Apa khabar rakan-rakan pembaca semua?
Alhamdulilah pada 12-15 Jun 2014 yang lalu saya telah 'terpilih' untuk mengikuti Seminar Insentif Magnet Kejayaan dan Kekayaan, anjuran Dr Azizan Osman dan team The Richworks. Menurut pihak penganjur, jumlah peserta adalah sekitar 8000 orang. Bayangkan 8000 orang berkumpul dalam satu dewan... memang happening sangat!
Nampak saya tak dalam gambar ni? |
Alhamdulillah, dalam setiap sesi, saya duduk di tempat yang berlainan dan di samping orang yang berlainan. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat mengenali dan mengetahui kisah dan cabaran hidup orang lain. Ada juga yang datang ke sini, belum pun memulakan perniagaan, belum pun bercita-cita untuk berniaga.
Alhamdulillah, saya pula? Hadir kerana ingin memajukan perniagaan saya. Tetapi ia bukan kelas pemasaran... ianya kelas pembersihan kolam jiwa, untuk menjadi kan kita magnet kepada kejayaan dan kekayaan dunia akhirat, inshaAllah.
Sedutan akhbar Metro |
Allahuakbar. Energy yang berbeza.Proses pembersihan kolam jiwa.
Saya kongsikan sebahagiaan dari input yang saya dapat sepanjang program ini.
Dalam kita menuju ke arah menjadi magnet kejayaan dan kekayaan, kita perlu sentiasa menjaga hubungan sesama manusia, dan hubungan dengan pecipta kita.
Empat hari yang penuh dengan macam-macam emosi, ada sesi menangis, ada sesi pengharapan dan ada sesi tersenyum dan tergelak sendiri.
Kita perlu sentiasa memaafkan orang lain, sebab bila kita berdendam dengan orang lain, hati kita yang gelap...kita yang terasa terbeban dengan dendam tu. orang tu, ntah2 bahagia je dengan hidup dia.
Maafkan, Maafkan, Maafkan...
Let it Go, Let it Go, Let it Go...
Dalam apa yg kita lakukan... Segalanya.. Dengan IzinNya.
Kebergantungan kita kepada yang Maha Memberi...
Macam-macam POWER (KUASA) yang Dr Azizan Osman ungkaikan.. di antara yang paling kerap di sebut,
The Power of Syukur
The Power of Doa, The Power of Submission, The Power of Visualization, The Power of Focus dan macam-macam lagi... anda kena hadir untuk tahu lebih details, inshaAllah.
The power of focus...
Setiap orang pasti ada impian, dan dalam kita ingin mencapai impian, pasti ada suara2 atau pun halangan yang terpaksa kita hadapi... di antaranya perasaan takut, was-was dengan kebolehan diri, hasutan dari ahli keluarga, rakan-rakan dan juga masyarakat. Kita perlu kuat dalaman dan hati yang cekal untuk kita merempuh rintangan menjadikan ia sebagai cabaran untuk kita lebih berjaya, InshaAllah.
Pada petang hari ke 3, Sesi Sharing bersama Dato Seri Tuan Syed Zainal, Ex CEO Proton
Di antara perkongsian beliau,
Persepsi kebanyakkan dari kita : Nak berjaya kena ada background keluarga berjaya, ada peluang yang yang besar dsb.
Tetapi sebenarnya... apa yang kita perlu untuk berjaya?
1. Extreme level of confidence
-the way you bring dan put yourself. Walk, speak, smile, talk.
2. Jangan malas cari ILMU
-terutama ilmu di luar buku. Use all senses (dengar, lihat, sentuh) to perceive information from your surroundings.
3. Janganlah takut gagal (takut malu, takut risiko)
-semua benda berisiko sekarang. Keluar jalan raya risiko dilanggar kereta. Hujan risiko dipanah petir. Nak berjaya, risiko memang asam garam.
4. Kena SUKA dikritik. Buka hati seluas-luasnya.
-Bila kita di kritik, peluang untuk memperbaiki diri terbuka luas
5. Bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur bukan pasrah. Bersyukur maksudnya hargai. Say and express to Allah, thank him.
6. Have crystal clear DREAM.
-tulis. Kalau tak sekadar angan-angan mat jenin.
7. Paling DISIPLIN
-it's all in your mind. It's you who choose when to be disciplined.
8. Pilih kawan-kawan yang BERJAYA.
-maka anda pun akan jadi berjaya. Tak rugi memilih kawan. Nak kawan yang gagal dan anda gagal atau be selective dan anda berjaya? Pilihan anda.
................................................
Check list cuci KOLAM JIWA
Pesanan DAO bagi cheklist penyucian kolam jiwa....
📌 Solat Tahajud
📌 Solat Istikharah
📌 Solat Sunat Fajar, 2 rakaat sblm subuh.
📌 Solat Dhuha
📌 Mandi Garam
📌 Istighfar 101 kali
📌 Selawat 1000 kali
Berpesan-pesan dgn kebenaran, berpesan-pesan dengan Kesabaran.
Hampir sama dengan Membuka Pintu Rezeki Menurut Al-Quran
....................................................
Status Facebook dan gambar saya & rakan-rakan sepanjang program di jalankan;
Bersama susur galur Master Hafsah, Beliau sudah pun berada dalam rank tertinggi dalam shaklee dan kini sedang hamil 7 bulan pun sanggup datang ke program ini, demi ilmu, di gagahi jua.. |
...............
Sedutan video sepanjang program IMKK, 12-15 June 2014 di The Mines...
Allahuakbar, sebenarnya dah lama sangat mentor saya, abang Mohd Firdaus cadangkan suruh pergi...siap dia kata ' Saya bagi warranty, kalau anda rasa IMKK tidak memberi apa-apa manfaat pada anda, saya akan refund balik yuran tu' ... punyalah, beliau yakin sangat yang IMKK akan memberi impak yang baik pada peserta nya. Pengalaman beliau sendiri yang membuatkan beliau NAK sangat orang lain pun pergi juga, proses pembersihan kolam JIWA yang bukan boleh dapat di tempat lain. Kisah beliau di sini : Perubahan peserta IMKK.
Di akhir kalam, Alhamdulillah, secara jujurnya seminar ini mencapai matlamatnya...iaitu belajar untuk menyucikan hati dan menghargai manusia dan meletakkan sepenuh pengharapan pada pecipta manusia dan alam semesta...iaitu Allah swt!.
'Tidak bergerak sebutir zarah pun, jika tanpa izinNya'
Buat anda yang mencari idea/ terasa macam KENAPA la Hidup aku Begini... Jemput ke IMKK 23- 26 Oktober 2014 bertempat di Ideal Convention Centre, Shah Alam. Tiket sudah boleh di beli sekarang... harga biasa RM997, tapi sekarang ada tawaran khas untuk alumni program..harga istimewa sehingga 30 JUN 2014 ini. Hubungi saya untuk tempahan. ;)
Maafkan saya dan keluarga jika ada sebarang salah silap, izinkan kami untuk bahagia... Jika anda yang perlu penyelesaian, jangan segan silu untuk menghubungi kami ye...
Saya sayang anda, atas nama Islam... InshaAllah!
Sekian. Anda kaya dan berjaya dunia akhirat
Terima kasih kerana meluangkan masa...Sehingga berjumpa lagi.
Usaha...Doa...dan TAWAKAL.
Jemput 'LIKE' post ni dan JOM 'SHARE' dengan orang tersayang.
Semoga ada di kalangan anda mendapat manfaat dari entry ini
TERIMA KASIH!!!! ANDA KAYA DAN BERJAYA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan