Rabu, 6 Januari 2016

6 tanda BAYI nak SUSU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, diberi kesempatan memberi susu ibu kepada ketiga2 anak dgn jayanya. Alhamdulillah, seingatnya takde masalah dalam laktasi. mungkin berpengalaman memerhatikan adik2 dan anak2 saudara disusukan dulu... ditambah dengan kelas penyusuan / kempen penyusuan KKM. 
Breastfeeding is a wonderful moments. 
Hati saya rasa sayu sangat bila tengok bayi kecil ( ada yang baru beberapa hari) dah diberi susu botol. Jika atas faktor kesihatan, ok lah. tapi dengan alasan 'susu tak cukup', 'bayi tak pandai', 'bayi tak kenyang', 'bf menyusahkan' , 'susah nak bergaya' etc.. huhu. kesian anak kan.

Antara kegagalan PENYUSUAN SUSU IBU ialah sebab kurang ilmu tentang BILA bayi nak menyusu... 
Artikel di bawah saya petik dari Pa&Ma sebagai panduan/peringatan kepada breastfeeding mums. 

Bagi yang baharu bergelar ibu, tentu masih belum mahir memahami tanda-tanda bayi hendak menyusu. Adakah bila anak sudah menangis baru hendak disusukan atau susukan sahaja walaupun dia belum menangis? Mana satu tanda yang betul?
Kadang kala sampai merajuk si comel sebab ibu lambat sangat bagi susu. Bila bayi sudah 'melalak' kuat-kuat, ibu pun mulalah panik dan stres. Bila ibu stres, susu pun lambat keluar dan lagi kuatlah anak mengamuk.

Nampak tak kaitan tersebut? Jadi, pentingnya untuk ibu memahami tanda bayi hendak menyusu terutama dalam kalangan ibu baharu yang dalam tempoh berpantang. Bila ibu tahu tanda tersebut, tak perlu tunggu sehingga anak menangis dan mengamuk baru hendak disusukan.
Ini kerana biasanya orang sekeliling yang tidak faham tentang penyusuan susu ibu akan memberi tekanan kepada ibu dengan memberitahu susu ibu tidak cukup untuk anak sebab itu anak menangis walaupun sudah disusukan. Hakikatnya si kecil merajuk dan mengamuk sebab ibu lambat menyusukannya dan bukan sebab dia kurang susu!

Jadi, fahami betul-betul tanda berikut supaya anda menjadi ibu yang lebih cekap dan memahami keinginan si comel.

1. Bebola mata bergerak-gerak

Apabila si comel mula menggerak-gerakkan bebola matanya ke kiri dan ke kanan, cepatlah bertindak.


2. Mulut terbuka dan mencari sesuatu

Alahai memang comel tengok aksi ini tapi itu petanda dia hendak menyusu.
Sumber foto: www.kidspot.com.au


3. Merengek manja

Suara manja yang ingin memberitahu ibu dia sedang lapar!


4. Menghisap jari, tangan, sarung tangan atau apa sahaja

Kalau anda melihat aksi si comel menghisap jari, tangan atau sarung tangan atau apa sahaja yang boleh disumbat dalam mulut memang 'confirm' dia kelaparan.


5. Menangis dengan kuat

Kalau bayi mula menangis dengan kuat secara tiba-tiba, ia adalah tanda dia betul-betul hendak susu.


6. Bayi mula merajuk

Tanda akhir ini sudah tentu akan membuatkan ibu menggelabah kerana akhirnya bayi mula merajuk dan susah untuk dilekapkan pada payudara ibu.

Jadi, sebaiknya ibu perlu elakkan bayi daripada menunjukkan tanda paling kritikal ini kerana penyusuan akan menjadi sukar. Cepat susukan anak sebelum dia  merajuk dan mengamuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...