Isnin, 22 Jun 2015

Petua Rawat Chicken Pox a.k.a Cacar Air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Apa khabar anda hari ini? Moga semua sihat sejahtera dan ceria selalu.




Sekarang ni, di Malaysia cuaca agak panas dan kemudian hujan lebat selang beberapa hari. Virus demam dan penyakit berjangkit lain mudah tersebar. 




2 minggu lepas, anak ke 2 saya, Amanina Aisyah terkena jangkitan chickenpox a.k.a cacar air dalam Bahasa melayu. Saya pun tak pasti di mana terjangkitnya. pasrah terkena sekarang, sebab orang kata 'Baik kena masa kecik, parut cepat baik.. dan bila dah besar lagi sakit'. ;) 


Status pada 9 Jun, antara nasihat yang diberikan kawan2 di fb.




Btw, chickenpox ni bukan demam campak ya.. demam campak ruam halus warna merah, biasanye tidak berparut dan cepat baik. (Rujuk KKM: Demam Campak)




Chickenpox ni pula, yang jenis ada mata tu.




 (Rujuk KKM : Cacar Air)



Masa memula amanina kena, ada la dalam 3-4 biji di kawasan dada dia. saya ingatkan terkena gigitan semut ke? tapi macam halus sangat. bila whatsapp kan gambarnye pada adik ipar yang merupakan seorang Dr. beliau kata nampak macam chichkenpox, tapi kita tengok esok macamana. 




Hari ke 2, dah mula naik banyak sangat di bahagian badan dan pada muka



gambar ihsan google




Malam hari ke 2 tu, kami bawa amanina pergi jumpa Doktor,  Ouch! sah confirm chichkenpox! 

Dah maca dalam ilustrasi kat atas ni. huhu. 

Dr bagi calamine lotion dan ubat tahan gatal (dalam bentuk cecair utk minum). 

Alhamdulillah Amanina tak demam sangat, suhu bada sekitar 36.5-37.3 mcm tu jer. Jadi nya Dr tak bagi pun ubat demam. 
Saya tanya di fb untuk petua dari kawan2... 

PETUA yang di kongsikan

1. Bagi air kelapa
2.Mandikan dengan daun semambu
3. Tidur berlapik kan daun semambu
4.  Mandikan dengan Basic H
5. Sapu dengan cream anti gatal - saya guna Herbal Blend Shaklee
6. elakkan pergi ke tempat awam/sekolah
7. JANGAN kena hujan (orang kata nanti berparut/susah nak baik).. apa2 pun, waktu sihat pun tak elok kena hujan, sebab hujan kita sekarang pun dah tercemar kan. 
8. JANGAN makan makanan yang boleh menyebabkan lebih gatal spt seafood. 
9. Makan banyak buah-buahan dan makanan yang kaya dengan vitamin C, untuk meningkatkan imuniti dan juga kecantikkan kulit



Kebetulan Amanina kena masa tengah cuti sekolah masuk minggu ke2, jadi seminggu tu tak kemana la.. kecuali 2 hari amanina terpaksa ikut papa ke ofis sebab saya ada presentation untuk masters saya. 




Sian nina sebab die memang suka sangat makan seafood. takpelah sayang, seminggu-dua je. salah satu pantang makan lagi, jangan makan kicap.. huhu, takleh nak elak sangat, orang kata nanti berparut. ada juga makan sikit2. tawakal jer. yakin yang parut akan baik juga.



Ramai suggest guna daun semambu, pertamanye, mana lah nak cari kan? keduanye, macam rimas jer berdaun2 ni.. hehe. orang moden la katakan. 

Alternatiflnya, saya mandi kan juga amanina dgn Basic H dan kemudian sapu kan dengan calamine lotion masa blister tu tengah naik. 



Alhamdulillah, selepas seminggu, pox2 nya dah kering.Saya sapu kan dengan Herbal Blend dan aloe vera. Alhamdulillah, selepas 2-3 hari selepas kering, kuping2 makin tertanggal dan parut pun semakin pudar. 

Alhamdulillah, sebagai pengamal tegar mealshakes..;) hehe, amanina minum juga mealshakes di campur dalam susu sebagai minuman harian. 

Chewable vitamin C juga menjadi teman setia..;) hehe. vitamins pertama yang Amanina kenal pun.. ada kongsi dalam entry ni --> Luka-cepat-sembuh-dengan-vitamin-c

Ok buat kawan2 di luar sana, buat yang anak2 or even mak atau yang dewasa pun kena, boleh amalkan petua imi  ya. 

Sebagai pengguna produk SHAKLEE, Ini yang saya guna

1. Basic H untuk mandi
2. Herbal Blend untuk sapu semasa luka dah kering
3. Mealshakes sebagai sumber PROTEIN dan multivitamins
4. Vitamin C untuk tingkatkan imuniti & kecantikkan kulit. 

Sekian, 

Moga sihat2 selalu...

#ingatSIhatSebelumSakit


...
Antara rujukan saya semasa 'merawat' amanina; 

http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/cacar-air
http://azfar9897.blogspot.com/2014/04/petua-dan-tips-anak-kena-chicken-pox.html
http://www.wikihow.com/Treat-Chickenpox-at-Home

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...