Memaparkan catatan dengan label strok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label strok. Papar semua catatan

Khamis, 21 Januari 2016

Putaran Kehidupan... harapan seorang ayah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini? moga sihat2 selalu dengan izinNya. 

Kisah ini menjadi viral di watsap...;) sayu rasa hati. saya kongsikan di sini supaya ia sentiasa menjadi peringatan buat kita semua. yelah kalau kat WA kan, macamana nak baca balik bila dah makin lama... tak kuasa pula nak scroll balik kan? 

Sedangkan kita ni manusia yang sentiasa perlukan peringatan, yang sentiasa perlukan sokongan dan bimbingan, yang perlukan kasih sayang di antara sesama manusia dan juga alam. yang penting, kita perlukan redha orang tua kita, redha ibu ayah, redha Allah swt. 


Kisahnya begini ...

Ada seorang anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat angin ahmar ke kedai makan mamak yg terkenal utk makan tengahari. Ayahnya teringin sangat nak makan nasi beriani kat kedei tu. Masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2. Setelah diduduk ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun pesan makanan lauk2 kari.
Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.

Maklumlah pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot. Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang, ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik. Namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Setelah selesai makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,

"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab anak lelaki tu , "ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah, towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."

Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau. Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu. Kedua, kamu telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.

Pakcik lihat, pekerja2 restoran mamak pun turut terharu, malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."
Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah, saya sayang abah saya... abah kena stroke... moga2 abah cepat sembuh.



Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?

👪Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

Anakku...
Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku, 
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..
Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...

😟Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil, 
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah. 
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

Anakku...
Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas. 
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.
Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....
Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..
Menjadi ikhtibar pd kita kalau masih ada ibubapa dn post kan lah artikel diatas kpd group keluarga atau group peribadi,juga kpd keluarga sendiri.. sebab kite x nak kite atau anak2 kite sentiasa berdosa dgn ibubapa kite atau ibubapa mereka...


RENUNG2 KAN LAH......
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NNTI KITALAH EMAK/ KITALAH AYAH PULA....

Inilah kisahnya... mungkin ia bukan berlaku di depan mata kita, mungkin ia bukan berlaku pada saudara mara kita sekarang... tetapi satu masa nanti? kita tak tahu kan. 

Berbaiklah dengan orang tua kita, berbaiklah pada nenek datuk, ibu bapa, kakak abang adik dan semua orang... sebab kita tak tahu, mungkin satu masa nanti.. kita sangat2 memerlukan mereka. 



Kisah ini mengingatkan saya tentang putaran kehidupan,

 sewaktu kita kecil...
 sewaktu kita tidak punya apa...
 sewaktu kita tak tahu buat apa2...
 sewaktu kita hopeless...
 sewaktu dunia kita sangat bermakna bila ada ibu ayah di sisi...

Waktu tu, ibu ayah kita memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian untuk memastikan kita cukup makan minum pakai nya. 

Jadi, kini.. bila kita semakin dewasa, putaran kehidupan sudah pusing... mereka pula memerlukan kita sebagaimana kita perlukan mereka sewaktu ketika dahulu. 

Alhamdulillah, ibu ayah saya juga ibubapa mertua masih kuat, masih bekerja... masih boleh menguruskan diri sepenuhnya. 

Cuma, saya dah nampak putaran kehidupan ini pada nenek kami... datuk? sudah lama meninggal dunia (Al-fatihah). nenek perlukan perhatian, nenek perlukan kasih sayang dari anak2 , cucu2 dan cicit2. Dulu, nenek lah yang banyak berjasa di kala mak /mama sibuk bekerja. Ya Allah, limpahkan kasih sayang di antara kami... 

Ya Allah, panjangkan usia mereka, berikan mereka kesihatan yang baik dan beri lah kami peluang untuk berbakti pada mereka, berkati kehidupan mereka dunia dan akhirat. Aamin Ya Rabbalamin


Sila SHARE untuk peringatan bersama. Moga ia menjadi pencen kubur buat kita semua. :) 


Jumaat, 27 Februari 2015

Minuman Isotonik Pilihan Ramai, Performance Drink

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ni? Moga sihat, ceria, dan bahagia hendakNya.

Sekarang ni, pasca-banjir kita sedang berhadapan dengan musim panas dan di jangkakan musim panas ini sehingga awal April.


Terkini, sedang viral mengenai strok haba! Apa tu strok haba? Jom tengok ilustrasi di bawah...

Strok haba, suhu badan melebihi 40.5C
Bahaya tau strok haba ni, jadi jom pakat sama2 elakkan strok haba ni terjadi pada diri kita, ahli keluarga dan rakan-rakan. 


Memetik kata Pakar Kesihatan dari akhbar Utusan Online

Pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua. 

“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

 “Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya. 

Kesimpulannya?

Musim Panas ni... kita sangat2 di galakkan minum air suam, air isotonik dan kurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada panas terik!

Apa pilihan minuman isotonik yang ada di pasaran?

kebanyakkan isotonik bergas + manis!

Tapi takan lah sebabkan nak isotonik, gula pula terlebih kan?

Pilihan yang jauh lebih selamat, jeng jeng.. inilah die PERFORMANCE DRINK.

Sedap tau!

Nyummy dan menyegarkan... Saya suka2!

Performance Drink di hidangkan di Faizland

Setahun yang lalu, saya pernah kongsikan mengenai performance drink ni... sila click-->


Ok semua, jom2... nak order boleh jer terus contact saya ya.

KEKAL CERGAS dan SIHAT walaupun di musim panas, inshaAllah.

Semoga sihat selalu, 
Anisah Khalid 

~Feel Free to LIKE and SHARE~
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Khamis, 3 Julai 2014

Vivix International Testimonial

Assalamualaikum wbt and Hello, 

How are you? We are so lucky to be in the month of July 2014 with VIVIX PROMOTION from Shaklee, a magic tonic that has helped so many people with so many disease, pain and even between life and death. 

This collection of international testimonial are shared by Shaklee Master Coordinator, Iffah Anuar, who is a SLE patient survivor who have been using vivix for years. And Of course with Allah's willingness. Alhamdulillah. 

Happy Browsing...

Feel Free to Like & Share. 
...


Vivix™ Cellular Anti-Aging Tonic …. Liquid Dietary Supplement

Vivix Cellular Anti-Aging Tonic is a revolutionary breakthrough in the fight against cellular aging. Developed after years of research by Shaklee Corporation, the number one natural nutrition company in the U.S., Vivix is the world’s best anti-aging supplement. In laboratory studies, Vivix ingredients have been shown to impact the four key mechanisms of cellular aging.
A 30 day supply of Vivix delivers the equivalent amount of resveratrol found in 3,000 glasses of red wine, and Vivix ingredients are 10x more powerful in slowing a key mechanism of aging than resveratrol alone. All natural. Patent pending. Clinically tested key ingredients. Exclusive




Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...