Rabu, 30 April 2014

Lawatan Pakar Kulit Kanak-kanak...Oh NO!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini?

Alhamdulillah... Kami sekeluarga sihat sejahtera. dan di harap anda sekeluarga juga dalam keadaan sihat dan bahagia. InshaAllah. 

Pagi ini ada kawan tanya seperti di bawah...

'Salam, macam ne nk bantu masalah kudis api nih. Dan kurap di bontot sbb pakai pampes lama2... penjaga baby ditaska tak jaga hygiene baby ni.'


Aduhai sayang, nampak sakit kan. 

Teringat kisah Anas dan Amanina
 suatu ketika dahulu. 

Kes 1: KUDIS BUTA/SCABIES (awal 2012)

Anas dan Amanina pernah kena bintat..yang dipanggil kudis butaScabies pada awal tahun 2012. Kesian sangat dengan mereka, gatal sangat, tergaru2... sampai naik merah dan luka kulit kesan garu tu. 

Dalam masa 2 minggu juga., beberapa kali kami pergi ke klinik panel. Beberapa jenis cream dah pernah kami pakai. Tak serasi dengan cream tu.

 Akhirnya, suami saya kata 'takleh jadi ni, bukan semakin baik... makin merebak lagi.'

Atas nasihat adik ipar saya, yang merupakan seorang doktor pelatih, kami pergi  ke pakar kulit Darul Ehsan Medical Centre, DEMC. 



Oklah, kerana nak tengok anak2 sihat.. kami pergila.. ramai juga orang di pakar kulit tu. Kena tunggu dalam sejam, jumpa doktor pakar kulit dalam 5 min dan dapat prescription cream dan ubat makan. 

Bila dapat bil... 

WOW... 
Consultation fee yang 5 min tu = RM80.
Cream + Ubat  = RM2++. 

Mahalnya.. Tapi takpelah, demi anak-anak.. dengan 'rela'nya duit digantikan dengan ubat2 tu. 

Alhamdulillah.. betul seperti yang doktor cakap. 'Dalam masa seminggu, inshaAllah akan baik.'

Pesan doktor lagi..'Lap & basuh tempat anak-anak tidur dan bermain.. sebab scabbies ni memang berjangkit' 

Memang jenuh juga la kami jadi 'agen pembersih'. 

Alhamdulillah dalam masa seminggu, memang kulit anak-anak pulih. 

....

Kes 2 : IMPETIGO (akhir 2012)

Hujung tahun 2012, sekali lagi... anak-anak terkena masalah kulit seperti dalam gambar ini. Amanina terkena di pipi dan anas terkena di kawasan hidung. 'Mama sakit, pedih' 


Kami bawa ke klinik panel.. Doktor cakap fungal infection, dan bagi cream- bila sapu makin naik lagi, merebak pula ke tempat lain. Bawa semula ke klinik yang sama, Doktor bagi pula cream yang lain. Aduhai sayang, sekali lagi... makin bercambah pulak jadinya. Tak boleh jadi ni, terpaksa la bawa ke pakar kulit. Dah tahu DEMC mahal, kami cari pakar kulit lain yang berhampiran Shah Alam. Jodoh kami berjumpa dengan Dr Ko, di Pakar Kulit Ko, Klang. 

Masuk je dalam bilik pemeriksaan, 

Dr Ko : 'This is IMPETIGO
Hubby : Can you tell us, what it is and how does it happen?
Dr Ko : Basically, its a bacterial infection and it is a contagious infection 
' Here, you can google up and read (sambil tulis atas kertas)'. 
Hubby : What is the treatment?
Dr Ko : I will prescribe a ... cream and soap, wash at the infected skin and put the cream. It should be OK within a week.  

Huhu... sekali lagi. bayaran nya bukan MURAH. Jumpa dalam 5 min... dalam sekitar RM500 juga. Pejam mata je bayar, kerana nak anak2 sihat... ku relakan . 

Balik dari klinik kami pun terus la tanya pakcik google... I M P E T I G O

Ok jom tengok sikit... apa la pulak ni kan?

Impetigo (Penyakit Kulit Berjangkit) 

Apa itu impetigo?


Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.


Bagaimana ia berlaku? 

Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan. Penyakit ini sangat gatal.


Bahagian badan manakah ia berlaku? 

Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.


Bagaimana ia berjangkit?

Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara :

  • Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini
  • Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian lain.
Komplikasi
  1. Kadang-kadang, jangkitan bakteria Streptococcus ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dipanggil Glomerulonephritis.
  2. Pada bayi, penyakit ini lebih tersebar luas dan lebih teruk.
Apakah yang patut anda lakukan apabila anak anda mengalami impetigo?
  1. Bawa anak anda berjumpa doktor
  2. Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan
  3. Antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk
Tindakan lain :
  • Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari
  • Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain
Bagaimana jangkitan ini dapat dielakkan?
  • Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga ia kering
  • Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar
  • Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang berjangkit
  • Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih
  • Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor

Sumber artikel: laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

AllahuAkbar.. bila baca maklumat ini, kami terus tanya dengan taska tempat kami hantar anak-anak.. 'Ada tak kanak-kanak lain yang kena juga?' dan jawapan nya memang ada... dan siap la pengasuh tu tunjuk kanak-kanak yang tersebut. rupanya, beliau la yang bawa 'penyakit' ni ke anak-anak. 

Yang sedihnya, dah bagitahu kat pengasuh.. 'benda' ni berjangkit. kenalah bagitahu kat parent kanak-kanak tu, elakkan berjumpa kanak-kanak lain. Ibu tersebut kata 'Doktor kata takpe'. aduhai... ini lah kes kalau ke klinik biasa, sebab itulah juga jawapan yang kami terima pada awalnya. Tapi pengasuh cuba juga la asingkan kanak-kanak tu, Alhamdulillah 'penyakit' beliau kering tapi ambil masa yang lama juga.

Seminggu juga saya terpaksa cuti, sebab memang kena elakkan dari berjumpa kanak-kanak lain, sebab ianya memang penyakit berjangkit. 

Alhamdulillah, selepas tu dah kering, kami hantar semula ke taska dengan kerisauan...apa kan daya, kami sama-sama perlu bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. 

..............................................................................................................................................................


Jika tidak di rawat dengan betul, masalah kulit sebegini boleh berlarutan sehingga berbulan.


PERUBAHAN SEKARANG

Sejak bercinta dengan shaklee, kami mula bagi anak-anak makan set kanak-kanak, 

Alhamdulillah, bukan sekadar anak-anak jarang selsema dan demam... masalah-masalah kulit seperti ini pun dapat di elakkan. Mild ezcema anas juga semakin pulih sekarang.

Alhamdulillah, dah lama kami tidak membuat 'lawatan' ke klinik lagi. di tambah dengan sebagai Working At Home Mum ini, anak-anak di jaga sendiri, di beri makan sendiri. Alhamdulillah... peluang terdedah kepada jangkitan dapat dikurangkan.

Ini lah wajah anak-anak permata hati kami... Tiada yang lebih indah dari melihat anak-anak membesar dengan baik dan sihat. InshaAllah anak-anak soleh dan solehah. 






Dari perbelanjaan rawatan klinik... jauh lebih baik di gantikan dengan pencegahan dengan supplement semulajadi ini. 


Herbal blend cream juga sangat membantu, dengan harga retail RM27.50 sahaja.. memang sangat berbaloi berbanding dengan harga cream yang ratusan ringgit yang pernah kami belanja kan suatu ketika dulu. 



Mohon maaf, saya tidak menyimpan gambar anak-anak saya masa terkena masalah kulit ini. Namun, gambar-gambar berikut mirip masalah anak-anak saya suatu ketika dahulu.



Entry berkaitan :Meal ShakeChewable vitamin C , Omega Guard


Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

1 ulasan:

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...