Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? Alhamdulillah, moga kita semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam perlindungan & rahmat Allah swt.
Hari ni saya ingin berkongsi 10 Tips membuka rezeki berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
(teks asal dikongsikan oleh rakan saya).
Semoga kita istiqamah dalam mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. InshaAllah.
1. Taqwa
"Barangsiapa
yang bertaqwa kepada ALLAH SWT nescaya Dia akan mengadakan baginya
jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya
ALLAH akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH melaksanakan
urusan (yang dikehendaki) nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan
ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah ath-Thalaq: 2-3).
2. Tawakkal
Nabi
SAW bersabda: "Seandainya kamu bertawakkal kepada ALLAH dengan
sebenar-benar tawakkal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi
rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat
Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin
al-Khattab r.a.)
3. Solat Dhuha
Firman
ALLAH dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau
malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha),
nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
4. Istighfar
"Mohonlah
ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya
Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan
harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan
(pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Surah Nuh: 10-12).
"Barangsiapa
memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada ALLAH), nescaya ALLAH
menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap
kesempitannya kelapangan, dan ALLAH akan memberinya rezeki (yang halal)
dari arah yang tiada disangka-sangka." (HR Ahmad, Abu Dawud, an-Nasa'i,
Ibnu Majah dan al-Hakim).
5. Silaturrahim
Imam
Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang senang
untuk dilapangkan rezekinya dan di akhirkan ajalnya (di panjangkan
umurnya), hendaknyalah ia menyambung (tali) silaturrahim."
6. Sedekah
Sabda
Nabi SAW: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan
kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)
7. Berbuat Kebaikan
"Barangsiapa
yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih
baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa yang datang dengan
(membawa) kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang-orang
yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan (seimbang) dengan apa
yang dahulu mereka kerjakan." (Surah Alqashash:84)
Nabi
bersabda: "Sesungguhnya ALLAH tidak akan zalim kepada hamba-Nya yang
berbuat kebaikan. Dia akan dibalas dengan diberi rezeki di dunia dan
akan dibalas dengan pahala di akhirat." (HR. Ahmad)
8. Berdagang
Dan Nabi SAW bersabda: "Berniagalah, kerana sembilan dari sepuluh pintu rezeki itu ada dalam perniagaan." (Riwayat Ahmad)
9. Bangun Pagi
Fatimah
(puteri Rasulullah) berkata bahawa saat Rasulullah SAW melihatnya masih
terlentang di tempat tidurnya di pagi hari, Baginda SAW mengatakan
kepadanya, "Puteriku, bangunlah dan saksikanlah kemurahan hati Tuhanmu,
dan janganlah menjadi seperti kebanyakan orang. ALLAH membahagikan
rezeki setiap harinya pada waktu antara mulainya subuh sampai terbitnya
matahari." ( H.R. Al-Baihaqi)
Aisyah r.ha juga
menceritakan sebuah hadits yang hampir sama maknanya, yang mana
Rasulullah SAW bersabda, "Bangunlah pagi-pagi untuk mencari rezekimu dan
melakukan tugasmu, kerana hal itu membawa berkah dan kejayaan." (H.R.
At-Tabarani)
10. Bersyukur
"Sesungguhnya
jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan
jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat
pedih." (Surah Ibrahim:7)
Setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah, lakukan setiap perkara kerana Allah... inshaAllah. dipermudahkan urusan kita.
Kisah motivasi dan inspirasi menjadi USAHAWAN berjaya...
Ilmu MAHAL yang diberi FREE melalui ebook sila click
Usaha...Doa...dan TAWAKAL.
Feel free to LIKE and SHARE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan