Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Memaparkan catatan dengan label gla complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gla complex. Papar semua catatan
Rabu, 18 Oktober 2017
Kahwinkan Ostematrix untuk tujuan tertentu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bersempena dengan osteoporosis day, shaklee anjurkan PROMOSI ostematrix yang jarang3 ada seperti ni... Buy3disc5%. Jimat RM22!!!
Apa yang bestnya ostematrix ni??? Vitamins favourite saya tau ni, mula ambil masa nyusukan anak ke2, sambung je masa hamil anak ke3 then sambung lagi masa nyusu anak ke3 sehingga kini.
Itu yang dalam blog ni pun banyak saya kongsi pengalaman saya dengan ostenatrix. Boleh click di sini LabeL :Ostematrix.
Dan cadangan dari pakar, master laila...
Set yang boleh dikahwinkan dengan Ostematrix.
Set basic.
( nak optimum result kena la makan optimum set kan...tu kita sambung di PM ya)
1. Ostematrix + ESP = IBU menyusu
2. Ostematrix + Bcompleks = orang kerap migraine
3. Ostematrix + Omega = Mak Ayah sakit kaki, sakit lutut.
4. Ostematrix + Gla = Sengugut Masa period, pms
5. Ostematrix + Vitalea = En Suami yang selalu letih.
6. Ostematrix + ESP + Vitalea = Ibu Hamil, elak kejang, sakit Gigi, sakit belakang, beri tenaga, tulang baby Kuat.
7. Ostematrix + Omega + Bcompleks = anxiety, kerap berdebar-debar, selalu stress.
8. Ostematrix + Performance Drink = atlet, cergaskan badan.
9. Ostematrix + Bcompleks = insomnia
10. Ostematrix + herblax = Sembelit, Tak lawas.
Banyak boleh kahwinkan ostematrix Ni.
Sebab Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium. Ada Magnesium Dan Vitamin D sekali. So bukan untuk tulang aje.
Tahukah anda???
OSTEOPOROSIS (SAKIT TULANG RAPUH) MENYERANG DALAM DIAM!
=========
Ramai orang terutamanya WANITA tak ambil kisah tentang kesihatan tulang.
Dan biasanya pesakit cuma sedar mereka menghidap OSTEOPOROSIS semasa terjatuh dan patah tulang!
Tahukah anda?
Badan kita perlukan kalsium sebanyak 1000mg setiap hari.
WANITA pula mengalami kehilangan kalsium yang lebih banyak, terutama ketika MENGANDUNG, MENYUSU DAN MENOPOUS.
Sebab itulah kita digalakkan mengambil makanan yang tinggi KALSIUM & MAGNESIUM setiap hari.
4 biji OSTEMATRIX sehari membekalkan 1000mg KALSIUM harian kita, dengan kos tak sampai rm2 sehari!
Jangan biarkan diri kita jadi mangsa OSTEOPOROSIS seterusnya!
=====
Sempena World Osteoporosis Day, promosi Shaklee selama 3 HARI SAJA (18-21 Oct 2017).
OSTEMATRIX Buy 3 Get 5% Off.
Ok kawan2, jika rasa macam PeRLu sangat, hubungi saya ya. Jika tidak... Tunggu lah tulang semakin rapuh ya.
Sehingga berjumpa lagi.
Salam hormat,
Anisah
http://www.wasap.my/60136216522/OstematrixOffer
#promosiosteamatrix
Rabu, 5 November 2014
Vitamins untuk Kencing Manis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebelum ini ada saya kongsikan mengenai supplement untuk diabetic di sini -->DIABETIC semakin parah
Hari ni, ada rakan berkongsi dari bengkel nutrisi yang beliau hadiri dengan maklumat seperti di bawah.
Cerita Kencing Manis dan Nutrisi Shaklee:
Kencing manis tak boleh di rawat.
Rawatan oleh pihak medical adalah control saja supaya paras nya maintain dan komplikasi hasil dari diabetic ini tidak cepat.
Oleh itu pesakit harus berwaspada dengan pemakanan yang di ambil di samping mendapat rawatan.
1 dari 5 pasti terkena penyakit ini. Jadi bagi kita yang tak ada lagi ni, jgn ambil mudah.
Mulakan langkah berjaga-jaga.
Vitamin yang disarankan:
1- VIVIX sebab ada ingredient yang mencegah penghasilan AGE protein. Terlebih AGE protein dalam badan adalah bahaya terutama mereka yang ada penyakit kencing manis.
2-ESP sebagai meal replacement yang terbaik untuk org kencing manis sebab kandungan glisemik yang rendah. Orang diabetic ni cept lapar, jadi amalkan pengambilan ESP sebagai pengganti makanan
3- GLA terutama mereka yang ada diabetic dan sering kebas kaki dan tangan. Kepekatan hasil ekstrak borage yang tinggi banyak bantu dalam sistem saraf
4- VITAMIN C untuk tingkatkan sistem imunisasi dan lawan penyakit.
Apa yang penting untuk pesakit diabetic ialah ia mencegah glucose jadi sorbitol( artificial sugar) yang merosakkan sel
5-OMEGA untuk tingkatkan pengaliran darah dan seterusnya memelihara jantung terutama kepada pesakit diabetic yang tinggi kebarangkalian nya akan melibatkan komplikasi jantung
6- VITALEA sebab kandungan kromium bagi membantu kecekapan penyerapan glukosa
7- ALFALFA sebagai detox
8-ZINC bagi penyembuhan luka/ ulser dan kerana amputasi
Sempena promosi bulan Novemer 2014, beli 6 percuma 1, ada boleh beli OMEGA GUARD dengan harga promosi dgn T&C..hubungi saya ye untuk tahu macamana.
Semoga sihat selalu,
Anisah Khalid
~Feel Free to LIKE and SHARE~
Semoga sihat selalu,
Anisah Khalid
~Feel Free to LIKE and SHARE~
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Jumaat, 5 September 2014
Makan GLA, Jumpa CYST? Biar betul...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar kalian hari ni? Saya doakan semua yang sedang membaca ni dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu.
Sekarang ni, isu Tetiba2 Cyst muncul lepas makan gla sedang hangat di bicarakan. Rupanya ramai di kalangan kenalan saya mengalami masalah cyst ni... dan sebenarnya lebih tepat lagi Fibroid Cyst.
Ada yang 'terjumpa' fibroid cyst mereka setelah mengambil supplement GLA yang mengandungi EPO. Macamana? sebab bila diorang makan GLA, tiba2 perut sakit, dan terpaksa lah buat rawatan perubatan.
Setelah membuat rawatan perubatan, baru lah tahu yang Cyst telah BESAR dan untuk pengetahuan kita semua, Cyst membiak dalam tempoh yang lama, dan adakalanya kita tak rasa sakit pun. Sehinggalah ada something yang trigger.
Jom tengok jap testimoni sahabat kita,
Testimoni Gla complex:makan gla jumpa cyst??
Ini testimoni hebat cucu team rms saya.Saya simpulkan aje ya,kak aishah ambil gla complex pd mulanya sebab period dia dah 10bulan tak datang.Dan dia pun tengah usaha nak hamil lagi sekali.Lepas ambil gla baru 2minggu je,perut dia sakit dan senak.Terus jumpa doctor,doctor kata dia ada csyt yang dah besar 5cm!Tanpa sedar rupanya cyst tu dah 2tahun usianya.
Kalau dia tak ambil gla complex,memang dia takkan tau yang dia ada cyst.pikir logik lah,takkan lah baru ambil gla 2minggu,cyst pun muncul dan sebesar 5cm.
Kata doctor lagi,nasib baik akak ni cepat kalau tidak masalah yg akak ni alami boleh menyebabkan cancer..tambahan pula doctor juga sahkan peranakan akak ni juga bengkak.
♡♡Ni pesanan saya yerrr..kalau rasa lepas makan gla complex,akak2 semua sakit perut...pergi jumpa doctor terus.Manalah tau selama rupanya ada masalah dalaman lain.Bila makan Gla baru dapat kesan.Shaklee ni bukan ubat tapi supplement.supplement tu apa?Namanya makanan tambahan.Dah 50tahun pun shaklee ni.Terbukti selamat,bukan organik atau sintetik tapi semulajadi.
Meh tolong share kan testimoni ramai2..
-Intan Azlin-
| Saya susunkan ikut jalan ceritanya... |
Ini maklumbalas mereka yang makan/menjadi agen kepada mereka yg makan gla.. dan amazingly, Doktor yang suruh makan...
Berikut adalah penjelasan dari seorang doktor perubatan, mengenai KENAPA RAHIM BENGKAK. (anda boleh click di link ini)
Nasihat Dr Malinda sebagai langkah pencegahan:
Secara kesimpulannya,
Kita perlu hidup secara sihat, dengan pemakanan yang seimbang ( sila clikc :Pemakanan seimbang) , Jauhi rokok & juga asapnya, Elakkan bahan2 yang membahayakan kesihatan.
GLA Compleks membantu menstabilkan hormon dan alhamdulillah, ramai yang cyst mereka mengecut setelah mengamalkan gla. dengan izinNya.
Buat rakan2 di luar sana, apa yang kami sebagai distributor nasihatkan, sentiasa dapatkan nasihat Dr jika ada sebarang masalah kesihatan.
Di luar kita nampak sihat, di dalam badan kita.. siapa yang tahu?
Jom check kesihatan kita, dan dapatkan supplement yang bersesuaian utk kita.
Nak tahu lebih lanjut? Jemput click link di bawah:
3. Info GLA
Buat anda yang membaca, sila kongsikan entry dan khasiat vitamins ini kepada kenalan anda, mana tahu.. usaha anda membantu mereka di luar sana untuk bertambah sihat dan boleh menyelamatkan nyawa.
Untuk konsultansi PERCUMA, sila hubungi saya seperti butiran di bawah.
Feel free to LIKE and SHARE
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Isnin, 4 Ogos 2014
GLA Complex bukan hanya untuk kesuburan wanita!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bagi yang belum tahu, setiap bulan, shaklee akan buat promosi satu vitamins dengan promosi beli 6 percuma 1.
Bulan Ogos 2014, Promosi nya adalah GLA Compleks.. atau lebih di kenali dengan rakan EPO = Evening Primrose Oil.
Tapi.. sebenarnya GLA compleks ni lebih dari EPO sebab GLA bersumberkan borage seed, blackcurrant, minyak bunga matahari dan evening primrose oil.. juga kaya dengan Vitamin E. Boleh rujuk di bawah untuk keterangan fungsi setiap sumber asli ni.
Tapi.. sebenarnya GLA compleks ni lebih dari EPO sebab GLA bersumberkan borage seed, blackcurrant, minyak bunga matahari dan evening primrose oil.. juga kaya dengan Vitamin E. Boleh rujuk di bawah untuk keterangan fungsi setiap sumber asli ni.
Kenapa shaklee buat promosi sekarang ye??? Sesuai sangat sebab setiap kali selepas raya, adalah waktu2 mengawan.. hehe.. ops, maksudnya ramai pengantin yang melangsungkan perkahwinan. dan GLA terkenal sebagai 'vitamin kesuburan' dan 'vitamin kecantikan'. 2 faktor utama dalam perkahwinan kan..
Bagi pengantin lama, ianya juga membantu merasa jadi pengantin baru lagi! yeah.. dan bukannya pengantin baru dengan orang baru, tapi pengantin yang sama tetapi dapat meningkatkan kesuburan dari dalam ..;) dan bukan setakat itu... jom tengok apa lagi ye fungsi gla compleks ni..
GLA Bukan Sahaja Untuk Wanita
Ramai yang salah anggap, bahawa GLA hanyalah untuk wanita sebab selalu orang bayangkan wanita je yang menapous.. lelaki pun menapous juga, dan di panggil andropaus.
Sebenarnya, supplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, hanya diperolehi dari makanan.
Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isisnya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopaus dan andropaus (menopaus lelaki).
Macam-macam kan Risiko Hormon Tidak Seimbang.. antaranya;
1. Wanita yang mengalami menapaus awal, lebih berisiko untuk mengalami masalah jantung dan strok pada usia emas
2. Kekurangan estrogen/testorerone boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain, seperti masalah buah pinggang, alzherimer. osteoporosisi dan masalah sistem kardio.
3. Perokok akan menagalami lebih hot flashes dalam tempoh ke manapius.
4. Wanita yang mengalami manapaus lewat pula, berisiko untuk terkena kanser payudara
5. Hormon tidak seimbang, memberi kesan kepada fizikal, mental dan emosi seseorang dan boleh meningkatkan risiko penyakit usia.
Jom cegah penyakit2 di atas sebelum masanya... Macamana??? jom kaji manfaat GLA selain untuk menapause, ada pelbagai manfaatnya..
Ramai yang salah anggap, bahawa GLA hanyalah untuk wanita sebab selalu orang bayangkan wanita je yang menapous.. lelaki pun menapous juga, dan di panggil andropaus.
Sebenarnya, supplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, hanya diperolehi dari makanan.
Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isisnya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopaus dan andropaus (menopaus lelaki).
