Rabu, 11 Jun 2014

DUTA SLIMMING SET..;)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ni? Apa khabar diet anda hari ini?

Kebelakangan ini, perkataan obesiti semakin asyik pula datang kepada saya, yang terbaru.. seorang rakan saya memaklumkan adik beliau mempunyai BMI = 30.. huhu. Di mana normal range adalah di antara 19.5-24.5. Atas dasar risau akan penyakit yang lebih membahayakan, beliau terus menghubungi saya.  

Berikut adalah poster yang di pamerkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di klinik dan juga di fb page KKM. Cuba anda lihat akibat dari obes organ dalaman seperti tekak, hati, otak , jantung, buah pinggang, pancreas dan juga hormon boleh DISERANG penyakit. 



Akibat dari kerosakan/penyakit dari organ dalaman boleh menyebabkan strok, diabetes,  serangan jantung, sakit sendi, urat berpintal dan tekanan darah tinggi. 

Peyebab utama kepada penyakit 3 SERANGKAI yang sangat famous di Malaysia sekarang! 



Dalam artikel yang di kongsikan oleh KKM, corak pemakanan yang tidak seimbang punca utama MEMBUNUH anak muda!!! Cuba anda lihat di bahagian yang saya highlightkan...Bayangkan 40% dari kita, mengalami masalah keGEMUKan atau LEBIH berat badan... huhu. Adakah anda penyumbang kepada 40% ini? Alhamdulillah, saya harap anda yang membaca ini berada di 60% yang bukan GEMUK! 




Seperti yang di sarankan di dalam artikel di atas, kita perlukan protein untuk tumbesaran, karbohidrat dan lemak untuk tenaga dan vitamins & mineral juga air untuk kesihatan.

Alhamdulillah, seperti yang saya maklumkan sebelum ini sejak menyertai shaklee, kepakaran saya adalah membantu rakan-rakan untuk kembali langsing dan sihat menerusi slimming set shaklee. Selain mengambil supplement, perkara UTAMA yang diperlu di tekankan ialah diet yang seimbang seperti yang saya huraikan di entry ini

Mengenai rakan saya, Beliau terus mencadangkan adik beliau mengambil supplement dalam kadar yang segera. InshaAllah, mari sama-sama doakan moga beliau dapat mencapai ideal weight beliau dan mengelakkan diri dari penyakit yang lebih serius. 

Alhamdulillah, saya sendiri telah mengambil alfafa dan ESP sejak awal perkenalan saya dengan shaklee, yang pada asalnya adalah untuk tujuan susuan ibu, susu memang bertambah banyak (sampai anak tak nak minum formula pula) tetapi mendapat hasil yang lebih baik... saya berjaya turun 5kg dalam masa 3bulan! Kalau dalam gambar mungkin kurang jelas, sebab rangka saya memang jenis agak lebar. tapi kalau depan-depan memang ramai yang tegur. Sehingga kan lebih dari 10 orang rakan-rakan saya mendapatkan set slimming dari saya. ;) hehe.. secara tak langsung dah jadi DUTA (tak rasmi ye) pula kan. 

Sekarang ni, saya masih meneruskan alfafa dan ESP dan menambah beberapa lagi vitamins lain termasuk untuk kesihatan optimum (Vitalea, Vit C dan Bcompleks) juga mealshakes sebagai instant breakfast yang dicampurkan dengan ESP atau Cinch.  Omega dan Lecithin untuk membakar lemak & kolestrol dalam badan. Alhamdulillah, lebih mudah untuk saya maintain ideal weigh.

Alhamdulillah, kebanyakkan dari customer saya sekurang-kurangnya berjaya turun 1-2 kg bagi bulan pertama. dan seterusnya bergantung kepada displin mereka dalam diet dan pemakanan supplement. Ada yang berjaya turun 4kg dalam masa 2bulan, ada yang turun 3kg dalam masa 3 bulan. Yang penting mereka semua merasa lebih sihat dan bertenaga. Alhamdulillah. 



Alhamdulillah salah seorang dari customer saya, yang kini sudah menjadi SID juga setelah sangat berpuas hati dengan slimming set ni. Beliau sangat gembira dengan berat dan kesihatan beliau sekarang. 

Memetik sikit kata-kata beliau ...
'Kak, best sangat sekarang ni, bukan setakat berat turun, sakit lutut dan kaki juga dah berkurangan sangat. Yelah, sebab sekarang ni badan dan kaki dah semakin seimbang. Kalau dulu, kesian kat kaki saya kak, kena menampung berat badan yang terlebih. Kalau dulu, terasa nak tidur siang, sekarang ok je.. bertenaga jer. Alhamdulillah, Thank you kak, kenalkan shaklee pada saya ' Zati, Mei 2014.  

InshaAllah, beliau masih meneruskan set slimming ni dan berazam mencapai ideal weight beliau dalam 1-2 bulan lagi. Walaupun beliau kata sekarang ni, bila timbang dah tak turun sebanyak dulu, cuma terasa badan makin fit. Jadi, beliau nak teruskan lagi supaya bukan hanya turun berat badan tetapi 'slim dengan selesa ' dan kekal bertenaga, inshaAllah. 

InshaAllah, sekarang ni beliau juga dalam usaha membantu rakan-rakan dan ahli keluarga beliau merasai apa yang beliau rasa, satu kepuasan kesihatan yang anda kena rasa sendiri!




Alhamdulillah, satu kepuasan bila melihat dan mendengar orang lain bertambah sihat dan gembira... 

Jom kita kenali macamana slimming set ni berfungsi ; 

1.       BAKAR LEMAK (Emulsifier) - Lecithin/Omega Guard

Berfungsi untuk memecahkan lemak. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Secara ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membrane. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Untuk ibu menyusu disarankan mengambil Omega Guard kerana Omega Guard mengandungi DHA dan EPA yang tinggi yang membantu perkembangan otak bayi. Ibu langsing, anak pintar.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kolesterol tinggi juga disarankan untuk mengambil Omega Guard kerana salah satu fungsi omega-3 adalah menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL yang menjadi punca penyakit jantung.


2.       BUANG LEMAK (Detox) - Herb-Lax/Alfalfa

Membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan.Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Herb-Lax TIDAK DIGALAKKAN untuk IBU MENYUSU jika diambil setiap hari. Cara pemakanan perlu diubahsuai untuk ibu menyusu. 2-3 seminggu. Tetapi dicadangkan adalah lebih baik ambil Alfalfa.

3.       BINA OTOT  - Cinch/ESP

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%. Cth makanan yang kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu (susu, keju, yogurt), kekacang, avokado, ayam.

Protein penting untuk memelihara OTOT dalam badan. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby (menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat, tapi dia kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.

Entry berkaitan keperluan protein untuk badan, sila click Kepentingan protein

Cinch Shake adalah serbuk protein yang diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. 

Cinch Shake membakar kalori, di samping memberi rasa kenyang dan dalam masa yang sama memelihara otot tubuh. Jadi hanya lemak-lemak yang dibakar. Bukan memusnahkan otot-otot kita. So bila anda dah kurus nanti, takde lah kulit-kulit dan otot menggeleber sebab otot terpelihara.

Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan

ESP Membantu mengekalkan kepejalan otot Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal. Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal.

Untuk ibu menyusu, dicadangkan ambil ESP berbanding Cinch Shake kerana kalori Cinch sangat rendah dan dikhuatiri membantut pertumbuhan anak-anak.

Apa yang penting?

Salah satu syarat penting, air kosong/ plain water mesti di minum 1liter bagi setiap 25kg. Sebagai contoh, jika berat anda 75kg, maka anda MESTI minum sekurang-kurangnya 3 liter air kosong sehari. 

Pemakanan diet yang seimbang perlu di teruskan. Supplement adalah sebagai makanan pelengkap, jadi jangan ingat anda dah minum ESP/Cinch dah tak perlu makan protein lagi. anda masih perlukan protein dari makanan harian. Juga vitamin dan serat dari sayuran & buah-buahan. Karbohidrat juga penting untuk tenaga. Semua makanan perlu di ambil dengan kadar yang bersesuaian. 

InshaAllah  dengan setiap pembelian set diet, kami  menyediakan jadual pemakanan dan konsultansi supaya anda dapat diet dengan cara yang sihat, inshaAllah.

Berdasarkan pengalaman dan tunjuk ajar dari mereka yang lebih berpengalaman juga pandangan pakar nutrisi. 

Pesanan penting!!!

Buat rakan-rakan di luar sana, jika BMI anda berada di kawasan merah atau pun kuning pekat  bertindak sekarang... sebelum keadaan menjadi lebih parah!


InshaAllah saya sedang dalam kajian pemakanan yang boleh mengelakkan obesiti seperti yang saya ceritakan di entry ini Obesiti-dalam-pengajian-sarjana

Terima kasih kerana meluangkan masa...Sehingga berjumpa lagi. 

Usaha...Doa...dan TAWAKAL. 

Jangan lupa 'LIKE' post ni dan JOM 'SHARE' dengan orang tersayang. Semoga ada di kalangan mereka mendapat manfaat dari entry ini

TERIMA KASIH!!!!

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...