Assalamualaikum dan Salam kejayaan,
Baru-baru ini, ada beberapa rakan saya merangkap pelajar universiti meluahkan rasa..'mereka ingin bernikah, namun ahli keluarga minta habiskan degree & master dulu... ataupun tunggu 2-4 tahun berkerja dahulu' Risau tak dapat makan pula nnt. ..Astaghfirullah..
InshaAllah rezeki Allah itu luas kan...
Alhamdulillah, keluarga kami memberi sokongan yang sangat baik.
Beberapa hari lalu, ada seorang rakan berkongsi mengenai 'anak' shaklee beliau yang saya olahkan mengikut dalam bentuk jalan cerita. Sungguh ia satu kisah inspirasi kepada saya sendiri. Ada beberapa persamaan kisah beliau dan suami dan kisah saya&suami. Persamaan yang paling ketara... kami berkahwin pada usia 20tahun.
~ Kisah Inspirasi ~
Perasaan 'suka' bermula sejak si isteri berumur 16tahun, Dengan doa beliau 'Ya Allah, jika dia jodohku, kau permudahkan urusannya' . Siapa sangka..beliau tidak bertepuk sebelah tangan, bakal suami, yang kini suami beliau juga turut menyambut 'tepukan' .
Alhamdulillah ... Mereka di nikahkan semasa Isteri berumur 20 tahun, Suaminya pun masa tu umur 20 tahun. Katanya wawasan 2020
Walaupun pada awalnya niat mereka ditentang & dihalang, tapi mereka
dpt juga berkahwin, dgn izin Allah & dgn restu keluarga.Alhamdulillah.
Tahun ini mereka berusia 26 tahun. Beliau berkelulusan master degree & suaminya pula doktor yg komited dgn usaha dakwah.
Ya, mereka masih muda, tetapi Allah didik mereka dgn kehidupan ini... itulah tarbiah drp Allah.
Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki mereka. Kini, perkahwinan mereka diceriakan dengan kehadiran 3 org cahaya mata.
Lebih mengembirakan lg, mereka akan mengerjakan haji pada tahun ini, pada usia yg masih muda Allah jemput mereka.Itulah rezeki daripada Allah.
Apa yg kita boleh belajar daripada kisah mereka:
PERTAMA
Betapa Allah jamin rezeki kita.. selagi mana kita jaga HAK Allah, Allah
jaga hak kita.. umpamanya mereka la, berkahwin awal untuk elakkan
maksiat.. mereka telah menjaga hak Allah & Allah permudahkan
kehidupan mereka dgn rezeki yg tak putus2.
KEDUA
Apapun yg kita lalui dlm hidup kita ini, semuanya adalah tarbiah drp Allah... terpulang pd kita, bagaimana utk mengambilnya.
KETIGA
REZEKI kita tak siapa yg tahu....Siapa sangka rezeki mereka hari ni... umpamanya anak Shaklee sy tu...
KEEMPAT
Kita yg memilih jalan hidup kita.
Mari kita doakan semoga mereka dan kita semua sentiasa dimurahkan rezeki & dlm
peliharaan Allah sentiasa... .
Mereka pasangan suami isteri yg harus dijadikan contoh oleh generasi muda hari ini.
Betapa...
KITA JAGA HAK ALLAH, ALLAH PASTI JAGA KITA.
KITA JAGA HAK ALLAH, ALLAH PASTI PENUHI HIDUP KITA.
~Kisah asal di petik dari facebook sideline shaklee saya~
Petikan surat khabar... bukti ramai yg semakin cemerlang selepas berkahwin |
AllahuAkbar, membaca kisah beliau, membuat saya terkenang kisah sendiri, Saya dan suami juga berkahwin di usia yang muda, semasa kami menyuarakan hasrat untuk berkahwin, ada yang kurang setuju..'ala muda sangat lagi, belajar pun belum habis lagi, & mcm2 lagi.
Satu pesan abah yang memang saya pegang...'Abah, kasi kahwin awal, tapi dengan syarat FOKUS pada belajar, FOKUS untuk berjaya dalam hidup untuk dunia dan akhirat'
Alhamdulillah, berkat perkahwinan kami, kami sama-sama lebih 'score' sewaktu Diploma Sains Kuantitatif , UiTM Melaka suatu ketika dahulu. Dan Alhamdulillah, juga sepanjang saya mengikuti Ijazah Sarjana Muda Matematik Pengurusan, UiTM Shah Alam.
Setiap orang punyai cabaran yang berbeza, cabaran kami tentunya berbeza dengan mereka yang belum berkahwin. Namun, kami melalui cabaran tersebutlah, menjadikan kami lebih kuat dan berusaha lebih lagi. Alhamdulillah, dengan izinNya.. kami berjaya!
Alhamdulillah, antara kenangan terindah di dalam hidup, konvo Diploma & Degree..
Masa ni, saya mengandungkan anas 5 bulan. |
Konvo Cik Suami, bersama anas berumur 7bulan |
Konvo degree bersama dua orang anak |
Alhamdulillah, terlalu banyak jasa dan pengorbanan seisi keluarga, para pensyarah dan sahabat-sahabat dalam kami berjaya dalam pelajaran dan juga berjaya sehingga kini. Alhamdulillah.
InshaAllah, dengan ilmu yang telah kami pelajari yang formal mahupun tidak formal, sentiasa akan dikongsikan dengan orang lain. InshaAllah. ilmu akan lebih diserap dan sebati dalam diri, bila di kongsikan dengan orang lain.
Alhamdulillah...
Di awal perkahwinan, kami punyai plan yang pelbagai, sebolehnya untuk kebahagiaan bersama inshaAllah. Namun, setelah beberapa tahun bersama, bukan setiap perancangan berjalan seperti yang di rancang, sungguh kita sebagai manusia hanya mampu merancang, dan berusaha...Allah sebaik-baik penentunya.
Alhamdulillah...
Seperti perkenalan kami dengan shaklee, adalah secara tidak dirancang. Saya baru berkenalan dengan shaklee setahun yang lalu..kisah nya di sini Perkenalan pertama.
Alhamdulillah, satu keputusan yang inshaAllah tepat. sebab bila kita duduk di dalam kumpulan yang sentiasa positif, yang sentiasa bergantung pada yang Maha Esa, yang Maha Memberi Rezeki... AllahuaAkbar. Ukhuwah yang terbina bukan hanya untuk bisnes, bukan hanya untuk dunia, tetapi amat di tekan-tekankan untuk akhirat.
Seminar-seminar yang di jalankan, penekanan untuk mempunyai ViSION BOARD dan 101 impian menjadikan kami lebih berusaha untuk mencapai impian.
InshaAllah bulan Jun ni, saya dan suami akan bersama menaiki pentas di National Conference Shaklee menerima award pertama kami. Antara kejayaan kami dalam dunia bisnes. Salah satu perancangan yang Allah aturkan untuk kami. Alhamdulillah. percaya-sebelum-berjaya
InshaAllah, More to come, when we never ever stop giving...
Saya doakan anda yang membaca, berjaya, kaya dunia akhirat..inshaAllah.
Semoga kita semua sentiasa dalam keberkatan Allah swt.
Terima kasih kerana meluangkan masa...
Usaha...Doa...dan TAWAKAL.
Feel free to LIKE and SHARE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan