Memaparkan catatan dengan label herbal blend. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label herbal blend. Papar semua catatan

Isnin, 22 Jun 2015

Petua Rawat Chicken Pox a.k.a Cacar Air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Apa khabar anda hari ini? Moga semua sihat sejahtera dan ceria selalu.




Sekarang ni, di Malaysia cuaca agak panas dan kemudian hujan lebat selang beberapa hari. Virus demam dan penyakit berjangkit lain mudah tersebar. 




2 minggu lepas, anak ke 2 saya, Amanina Aisyah terkena jangkitan chickenpox a.k.a cacar air dalam Bahasa melayu. Saya pun tak pasti di mana terjangkitnya. pasrah terkena sekarang, sebab orang kata 'Baik kena masa kecik, parut cepat baik.. dan bila dah besar lagi sakit'. ;) 


Status pada 9 Jun, antara nasihat yang diberikan kawan2 di fb.




Btw, chickenpox ni bukan demam campak ya.. demam campak ruam halus warna merah, biasanye tidak berparut dan cepat baik. (Rujuk KKM: Demam Campak)




Chickenpox ni pula, yang jenis ada mata tu.




 (Rujuk KKM : Cacar Air)



Masa memula amanina kena, ada la dalam 3-4 biji di kawasan dada dia. saya ingatkan terkena gigitan semut ke? tapi macam halus sangat. bila whatsapp kan gambarnye pada adik ipar yang merupakan seorang Dr. beliau kata nampak macam chichkenpox, tapi kita tengok esok macamana. 




Hari ke 2, dah mula naik banyak sangat di bahagian badan dan pada muka



gambar ihsan google




Malam hari ke 2 tu, kami bawa amanina pergi jumpa Doktor,  Ouch! sah confirm chichkenpox! 

Dah maca dalam ilustrasi kat atas ni. huhu. 

Dr bagi calamine lotion dan ubat tahan gatal (dalam bentuk cecair utk minum). 

Alhamdulillah Amanina tak demam sangat, suhu bada sekitar 36.5-37.3 mcm tu jer. Jadi nya Dr tak bagi pun ubat demam. 
Saya tanya di fb untuk petua dari kawan2... 

PETUA yang di kongsikan

1. Bagi air kelapa
2.Mandikan dengan daun semambu
3. Tidur berlapik kan daun semambu
4.  Mandikan dengan Basic H
5. Sapu dengan cream anti gatal - saya guna Herbal Blend Shaklee
6. elakkan pergi ke tempat awam/sekolah
7. JANGAN kena hujan (orang kata nanti berparut/susah nak baik).. apa2 pun, waktu sihat pun tak elok kena hujan, sebab hujan kita sekarang pun dah tercemar kan. 
8. JANGAN makan makanan yang boleh menyebabkan lebih gatal spt seafood. 
9. Makan banyak buah-buahan dan makanan yang kaya dengan vitamin C, untuk meningkatkan imuniti dan juga kecantikkan kulit



Kebetulan Amanina kena masa tengah cuti sekolah masuk minggu ke2, jadi seminggu tu tak kemana la.. kecuali 2 hari amanina terpaksa ikut papa ke ofis sebab saya ada presentation untuk masters saya. 




Sian nina sebab die memang suka sangat makan seafood. takpelah sayang, seminggu-dua je. salah satu pantang makan lagi, jangan makan kicap.. huhu, takleh nak elak sangat, orang kata nanti berparut. ada juga makan sikit2. tawakal jer. yakin yang parut akan baik juga.



Ramai suggest guna daun semambu, pertamanye, mana lah nak cari kan? keduanye, macam rimas jer berdaun2 ni.. hehe. orang moden la katakan. 

Alternatiflnya, saya mandi kan juga amanina dgn Basic H dan kemudian sapu kan dengan calamine lotion masa blister tu tengah naik. 



Alhamdulillah, selepas seminggu, pox2 nya dah kering.Saya sapu kan dengan Herbal Blend dan aloe vera. Alhamdulillah, selepas 2-3 hari selepas kering, kuping2 makin tertanggal dan parut pun semakin pudar. 

Alhamdulillah, sebagai pengamal tegar mealshakes..;) hehe, amanina minum juga mealshakes di campur dalam susu sebagai minuman harian. 

Chewable vitamin C juga menjadi teman setia..;) hehe. vitamins pertama yang Amanina kenal pun.. ada kongsi dalam entry ni --> Luka-cepat-sembuh-dengan-vitamin-c

Ok buat kawan2 di luar sana, buat yang anak2 or even mak atau yang dewasa pun kena, boleh amalkan petua imi  ya. 

Sebagai pengguna produk SHAKLEE, Ini yang saya guna

1. Basic H untuk mandi
2. Herbal Blend untuk sapu semasa luka dah kering
3. Mealshakes sebagai sumber PROTEIN dan multivitamins
4. Vitamin C untuk tingkatkan imuniti & kecantikkan kulit. 

Sekian, 

Moga sihat2 selalu...

#ingatSIhatSebelumSakit


...
Antara rujukan saya semasa 'merawat' amanina; 

http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/cacar-air
http://azfar9897.blogspot.com/2014/04/petua-dan-tips-anak-kena-chicken-pox.html
http://www.wikihow.com/Treat-Chickenpox-at-Home

Khamis, 5 Februari 2015

Testimoni Hamil, Berpantang Bersama Shaklee


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? ;) Alhamdulillah, moga sihat dan bahagia hendakNya.

Hari ni saya nak kongsikan salah satu KISAH PERCINTAAN hamil & berpantang bersama shaklee. Dalam banyak2 set dan vitamins dalam shaklee, set inilah di antara yang paling famous!

Tak caya? Cer google...;)

google ohh google...;) TOP SEARCH! Set Shaklee!

Kenapa? sebab dah ramai sangat yang sangat berpuashati... dah ramai sangat yang merasai kesan kebaikannya. ;) betul ke betul? ini adalah mereka yang aktif berblogging, tapi sebenarnya ramai lagi yang mengalami 'nasib' serupa. Alhamdulillah.

Di tambah lagi, ianya di sokong oleh para ahli perubatan, termasuk lah Dr Zubaidi dan Dr Hamid Arsyad. Ada saya kongsikan di sini ---> Apa kata Doktor?

Ok jom kita layan testimoni ni! ;) 

Tak kenal maka tak cinta...


"Saya mula kenal dengan Shaklee ketika naik kerja setelah habis pantang pada tahun 2012. Waktu tu suami cerita tentang ESP yang boleh tingkatkan pengeluaran susu. Ketika itu saya hanya mengepam susu dan bagi pada anak saya, Nafisah menggunakan botol. Tiada “direct feed” sebab Nafisah tidak pandai menghisap. Pelik juga. Tapi saya biarkan je sebab pada saya lebih selesa . Masuk office saya pon bercerita tentang ESP tu dan terkejut Fai (mummy Shaklee saya) yang merupakan officemate rupanya SID. Saya tanya ada stock tak? Dia terus cakap ada dan promote saya set untuk breastfeeding. Waktu tu seingat saya, dia beri saya ESP, alfalfa dan b complex. Saya hanya mampu minum ESP setengah tong dan selebihnya terbiar. Begitu juga dengan vitamin lain. Sebab dalam fikiran saya seakan tidak berkesan. Saya mengharapkan kesan yang sangat cepat dan power. Ketika itu saya hanya mengamalkan air halba dan sup lobak putih. Alhamdulillah lebih berkesan dari Shaklee, saya katakana pada Fai.

Semakin hari, Shaklee mula glamour di FB. Saya ikuti blog dan Fb fai. Setiap hari ada saja testimony pengguna yang mengatakan Shaklee ni bagus. Dalam hati, ye ke. Okla layankan aje.

Mengandung dengan set hamil Shaklee

Bulan June 2013, saya ditakdirkan mengandung anak kedua. Kali ni saya cakap dengan suami nak try vitamin Shaklee. Saya contact Fai, saya cakap nak beli Vitalea dan b complex. Hanya mampu beli itu saja. Vitamin dari klinik saya tak makan. Suatu pagi, bangun dari tidur saya rasa kaki saya sakit mencucuk-cucuk, bagitau Fai dia kata kurang kalsium, try ambik Ostematrix. Dia bagi saya sample 1 biji. Hurm memang takde kesan. Hati terbukak untuk beli sebotol. Alhamdulillah lepas 2-3 hari saya rasa kesannya. Tiada sakit kaki, sakit pinggang, kebas-kebas kaki. Sepanjang pregnant tu saya memang tak putus bekalan Ostematrix dan saya langsung tak amik susu untuk ibu mengandung. Seabnya saya memang tak gemar susu, jadi berita baik saya berkenalan dengan pil kalsium Shaklee ni.

Jadi antara vitamin yang saya ambil sepanjang kehamilan adalah Vitalea, b complex dan ostematrix. Setiap kali check-up di Klinik Kesihatan Masai, HB saya semuanya atas 13. Nurse puji dan tanya apa rahsia. Saya jawab saya ambil vitamin Shaklee. Dia kata teruskan sampai pantang. Mengandung kali ni agak berlainan sebab saya kena uruskan anak sulung Nafisah. Setiap pagi kena dukung dia dari tingkat atas ke bawah, masuk dalam kereta dan hantar rumah pengasuh. Saya lakukan sendiri. Tiada istilah penat atau lenguh badan. Alhamdulillah sangat bertenaga sehingga hari bersalin.

Berpantang dengan Shaklee – bersalin secara ceaseran

Tanggal 19hb March 2014, saya selamat melahirkan Anas seberat 3.2kg secara ceaseran. Saya da cuba untuk normal namun tiada rezeki. Sama seperti anak sulung, low progress maksudnya jalan buka lambat. Saya minta dengan doctor pakar untuk ceaser sebelum mereka induce. Hari pertama bersalin, saya terus beri Anas hisap susu. Hebat, tak macam kakak dia. Pantas dia menghisap. Maklumla baru bersalin susu mungkin tidak banyak tetapi baby asyik menghisap sampai saya rasakan pedih, tapi sabar je la. Melihat anak orang lain terjerit-jerit sebab tak eknyang menysusu. Alhamdulilah Anas tak buat ragam, kata nurse dia menyusu puas la tu..

Selepas 3 hari di hospital, gembira dihati sebab dapat pulang melepaskan kerinduan pada suami dan Nafisah. Terus mesej Fai nak order set berpantang. Saya order Vitalea, B complex, Ostematrix dan zinc complex. Melalui pembacaan saya zinc sangat elok untuk penyembuhan luka ceaser. Pantang kali ni sangat unik sebab saya hanya ambil vitamin Shaklee, param dan pilis. Tiada maajun dan teh herba seperti pantang kali pertama dulu. Alhamdulillah sangat cergas, susu pun banyak, dalam seminggu da boleh bersin dan orang yang melawat tengok baby pon kagum saya sangat cergas. Dalam pantang pon boleh menyapu rumah, masak dan hidang air untuk tetamu.

Bisul pada baby Anas

Kami diuji apabila Anas mengalami bisul bernanah dikawasan antara dubur dan “bird” dia. Risau sebab pelik baby pon ada bisul. Bawa jumpa doctor di Pakar Soh Kluang. Doktor kata mungkin sebab infection dari najis, so kena kerap tukar pampers. Yela baby kan asyik membuang je dalam sehari. Saya dapat antibiotic dalam bentuk cecair. Harga ubat tu rm120 tau. Kata doctor lepas seminggu kena datang semula untuk susulan. Aduh risau hati bayi dalam pantang kena makan ubat cecair, memang sukar nak bagi, tapi kuatkans emnagat dan alhamdulillah senang je Anas telan. Setelah seminggu, bisul tu still tak elok. Siap ada keluar mata bisul lagi. Memang seram tiap kali nak bersihkan najis, takut tersentuh dan pecah.ok

Pergi klinik lagi,  doctor bagi antibiotic yang lebih kuat katanya. Kenala rm60. Kalau elok, tak pelru datang semula sebab saya cakap saya da nak balik JB. Alhamdulillah bisul tu hilang.

Menyusukan bayi dengan Shaklee

Selepas habis pantang 44 hari, saya pon mula bekerja dan meneruskan rutin mengepam. Alhamdulillah sehari paling banyak dapat 12-13 oz , dua sesi mengepam pagi dan petang. Apa yang best, orang tegur eh slim la awak. Kembang setaman dalam hati.Memang betul bila timbang sama dengan berat asal sebelum pregnant. Suka..Memang puas hati mengandung dan berpantang dengan Shaklee, terus bincang dengan suami nak register ahli. Yela tengok Fai da boleh jadi WAHM, kita pon teruja la. Tanggal 6hb May bersamaan hari lahir saya, saya pon bergelar SID.

Masalah kulit kering bayi

Anas mengalami masalah kulit kering disekitar muka. Saya pon search apa yang elok untuk masalah kulit kering ni. Saya jumpa tentang minyak kelapa dara baby tropika. Sebotol rm19 , beli dijusco. Hampir sebotol guna, tapi kurang berkesan. Google and search lagi, kali ni jumpa herbal blend cream. Shaklee taman molek out of stock untuk cream ni. Tanya rakan-rakan SID lain pon takde. At last rakan SID dari terengganu bersetuju jual pada saya. Saya pon gunakan untuk kulit kering Anas, alhamdulillah berkesan sangat. Cepat betul kesannya. Maka secara rasmi cream ni jadi peneman setia Anas.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Bisul Anas datang tanpa diundang. Kali ni, saya tak pelru pergi ke klinik. Hanya sapukan herbal blend cream dan surprise bisul tu hilang tanpa tinggalkan kesan. Tanpa perlu telan ubat! Syukur ditemukan dengan cream ajaib ni. Semestinya semulajadi, selamat dan berkesan.

Selsema dan batuk dengan Shaklee

Ibu menyusu ni bukan suka-suka boleh ambil ubat kan? Jadinya saya memilih cara selamat dengan menelan vitamin C + garlic complex sewaktu selsema dan batuk. Alhamdulillah selsema hanya 2 hari, hingus tiada. Batuk mengambil masa lebih kurang seminggu untuk sembuh.

Alhamdulillah, sekarang Shaklee merupakan teman kami sekeluarga. Sedaya upaya kami tidak mahu ambil ubat. Mencegah lebih baik dari mengubati kan. Amalkan gaya hidup sihat, pemaknan seimbang dan tampung kekurangan nutrient dengan supplement Shaklee. Terbaik.

Semoga menjadi asbab kebaikan untuk semua orang diluar sana.

Norhaslin Hashim ( Elin )
di petik dari fb MamaCery

...

Best ke best? 

Alhamdulillah, ia sebahagiaan usaha ke arah lebih sihat menggunakan supplement yang selamat, berkesan dan semulajadi (--> moto shaklee). 

Kebetulan nama anak beliau pun Anas..;) hehe, agak famous juga ya nama Anas sekarang...;) maksudnya? kekasih...;) Alhamdulillah, anak sulung saya... memang penyayang dan manja orangnya. 
Banyak juga saya kongsikan mengenai anak saya Anas di blog ni, sekiranya berminat leh click --> Anas , anakku sayang

Sekian dulu, buat kali ni... ;) jika ada sebarang persoalan... jangan segan silu bertanya ya... ;)

Salam sihat, ceria selalu, 
Anisah

Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

Affordable PRICE
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Rabu, 30 April 2014

Lawatan Pakar Kulit Kanak-kanak...Oh NO!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini?

