nya pulak kan? Perut kita yang di detox dengan baik, inshaallah di kekalkan dengan baik.


TIPS GAYA SIHAT BERHARI RAYA
=============================

Dalam perjalanan balik kampung dalam kereta kami dengar IKIM.FM

Topik yang sangat saya suka. Tips gaya hidup sihat semasa berhari raya.

Antara tips yang dikongsikan.

1. Pastikan anda pandai memilih makanan yang sihat.

2. Dalam banyak-banyak hidangan raya mana yang lebih sihat contoh rendang, ketupat, lontong, lemang dan soto. Pilihlah ketupat dan soto kurang berlemak dan bersantan.



3. Bawa air mineral siap-siap dari rumah kerana kebiasaan tetamu akan dijamu dengan air manis. Cukup sekadar secawan air manis untuk satu hari ye. Bukan secawan air manis untuk setiap rumah ye.

4. Apa yang anda perlu tahu kuih muih dan biskut raya yang dihidangkan mengandungi kandungan gula, marjerin yang tinggi tahap gulanya serta lemak tepunya.

Rata-rata kandungan kalori dalam sepotong kuih tersebut ada yang mencecah 100 kcal.

Ambillah kuih sekadar merasa bukan melantak ye.

5. Berjalan kaki semasa berkunjung dari rumah ke rumah sebagai satu exercise ( sekiranya rumah dekat2)

6. Tuan rumah digalakkan melayan tetamu secara berdiri. Biar tetamu duduk tetapi tuan rumah berdiri supaya mudah membakar kalori.

7. Ringan-ringan tulang membasuh pinggan at least bawa pinggan ke dapur sebagai satu aktiviti sihat.

8. Sekiranya ada 10 buah rumah yang nak dikunjungi. Plan pengambilan makanan anda supaya tidak lebih dari kalori yang diperlukan.

Average keperluan kalori perempuan 1,200 kcal.
Average keperluan kalori lelaki 1,600 kcal sehari.

Pastikan tidak lebih dari keperluan kalori sehari anda ye.

Boleh install Apps yang boleh kira kalori setiap hari di telepon canggih anda. Contoh MyFitness pall atau dalam info sihat sebagai panduan pengiraan kalori anda setiap hari.

Awas apa yang anda makan hari ini akan menentukan bentuk badan anda hari esok.

Sayangi diri anda. Amalkan gaya hidup sihat demi orang tersayang.

Pesanan dari ikim.fm dan team info sihat.

Saya hanya share supaya anda sama-sama dapat manfaatnya.

Sila Share dengan rakan-rakan anda.

Rabu, 28 Mei 2014

MEMBUKA PINTU REZEKI MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini? Alhamdulillah, moga kita semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam perlindungan & rahmat Allah swt. 

Hari ni saya ingin berkongsi 10 Tips membuka rezeki berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. 
 (teks asal dikongsikan oleh rakan saya). 
Semoga kita istiqamah dalam mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. InshaAllah. 



1. Taqwa
 "Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH SWT nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan (yang dikehendaki) nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah ath-Thalaq: 2-3).



2. Tawakkal
 Nabi SAW bersabda: "Seandainya kamu bertawakkal kepada ALLAH dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

3. Solat Dhuha
Firman ALLAH dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)



4. Istighfar
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Surah Nuh: 10-12).


"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada ALLAH), nescaya ALLAH menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan, dan ALLAH akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka." (HR Ahmad, Abu Dawud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim).

5. Silaturrahim
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan di akhirkan ajalnya (di panjangkan umurnya), hendaknyalah ia menyambung (tali) silaturrahim."

6. Sedekah
Sabda Nabi SAW: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)




7. Berbuat Kebaikan
"Barangsiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan." (Surah Alqashash:84)

Nabi bersabda: "Sesungguhnya ALLAH tidak akan zalim kepada hamba-Nya yang berbuat kebaikan. Dia akan dibalas dengan diberi rezeki di dunia dan akan dibalas dengan pahala di akhirat." (HR. Ahmad)

8. Berdagang
Dan Nabi SAW bersabda: "Berniagalah, kerana sembilan dari sepuluh pintu rezeki itu ada dalam perniagaan." (Riwayat Ahmad)

9. Bangun Pagi
Fatimah (puteri Rasulullah) berkata bahawa saat Rasulullah SAW melihatnya masih terlentang di tempat tidurnya di pagi hari, Baginda SAW mengatakan kepadanya, "Puteriku, bangunlah dan saksikanlah kemurahan hati Tuhanmu, dan janganlah menjadi seperti kebanyakan orang. ALLAH membahagikan rezeki setiap harinya pada waktu antara mulainya subuh sampai terbitnya matahari." ( H.R. Al-Baihaqi)

Aisyah r.ha juga menceritakan sebuah hadits yang hampir sama maknanya, yang mana Rasulullah SAW bersabda, "Bangunlah pagi-pagi untuk mencari rezekimu dan melakukan tugasmu, kerana hal itu membawa berkah dan kejayaan." (H.R. At-Tabarani)

10. Bersyukur
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim:7)

Setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah, lakukan setiap perkara kerana Allah... inshaAllah. dipermudahkan urusan kita. 

Kisah motivasi dan inspirasi menjadi USAHAWAN berjaya... 
Ilmu MAHAL yang diberi FREE melalui  ebook sila click 

Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE


Isnin, 9 September 2013

Magic Raya di Kelab Sultan Sulaiman,2013

Assalamualaikum dan Salam Kejayaan, 

Apa khabar anda hari ini? 

Alhamdulillah, kita semua masih sihat dan bernafas sehingga ke hari ini. 

Alhamdulillah… satu ungkapan yang semakin kerap saya lafazkan setelah menyertai bisnes Shaklee.

Alhamdulillah… Saya terpilih untuk berada dalam satu kumpulan bisnes Shaklee yang sangat mengagumkan. 

Perkenalan alam maya telah membawa kami ke perjumpaan di mana sesi perkongsian tips, nasihat dan strategi bersama mereka yang telah berjaya.
Semaga Magic Raya Ogos 2013
Banyak yang saya pelajari, pelajaran yang tidak dapat diterima dari mana-mana kelas akademik. Kami dibekalkan dengan master checklist agar kami tahu apa yang perlu dilakukan. Ia turut merangkumi dunia & akhirat.

Kami di ajar dan diingatkan,

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...