Khamis, 21 Januari 2016

Putaran Kehidupan... harapan seorang ayah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini? moga sihat2 selalu dengan izinNya. 

Kisah ini menjadi viral di watsap...;) sayu rasa hati. saya kongsikan di sini supaya ia sentiasa menjadi peringatan buat kita semua. yelah kalau kat WA kan, macamana nak baca balik bila dah makin lama... tak kuasa pula nak scroll balik kan? 

Sedangkan kita ni manusia yang sentiasa perlukan peringatan, yang sentiasa perlukan sokongan dan bimbingan, yang perlukan kasih sayang di antara sesama manusia dan juga alam. yang penting, kita perlukan redha orang tua kita, redha ibu ayah, redha Allah swt. 


Kisahnya begini ...

Ada seorang anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat angin ahmar ke kedai makan mamak yg terkenal utk makan tengahari. Ayahnya teringin sangat nak makan nasi beriani kat kedei tu. Masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2. Setelah diduduk ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun pesan makanan lauk2 kari.
Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.

Maklumlah pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot. Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang, ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik. Namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Setelah selesai makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,

"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab anak lelaki tu , "ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah, towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."

Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau. Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu. Kedua, kamu telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.

Pakcik lihat, pekerja2 restoran mamak pun turut terharu, malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."
Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah, saya sayang abah saya... abah kena stroke... moga2 abah cepat sembuh.



Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?

👪Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

Anakku...
Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku, 
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..
Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...

😟Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil, 
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah. 
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

Anakku...
Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas. 
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.
Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....
Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..
Menjadi ikhtibar pd kita kalau masih ada ibubapa dn post kan lah artikel diatas kpd group keluarga atau group peribadi,juga kpd keluarga sendiri.. sebab kite x nak kite atau anak2 kite sentiasa berdosa dgn ibubapa kite atau ibubapa mereka...


RENUNG2 KAN LAH......
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NNTI KITALAH EMAK/ KITALAH AYAH PULA....

Inilah kisahnya... mungkin ia bukan berlaku di depan mata kita, mungkin ia bukan berlaku pada saudara mara kita sekarang... tetapi satu masa nanti? kita tak tahu kan. 

Berbaiklah dengan orang tua kita, berbaiklah pada nenek datuk, ibu bapa, kakak abang adik dan semua orang... sebab kita tak tahu, mungkin satu masa nanti.. kita sangat2 memerlukan mereka. 



Kisah ini mengingatkan saya tentang putaran kehidupan,

 sewaktu kita kecil...
 sewaktu kita tidak punya apa...
 sewaktu kita tak tahu buat apa2...
 sewaktu kita hopeless...
 sewaktu dunia kita sangat bermakna bila ada ibu ayah di sisi...

Waktu tu, ibu ayah kita memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian untuk memastikan kita cukup makan minum pakai nya. 

Jadi, kini.. bila kita semakin dewasa, putaran kehidupan sudah pusing... mereka pula memerlukan kita sebagaimana kita perlukan mereka sewaktu ketika dahulu. 

Alhamdulillah, ibu ayah saya juga ibubapa mertua masih kuat, masih bekerja... masih boleh menguruskan diri sepenuhnya. 

Cuma, saya dah nampak putaran kehidupan ini pada nenek kami... datuk? sudah lama meninggal dunia (Al-fatihah). nenek perlukan perhatian, nenek perlukan kasih sayang dari anak2 , cucu2 dan cicit2. Dulu, nenek lah yang banyak berjasa di kala mak /mama sibuk bekerja. Ya Allah, limpahkan kasih sayang di antara kami... 

Ya Allah, panjangkan usia mereka, berikan mereka kesihatan yang baik dan beri lah kami peluang untuk berbakti pada mereka, berkati kehidupan mereka dunia dan akhirat. Aamin Ya Rabbalamin


Sila SHARE untuk peringatan bersama. Moga ia menjadi pencen kubur buat kita semua. :) 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...