Alhamdulillah... Kami sekeluarga sihat sejahtera. dan di harap anda sekeluarga juga dalam keadaan sihat dan bahagia. InshaAllah. 

Pagi ini ada kawan tanya seperti di bawah...

'Salam, macam ne nk bantu masalah kudis api nih. Dan kurap di bontot sbb pakai pampes lama2... penjaga baby ditaska tak jaga hygiene baby ni.'


Aduhai sayang, nampak sakit kan. 

Teringat kisah Anas dan Amanina
 suatu ketika dahulu. 

Kes 1: KUDIS BUTA/SCABIES (awal 2012)

Anas dan Amanina pernah kena bintat..yang dipanggil kudis butaScabies pada awal tahun 2012. Kesian sangat dengan mereka, gatal sangat, tergaru2... sampai naik merah dan luka kulit kesan garu tu. 

Dalam masa 2 minggu juga., beberapa kali kami pergi ke klinik panel. Beberapa jenis cream dah pernah kami pakai. Tak serasi dengan cream tu.

 Akhirnya, suami saya kata 'takleh jadi ni, bukan semakin baik... makin merebak lagi.'

Atas nasihat adik ipar saya, yang merupakan seorang doktor pelatih, kami pergi  ke pakar kulit Darul Ehsan Medical Centre, DEMC. 



Oklah, kerana nak tengok anak2 sihat.. kami pergila.. ramai juga orang di pakar kulit tu. Kena tunggu dalam sejam, jumpa doktor pakar kulit dalam 5 min dan dapat prescription cream dan ubat makan. 

Bila dapat bil... 

WOW... 
Consultation fee yang 5 min tu = RM80.
Cream + Ubat  = RM2++. 

Mahalnya.. Tapi takpelah, demi anak-anak.. dengan 'rela'nya duit digantikan dengan ubat2 tu. 

Alhamdulillah.. betul seperti yang doktor cakap. 'Dalam masa seminggu, inshaAllah akan baik.'

Pesan doktor lagi..'Lap & basuh tempat anak-anak tidur dan bermain.. sebab scabbies ni memang berjangkit' 

Memang jenuh juga la kami jadi 'agen pembersih'. 

Alhamdulillah dalam masa seminggu, memang kulit anak-anak pulih. 

....

Kes 2 : IMPETIGO (akhir 2012)

Hujung tahun 2012, sekali lagi... anak-anak terkena masalah kulit seperti dalam gambar ini. Amanina terkena di pipi dan anas terkena di kawasan hidung. 'Mama sakit, pedih' 


Kami bawa ke klinik panel.. Doktor cakap fungal infection, dan bagi cream- bila sapu makin naik lagi, merebak pula ke tempat lain. Bawa semula ke klinik yang sama, Doktor bagi pula cream yang lain. Aduhai sayang, sekali lagi... makin bercambah pulak jadinya. Tak boleh jadi ni, terpaksa la bawa ke pakar kulit. Dah tahu DEMC mahal, kami cari pakar kulit lain yang berhampiran Shah Alam. Jodoh kami berjumpa dengan Dr Ko, di Pakar Kulit Ko, Klang. 

Masuk je dalam bilik pemeriksaan, 

Dr Ko : 'This is IMPETIGO
Hubby : Can you tell us, what it is and how does it happen?
Dr Ko : Basically, its a bacterial infection and it is a contagious infection 
' Here, you can google up and read (sambil tulis atas kertas)'. 
Hubby : What is the treatment?
Dr Ko : I will prescribe a ... cream and soap, wash at the infected skin and put the cream. It should be OK within a week.  

Huhu... sekali lagi. bayaran nya bukan MURAH. Jumpa dalam 5 min... dalam sekitar RM500 juga. Pejam mata je bayar, kerana nak anak2 sihat... ku relakan . 

