Selasa, 16 Jun 2015

Pengantin Baru dengan Baju bertahun- tahun lalu...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Pelik dengan tajuk entry ni? hehe, saje nak kongsikan perasaan menjadi pengantin, walaupun dengan baju yang lama.  ;) Seronok kan... bukan ramai orang merasai perasaan ni. 

Alhamdulillah pada 6 Jun 2015 yang lalu kami telah di jemput menghadiri dinner bagi meraikan performance cycle lalu,  tajaan sepenuhnya oleh Shaklee Malaysia. 

Memula masa terima jemputan dengan tema Majestic Night... ermm, terfikir baju apa lah nak pakai kan.



 Saya ni bukan lah jenis yang suka bergaya, mahupun pakai baju up to date sangat. Selagi ianye menutup aurat dan sopan (erk.. hehe yelah kena la sopan kan), saya ok jer. 

Tetiba bila bincang2 ngan Cik Abang, apa kata...'Kita pakai je baju raya kita yang dedulu tu..' Fikir punya fikir.. hehe, nak matching ngan cik abang kan. 

Oklah... Taraaa inilah baju yang kami pakai semasa dinner tempoh hari. 

Kami sekeluarga bersama di 'USA'..

Komen Amanina masa saya dan suami tengah bersiap...

'Cantiknya mama dan papa, macam pengantin....Amanina pun nak baju macam mama

;) Alahai anak dara sorang ni, umur baru nak masuk 4 tahun, tapi dah pandai nak bergaya. 

Masa dinner tu, ramai lah juga yang tegur...'Amboi, macam pengantin... boleh terus buat baju raya tahun ni kan?' 

'Sebenarnya ni baju raya kami dah 6-7 tahun lepas.,' terbesar pula mata yang mendengar... hehe. 

Bak kata seorang sahabat..'Pandai ya Asyraf jaga badan... maintain je dari dulu,'

 biasanya orang yang kahwin ni, bukan isteri je yang naik badan, suami2 pun ter'mengandung' tapi lama baru nak bersalin.  (Ada di kongsikan dalam ebook ni, perkara lazim selepas berkahwin--> Kisah benar seorang Suami)

Alhamdulillah, kedua2 pakaian kami masih dalam keadaan elok dan yang penting, masih muat dan elok pada badan. ;) 

Dan... lebih buat orang terbesarkan mata saya sedang mengandung 5 bulan pun, tak nampak macam orang pregnant pun. inikan dah 5 bulan? 


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... antara nikmat Allah swt yang kami syukuri. 

Alhamdulillah, jalani hidup dengan pemakanan yang seimbang dan aktif, inshaAllah mudah untuk maintain dan feeling macam pengantin baru bertahun-tahun... 

Pesan Mak saya, sentiasa buat diri rasa macam pengantin baru, supaya kasih sayang tu tetap berkekalan dunia akhirat, inshaAllah. 

Moga Allah limpahkan kasih sayang Nya dan rahmat pada kita semua di dunia dan di akhirat. inshaAllah. 


Pesanan akhirkata, agak2 jika ada kawan2 yang badannya dah berubah dan perlukan bantuan untuk kembali ke shape asal,,, jom2 jemput contact saya ya.. 

Bergambar bersama sebahagian leader MFMS


Salam hormat, 

Anisah Khalid
0136216522



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...