1. Wanita yang mengalami menapaus awal, lebih berisiko untuk mengalami masalah jantung dan strok pada usia emas
2. Kekurangan estrogen/testorerone boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain, seperti masalah buah pinggang, alzherimer. osteoporosisi dan masalah sistem kardio.
3. Perokok akan menagalami lebih hot flashes dalam tempoh ke manapius.
4. Wanita yang mengalami manapaus lewat pula, berisiko untuk terkena kanser payudara
5. Hormon tidak seimbang, memberi kesan kepada fizikal, mental dan emosi seseorang dan boleh meningkatkan risiko penyakit usia.
Jom cegah penyakit2 di atas sebelum masanya... Macamana??? jom kaji manfaat GLA selain untuk menapause, ada pelbagai manfaatnya..
Manfaat Utama GLA Complex
1. Herba tradisi yang dipercayai merawat ulser
- Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
2. Mengawal selia estrogen dan testosteron
- GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
3. Melambatkan menopaus
- Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
4. Memperbaiki Prostatomegaly
- GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
5. Menentang Kanser
- GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
6. Memperbaiki inflamasi kulit
- Ianya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.
7. Menghalang komplikasi diabetes
- Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi
8. Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan
- Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan yang berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.
9. Menghalang tekanan darah tinggi
- Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakan masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction
10. Memperbaiki tekstur rambut
- Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur
11. Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD)
- Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hyperaktif.
Sumber : Buku Nutrisi Shaklee
Sebelum ini, ada saya kongsikan fungsi gla dalam membantu kesuburan di sini : Set kesuburan Shaklee dan membantu masalah sengugut di sini :Set Elak Sengugut.
Semoga bermanfaat untuk di kongsikan bersama..inshaAllah, dan membantu meningkatkan kesihatan rakan-rakan di luar sana.
Info ringkas dari website Shaklee.com.my mengenai GLA Complex :
Sempena promosi bulan Ogos 2014, beli 6 percuma 1, ada boleh beli dengan harga promosi dgn T&C..hubungi saya ye untuk tahu macamana.
Semoga sihat selalu,
Anisah Khalid
~Feel Free to LIKE and SHARE~
Semoga sihat selalu,
Anisah Khalid
~Feel Free to LIKE and SHARE~
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Isnin, 28 April 2014
Bila dah kahwin...apa lagi...
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera,
Alhamdulillah...Setahun dua ni, memang ramai sangat kawan-kawan saya mendirikan rumahtangga. Umur sekitar 25-30 tahun ini lah umur yang sesuai ... Selamat Membina Keluarga Bahagia, inshaAllah.
Antara doa yang orang akan sebut-sebut dari majlis pernikahan...
'Lepas ini, bertiga pula, inshaAllah.'
Alhamdulillah, ramai juga di kalangan kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan tahun lepas, kini telah bergelar ibu bapa. (Set Hamil, Bersalin di sini)
Tetapi, buat mereka yang belum sampai rezeki anak setahun dua tahun selepas perkahwinan...akan mula rasa rimas dengan soalan
' Bila nak ada anak ni?'
Bukan mereka tak mahu, belum rezeki..
Itu yang sejak kebelakangan ini, ramai yang message saya bertanya tentang set kesuburan Shaklee yang telah berjaya membantu ramai pasangan yang telah beberapa tahun berkahwin untuk mendapat cahaya mata. InshaAllah saya bantu menerusi shaklee, untuk tingkatkan nutrisi yang diperlukan.
Apa kata pakar tentang masalah kesuburan ini?
FAKTOR USIA
"Banyak faktor risiko bagi lelaki dan perempuan adalah sama. Satu pertiga daripada kes mandul berpunca daripada wanita manakala satu pertiga lagi oleh kaum lelaki.
"Selebihnya oleh campuran pelbagai sebab daripada pihak wanita dan lelaki dan faktor yang tidak diketahui punca," kata Dr Surinder sambil menambah bahawa gaya hidup pasangan terbabit turut mempengaruhi.
Faktor umur sudah tentu antara sebab utama punca kemandulan.
Kesuburan wanita akan mula berkurangan pada umur 30 tahun dan ke atas manakala lelaki pada usia 40 tahun dan ke atas.
MEROKOK, ALKOHOL
Menurut Dr Surinder, tabiat merokok dan minum alkohol secara berlebihan akan mengganggu peluang pasangan suami-isteri untuk mendapat anak.
Bagi wanita tiada tahap selamat bagi pengambilan alkohol semasa mengandung.