Balik dari klinik kami pun terus la tanya pakcik google... I M P E T I G O

Ok jom tengok sikit... apa la pulak ni kan?

Impetigo (Penyakit Kulit Berjangkit) 

Apa itu impetigo?


Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.


Bagaimana ia berlaku? 

Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan. Penyakit ini sangat gatal.


Bahagian badan manakah ia berlaku? 

Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.


Bagaimana ia berjangkit?

Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara :

  • Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini
  • Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian lain.
Komplikasi
  1. Kadang-kadang, jangkitan bakteria Streptococcus ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dipanggil Glomerulonephritis.
  2. Pada bayi, penyakit ini lebih tersebar luas dan lebih teruk.
Apakah yang patut anda lakukan apabila anak anda mengalami impetigo?
  1. Bawa anak anda berjumpa doktor
  2. Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan
  3. Antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk
Tindakan lain :
  • Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari
  • Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain
Bagaimana jangkitan ini dapat dielakkan?
  • Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga ia kering
  • Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar
  • Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang berjangkit
  • Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih
  • Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor

Sumber artikel: laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

AllahuAkbar.. bila baca maklumat ini, kami terus tanya dengan taska tempat kami hantar anak-anak.. 'Ada tak kanak-kanak lain yang kena juga?' dan jawapan nya memang ada... dan siap la pengasuh tu tunjuk kanak-kanak yang tersebut. rupanya, beliau la yang bawa 'penyakit' ni ke anak-anak. 

Yang sedihnya, dah bagitahu kat pengasuh.. 'benda' ni berjangkit. kenalah bagitahu kat parent kanak-kanak tu, elakkan berjumpa kanak-kanak lain. Ibu tersebut kata 'Doktor kata takpe'. aduhai... ini lah kes kalau ke klinik biasa, sebab itulah juga jawapan yang kami terima pada awalnya. Tapi pengasuh cuba juga la asingkan kanak-kanak tu, Alhamdulillah 'penyakit' beliau kering tapi ambil masa yang lama juga.

Seminggu juga saya terpaksa cuti, sebab memang kena elakkan dari berjumpa kanak-kanak lain, sebab ianya memang penyakit berjangkit. 

Alhamdulillah, selepas tu dah kering, kami hantar semula ke taska dengan kerisauan...apa kan daya, kami sama-sama perlu bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. 

..............................................................................................................................................................


Jika tidak di rawat dengan betul, masalah kulit sebegini boleh berlarutan sehingga berbulan.


PERUBAHAN SEKARANG

Sejak bercinta dengan shaklee, kami mula bagi anak-anak makan set kanak-kanak, 

Alhamdulillah, bukan sekadar anak-anak jarang selsema dan demam... masalah-masalah kulit seperti ini pun dapat di elakkan. Mild ezcema anas juga semakin pulih sekarang.

Alhamdulillah, dah lama kami tidak membuat 'lawatan' ke klinik lagi. di tambah dengan sebagai Working At Home Mum ini, anak-anak di jaga sendiri, di beri makan sendiri. Alhamdulillah... peluang terdedah kepada jangkitan dapat dikurangkan.

Ini lah wajah anak-anak permata hati kami... Tiada yang lebih indah dari melihat anak-anak membesar dengan baik dan sihat. InshaAllah anak-anak soleh dan solehah. 






Dari perbelanjaan rawatan klinik... jauh lebih baik di gantikan dengan pencegahan dengan supplement semulajadi ini. 


Herbal blend cream juga sangat membantu, dengan harga retail RM27.50 sahaja.. memang sangat berbaloi berbanding dengan harga cream yang ratusan ringgit yang pernah kami belanja kan suatu ketika dulu. 



Mohon maaf, saya tidak menyimpan gambar anak-anak saya masa terkena masalah kulit ini. Namun, gambar-gambar berikut mirip masalah anak-anak saya suatu ketika dahulu.



Entry berkaitan :Meal ShakeChewable vitamin C , Omega Guard


Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...