Isnin, 30 Jun 2014

Dia jahat, tapi ada yang sayang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Moga anda yang sedang membaca, adalah seorang yang sihat dalaman dan luaran.. inshaAllah.




Bila sebut sayang, semuanya nampak yang baik-baik... bahagia, seronok dan mepunyai sesuatu.. Berlawanan pula dengan benci kan.. melibatkan kesakitan, tekanan perasaan dan yang seangkatan dengannya.



Hari ni, saya nak kongsikan sesuatu yang kita tahu ia jahat, tapi ramai yang sayang...



Apa yang jahat? Apa yang sayang?



Yang jahat nya.. adalah kolestrol jahat yang di panggil LDL... tapi ada je di kalangan kita yang sayang pada LDL ni dan biarkan die terperap dalam badan kita.




Apa la pula LDL ni kan? ok2, jom... teruskan. 


Jom kita kenali Kolestrol



Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Badan kita memperoleh kolesterol daripada makanan yang bersumberkan haiwan di samping menghasilkan kolesterol sendiri di bahagian hati. 

Molekul kolesterol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein. 



Dua jenis kolesterol yang utama iaitu:


1. Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) - Kolestrol JAHAT, berkecenderungan dimendakkan dalam saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.


2. Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) - Kolestrol BAIK, mencegah penyempitan saluran darah jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung.

Sumber : myhealth.gov.my
Ok, ayat saintifik sangat kan? Hehe, jom tengok video ni sekejap, inshaAllah lagi mudah faham

Kenapa yang jahat ni kena halang dia dari menempek..kenapa kita tak boleh sayang sangat kat dia?





Rasa tak puas tengok satu video? Nak tengok lagi.. jemput la ye.. Beberapa animasi untuk memahami apa itu Kolestrol dan 2 jenis kolestrol dalam badan kita..

http://www.youtube.com/watch?v=u5PBnKtglmc


http://www.youtube.com/watch?v=OZoI-LpzD_M


Ala apa yang pelik sangat kan kolestrol ni kan... Saya ok jer..


chop2..tahukah anda?




Lebih dari 6 Juta.. maksudnya lebih 15% rakyat Malaysia 'mengidap' tinggi kolestrol. dan anda yang sedang membaca juga mungkin salah seorang dari nya.. Tak percaya?


Orang GEMUK je kot? sebab bila sebut kolestrol lebih2 ni, mesti kita terbayangkan orang gemuk kan... No, No, No... orang kurus pun, berpotensi untuk ada kolestrol lebih2...


 Tanda-tanda kolestrol tinggi agak tidak mudah di lihat, ianya perlu melalui ujian darah. Tapi kesannya tinggi kolestrol adalah SERANGAN JANTUNG, ANGIN AHMAR, TEKANAN DARAH TINGGI, PENYAKIT HATI dan KETIDAKSUBURAN... kebas2 dan deposited kolestrol pada bahagian mata.. 




Oleh itu, kita sangat di galakkan untuk menjalani ujian darah 1-5 tahun sekali, bagi memastikan kolestrol kita di paras yang normal.


Ada rakan saya sudah beberapa tahun di borlineline tinggi, dan beliau rasa sihat je. kiranya takdepun rasa sakit dan sebagainya. Cuma, jika tidak di jaga...lama  kelamaan boleh membawa MAUT! 

Ok, jom kita tengok, apa pula faktor nya kan?

Yang paling asas...ialah pemakanan kita. Sebab semua orang makan kan? 

Merokok & Minuman Keras, inilah antara sebab kenapa Islam HARAMkan! sebab 2 perkara ni memang tidak membawa apa-apa manfaat pada tubuh, malah membahayakan diri lagi. 

Tekanan , atau perkataan famousnya STRESS di kaitkan dengan darah tinggi & sakit jantung, kerana ia menstimulasikan hormon yang memberi kesan kepada sistem organ, termasuklah hati....

Kesannya... hati yang tidak sihat!




Kita fokus pada apa yang boleh kita kawal... tentunya dari segi pemakanan..

Bila sebut pasal makanan, huhu, cuba semak apa yang kita makan...


Saranannya 300mg... tetapi berapa ye yang biasa kita makan? Jom zooommm...


Macam biasanya je kan tengok makanan ni atas meja kita... Macam biasa je makan makanan macam ni hari2 kan? Huhu... cuba tengok berapa kangdungan kolestrolnya... 

Kalaula nombor-nombor ni keluar masa kita nak masukkan makanan dalam mulut, mesti tak jadi kan nak masuk mulut. Oklah, bila dah tahu ni, kenalah jagakan.. sebelum lebih PARAH!ingat.. kolestrol tinggi boleh membawa kepada strok dan MAUT! 

Macamana nak jaga? 


Antaranya...

1. Tentulah melalui pemakanan, banyakan sayuran dan bijirin dan ikan yang tinggi asid lemak. 
2. Pada masa yang sama, kurangkan makanan berminyak dan organ dalaman. 
3. Kawal berat badan... kebanyakan mereka yang obes dan overweight, berpotensi besar kolestrol tinggi! 

dan macamana kita nak tahu paras kolestrol kita? dengan buat ujian darah & nasihat doktor untuk ubat yang sesuai. 

Chop2... ada cara lebih 'canggih'  iaitu menurunkan paras kolestrol dengan cara semulajadi. melalui


yang telah melalui ujian klinikal, Fitosterol membantu menurunkan paras kolestrol LDL dengan replikasi molecul cholestrol seperti dalam rajah di bawah.



Bagi merendahkan paras kolestrol, kita perlukan 2000mg Fitosterol dalam diet harian...Ops, Darimana pula nak dapatkan fitosterol ni kan?


Waahhh...banyaknya nak kena makan, mahu termuntah carrot pulak kan. Memang tak mampu la kita nak makan sebanyak ni kan. 

Penyelesaiannya, shaklee telah keluarkan satu produk yang di panggil Phytocol-ST! yang membekalkan 2000mg fitosterol sehari.


Keistimewaan Shaklee bagi Phytocol-st:





Ini adalah Produk terbaru yang shaklee baru lancarkan semasa NC 8 Jun 2014 yang lalu, Jom layan gambar kami bersama phytocol-st... ops bersama replica botol semasa perasmiaannya.




Kami bersama replika phytocol-st


Anak-anak excited..'mama, apa yang besar ni?'
Memperkenalkan vitamins baru kepada mak saya.. tu yang di tangan mak, adalah botol Phytocol-st...

.................
Testimoni pertama pengguna Malaysia, Mr Ethan Wang, Sales Manager Shaklee Malaysia. Beliau telah mencuba phytocolst sebelum produk ini di rasmikan...

Jom tengok, apa kata beliau... dan apa kata ujian kolestrol nya..



Alhamdulillah, telah terbukti berjaya mengurangkan paras kolestrol jahat... ini adalah pengguna pertama di Malaysia. inshaAllah selepas ini semakin ramai yang turut serta. 
...........

Soalan famous! tak cukup ke ambil Omega Guard sahaja? Apa bezanya? 

Phytocol berfungsi menurunkan tahap kolesterol jahat - LDL. dan elak new cholesterol dari masuk dalam badan kita.

Manakala, OmegaGuard berfungsi meningkatkan tahap kolesterol baik - HDL dan  bersihkan salur darah dari kolesterol2 sedia ada..
..........

JOM, lakukan ujian darah dan kenalpasti paras kolestrol anda... ataupun tak salah cegah sebelum parah! 

Pemakanan kita pun dah memang Berminyak dan tinggi kolestrol kan... jadi sebelum makan nasi lemak, roti canai, mee goreng dan macam-macam lagi makanan kegemeran kita... kita telan phytocol st dulu... sekat DIA yang JAHAT tu dari melekap kat kita, OK?

Phytocolst adalah supplement bukan ubat, jadi ia akan membantu melengkapkan keperluan badan. 

Tak perlu tunggu kolestrol tinggi tau! 

Jom sihat bersama shaklee! 

Terima kasih kerana meluangkan masa.


Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...