"Minum alkohol secara berlebihan akan menambah risiko kecacatan bayi pada masa kelahiran selain menyukarkan wanita untuk mengandung," jelas Dr Surinder.
Katanya lagi, mempunyai berat badan yang lebih atau kurang daripada sepatutnya atau bersenam secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesuburan.
UJIAN
Pasangan yang bermasalah perlu menjalani ujian kesuburan bagi mengenali punca masalah itu.
Bagi pasangan yang berumur lebih 35 tahun dan mempunyai masalah kesuburan, mereka memang digalakkan menjalani ujian itu.
"Dalam masalah itu, biasanya pasangan wanita mengalami pusingan menstrual (haid) yang tidak menentu (tidak normal).
"Ada beberapa ujian untuk mengenalpasti punca masalah bagi kedua-dua pasangan," kata Dr Surinder.
"Ini termasuk pemeriksaan fizikal, ujian hormon dan air mani bagi lelaki manakala bagi wanita, perlu menjalani ujian ovulasi, Laparoscopy selain ujian hormon dan ultrasound pelvik," jelas pakar itu.
Selepas pemeriksaan fizikal yang lengkap, pesakit akan ditanya mengenai riwayat perubatan, sebarang penyakit yang ada selain ubat yang diambil, kurang upaya yang ada, serta kegiatan seksual.
Analisis air mani (semen) lelaki juga dijalankan bagi mengetahui kuantiti, warna dan samada wujud sebarang jangkitan (infeksi).
Semua ujian ini membantu doktor mengetahui samada lelaki mengeluarkan sperma yang sihat dan cukup bagi persenyawaan, katanya.
Bagi pasangan wanita pula, ujian dijalankan untuk mengetahui samada beliau masih menjalani proses ovulasi yang normal (termasuk mengetahui tahap hormon yang ada).
Ujian Laparoscopy juga dijalankan (pesakit diberi bius am) untuk mengkaji tahap tiub falopian, ovari dan uterus beliau samada mempunyai masalah patologi.
"Ujian Laparoscopy boleh mengenalpasti samada wanita itu masih mengeluarkan benih yang sihat dan samada laluan reproduktifnya membenarkan sperma dan telur wanita melalui tiub falopian," jelas Dr Surinder, yang juga presiden Malaysian Society of Assisted Reproductive Technology (MSART).
(Petikan artikel dari sinar harian)
Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/kesedaran-masalah-kesuburan-rendah-1.196092 ,http://www.fertilityasia.com.my/en/stage2/faq/faq.html , http://drzubaidi.com/
Apa kata pakar mengenai usaha meningkatkan kesuburan?
Cadangan Vitamins untuk suami isteri
A) Vitamin Asas (Family Wellness Set):
(ESP, Vita-Lea, B-Comp dan Vit-C - vitamins asas untuk semua)
(1) Energising Soy Protein – Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.
ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
(2) Vita-Lea (Multivitamin) – Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.
(3) Vitamin C – Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum. Ia juga membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen dan progesteron.
(4) B-Complex with Folic Acid - Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral. Ia turut memberi tenaga, perasaan tenang dan anti-stress.
B) Vitamin Kesuburan:-
(5) GLA Complex – Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat, dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum).
Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).
(6) Alfalfa Complex – Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
(7) Vitamin E dan Selenium – Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA dan DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.
Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
(8) Zinc Complex – Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.
Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.
Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
(9) COQHealth - Coenzyme Q10 (CoQ10) berfungsi sebagai pengeluar tenaga dalam sel badan. Ia ibarat vitamin yang boleh dijumpai di dalam organ yang mempunyai banyak tenaga seperti jantung, hati, ginjal dan pancreas.
Para saintis memberikan teori bahawa CoEnzyme Q10 menggalakkan penghasilan tenaga bagi sperma untuk bergerak lebih laju menuju telur ovum. Maka ia dapat memperbaiki kualiti sperma kepada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.
***Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.
Info Credit to: mariafirdaus.com
Di antara testimoni pengguna..
Usaha...Doa...dan TAWAKAL.
Feel free to LIKE and SHARE
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Langgan:
Catatan (Atom)
Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah
𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...
-
Assalamualaikum dan Selamat Menemani dan menghadapi peperiksaan, InshaAllah bermula hari ini, adik bongsu saya dan calon UPSR seluruh neg...
-
𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apa khabar anda hari ini? Di doakan sihat sejahtera fizikal & mental nya. Seram tengok berita sek...







.jpg)





