Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Apa khabar pembaca semua? Apa khabar ibu bapa anda? Apa khabar atuk nenek kita?
AllahuAkbar... hati saya tersentuh, sejauh mana kita telah ber'korban' untuk ibu bapa kita?
Sudah terbalas kah jasa mereka?
Kisah ini saya petik dari rakan saya, Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua. InshaAllah.
Bukan wang yang ibu harapkan...
Perkongsian dari seorang customer. Saya tak paksa anda baca dan saya tak bertanggungjawab kalau berlaku sesuatu pada anda.
.
Ada seorang customer saya yg kerjanya beli Vivix Shaklee je pada ibunya. Setiap bulan pasti dibelinya satu. Masuk bulan ni dah 4 bulan.
Tergerak hati saya utktanya keadaan ibunya yg ada penyakit kronik sebelum ni. 5 serangkai ye. Kencing manis, darah tinggi, jantung, gout, dan asma.
'Alhamdulillah, semakin pulih'. Ringkas je jawapannya tapi dalam nada gembira. Tapi itu bukan fokus post ini.
.
Saya tanya beliau yg kerjanya hanya kerja sawah je tapi sanggup keluarkan sedikit belanja perubatan dari hasil jualan padinya yg setahun 2 kali tu utk belikan produk terbaik Shaklee ni utk ibunya.
Tau tak apa jawabnya?
.
'Dulu masa saya kecil, mak saya kerja buat kuih dan letak di kedai. Ayah kerja dengan MADA. So, duit ayah, mak tak kacau. Bahkan duit kami sekolah semua pakai duit yg mak dapat dari jualan kuihnya..
Yg menyayat hatinya, mak selalu kena asma bila pagi-pagi bangun nak buat kuih. Kami pun bangun juga buat kuih sama-sama dengan mak. Boleh nampak betapa terseksa mak setiap pagi sambil menahan semputnya sambil buat kuih.
Bukan sikit ustaz, 5-6 jenis dan berpuluh-puluh pula setiap satu jenis. Bila dah siap semua, kami hantar ke kedai dan pergi sekolah. Itulah kerja kami dulu.
Mak tak pernah beli seutas rantai atau gelang emas pun. Bila ayah nak belikan apa-apa perabot rumah, mak mesti kata, "Tak payahlah, ni pun dah selesa sangat dah. Duit abang dan duit jual kuih tu, kita simpan buat anak-anak belajar dan beli barang mainan dorang".
Kami 4 beradik semua belajar biasa-biasa saja, jadi mak tak perlu banyak sangat keluarkan duit utk sekolah kami. So, simpanan mak masih ada banyak, maklumlah dah 15 tahun dikumpulnya.
Bila mak disahkan sakit kronik, kami tak melatah utk gunakan duit dia. Kami hanya guna ubat hospital je, dah 3 tahun pun. 3 tahun juga ayah pergi meninggalkan emak dan kami, menemui Tuhannya.
Kebetulan lepas tu jumpa ustaz, terus kami kumpul duit tiap2 bulan utk beli ubat mak. Kami tak nak kacau duit dia langsung.
Ustaz tau tak, mak saya tak nak kami gunakan duit kami utk dia, dia berkeras utk guna duit yg dikumpulnya sendiri utk beli Vivix dari ustaz, tapi saya kata kat mak,"Bagi kami tolong mak pula. Mak dah lama sakit kerana kami".
Itu sekadar alasan je ustaz sebenarnya.
.
Saya duduk dengan mak dan ayah. So, setiap pagi selepas Subuh bila saya lalu di luar biliknya, saya selalu dengar mak doa,"Ya Allah, benarkanlah aku menziarahi rumahMu dan NabiMu serta kuburkanlah aku bersama sahabat-sahabat Nabi kesayanganMu".
Lepas tu, mesti mak belek buku akaun kuning Tabung Hajinya dan dia senyum sendirian. Mak selalu kata kat saya,"Kalau nak pakai duit bagitahulah, mak ada simpanan".
Tapi saya hanya gelengkan kepala saja sebab saya tau dan saya nak sangat, duit yg mak usahakan dengan titik peluh, jerih perit sakitnya dan halal tu digunakan utk dia ke Mekah tahun depan. Semua duitnya ada dalam buku kuning tu je.
Kalaupun saya perlukan duit, saya akan cari sendiri. Nak meminta pada mak, tidak sekali. Saya nak, doa mak jadi kenyataan tak lama lagi. Kami just tambah sikit je lagi utk cukupkan apa yg perlu.
Itulah doanya yg buatkan saya berpakat dengan adik beradik lain utk bg mak Vivix ni, nanti dah sihat, kami nak hantar mak untuk menemui bahagianya di Mekah dan Madinah. Itu je ustaz yg saya mampu buat utk balas semua pengorbanan mak pada kami.'
.
Kawan ni orang kampung saya, budak kampung. FB, twitter, instagram semua takde. Hidupnya hanya kerja dan jaga maknya di kampung.
Mungkin sebab tu dia tak reti beli kereta mewah, beli pakaian mahal, aksesori mewah, beg tangan dan jamtangan mahal buat isterinya.
Berbeza dengan anak bandar. Ramainya bermewah-mewah. Handset saja ada 3 buah, boleh bertukar-tukar pula setiap 3 bulan sekali.
Duit gaji habis dengan beli baju baru, beg tangan baru, kasut baju, aksesori baru tapi ibu ayah hanya makan sisa-sisa gajinya sahaja. Tidakkah kita rasa bersalah?!
.
Perkongsian ni hanya utk buka minda kita saja dan sedarkan 'kebiadapan' kita selama ini.
Ia mengingatkan kita sejauhmana pengorbanan kita utk orang yg telah banyak berkorban untuk kita sedari kita kecil lagi. Ia juga muhasabah utk saya sendiri.
Mohon doa pembaca semua utk doakan ibu ini dapat segera sihat utk bersedia pergi ke Mekah pada bulan 8 nanti. Ini je syarat anak dia bila saya mohon utk kongsi cerita ini.
(Kisah ini dikongsikan oleh rakan shaklee saya,Ustaz Mohd Taufiq di facebook beliau)
..............
Satu kisah yang meruntun hati saya sebagai seorang anak..'apakah sumbangan ku pada ibu bapaku?'
Bukan wang ringgit yang mereka mahukan... tapi kasih & sayang dari kita.. yang tidak ternilai dgn wang..
Rindu yang amat pada mak & abah...
Ya Allah, berikan mereka kesihatan yang sempurna dan makbulkan doa mereka..
Ya Rahman, Ya Rahim..
Sebagai seorang ibu...'mampukah aku mendidik anak2 ku menjadi seperti lelaki itu?'
Astaghfirullahalazim...Ya Hayyum, Ya Qayyum..
Allahuakbar, Ya Allah...izinkan kami berbakti kepada orang tua kami.. permudahkan urusan kami, Ya Allah... jadikan kami insan yang sentiasa mengingati mu, melakukan apa jua perkara keranaMu..
Ya Allah, yang Maha pengasih dan juga mengasihani, yang menguasai segala yang ada di muka bumi..jadikan kami anak2 dan keturunan yang soleh & solehah.. Amin Ya Rabbalalamin.
(Nota :gambar di petik dari pakcik google- bukan milik peribadi penulis)
Sila Like dan Kongsikan... Semoga ada yang mendapat manfaat.
Sila Like dan Kongsikan... Semoga ada yang mendapat manfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan