Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Apa khabar perasaan kasih dan sayang anda hari ni?
Baru-baru ni, Malaysia di kejutkan dengan 'perjumpaan' seorang kanak-kanak OKU dalam keadaan yang sangat tragis.
Sungguh hati kecil saya juga tersentuh... Macamana kanak-kanak tersebut boleh di biarkan dalam keadaan sedemikian rupa?
Ramai yang tampil memberi macam-macam komen... dan menjadi sebahagian dari asam garam manusia biasa, suka mencari salah orang lain... Si ibu la yang menjadi mangsa, tetapi sebenarnya beliau la yang paling perlu di bantu. Bukan mudah menjaga OKU pada masa yang sama seorang ibu tunggal bekerjaya. Mungkin tekanan perasaan yang menjadikan beliau 'terpaksa'...
Sewajarnya, jika ibu nya masih waras, tak kan dia sanggup membiarkan anak yang disayangi menjadi sedemikian rupa? Pasti ada kisah di sebaliknya.
WallahuAlam.. kita pun tak pasti kisah sebenar.
Awal tahun hari tu, ada seorang pensyarah UiTM telah bertindak di luar kawalan dengan membunuh isteri beliau dan akhirnya membunuh diri... kerana apa? kerana kurangnya kasih sayang dalam diri dan orang sekeliling kepada beliau..
Saya hormat pandangan peribadi pelbagai pihak, tapi yang paling wajar ialah kita pandang diri kita.
Dalam keadaan sebegini, kita sebagai sebahagian dari masyarakat perlu sedar.. kita juga bersalah dalam hal ini!
Kenalkah kita dengan jiran tetangga kita? Sudahkah kita menghulurkan bantuan yang cukup kepada orang lain?
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
Hikmahnya perkara ini berlaku betul2 sebelum memasuki bulan Ramadhan, ialah... kita perlu kenal dan ambil berat tentang orang sekeliling kita. Mungkin kita cukup makan minum pakai... tapi bagaimana pula orang lain? Bagaimana pula dengan kasih sayang yang mereka perlukan?
Perkongsian dari Prof Dr Rozieta menjelaskan bagaimana perkara sebegini boleh berlaku...
.....
Perkongsian dari Prof Dr. Rozieta Shaary yang saya petik dari Blog beliau
Hanya Kasih-Sayang penamat bencana
(Penulisan ini adalah dari Ibu (Prof Dr. Rozieta Shaary) dan Ibu izinkan anda berkongsi dengan berintegriti, sekiranya anda mendapati ianya menambah nilai kepada anda dan ramai orang).
Ibu telah diminta untuk mengulas mengenai berita ini oleh TV Al Hijrah.
TV AL Hijrah:
“Salam Ibu. Minta komen Ibu berkenaan kejadian tersebut. Tergamak seorang ibu sanggup meninggalkan anak yang OKU dalam keadaan macam tu. Kenapa terjadi perkara sedemikian?”
Bila Shahrul bertanya bagaimana perasaan Ibu bila mengetahui berita itu, Ibu menjawab dengan sebak di hati, bahawa pertama Ibu berasa sangat sedih akan melihat keadaan Firdaus. Hati Ibu berasa sangat kasihan akannya. Dan memang prioriti kita adalah untuk membantu Firdaus dan menempatkannya di bawah jagaan mereka yang prihatin. Alhamdulillah, JKM telah mengambil langkah itu. Terima kasih, JKM dan semua yang terlibat membantu Firdaus.
Kemudian, Ibu menyatakan bahawa hati Ibu juga kasihan kepada si ibu itu; terlintas difikiran Ibu ini, apalah yang telah dihadapinya sehingga dia boleh melakukan perbuatan seperti itu. Di manakan suaminya? Kaum keluarganya? Adakah dia sebatang kara sehingga perlu melalui keadaan ini tanpa sokongan dan bantuan kaum keluarga?
Ya, perbuatannya kejam dan lebih teruk dari binatang. Dalam masa yang sama, jika kita menghantarkan tenaga benci dan marah sahaja kepadanya, ini tidak memperbaiki keadaan ini. Memang, ibu itu perlu menerima hukuman sekiranya didapati bersalah. Dalam masa yang sama, biarlah didalam hukuman itu dimuatkan juga terapi untuk memulihkan dia kembali agar boleh kembali ke pangkal jalan.
Seorang anak lahir dengan hati penuh kasih-sayang kerana anak datang dari syurga. Bagaimana hati yang penuh kasih-sayang ini berakhir dengan hati yang tidak berperikemanusiaan? Apakah yang berlaku kepada empunya hati ini?
Marilah anak-anak Ibu semua, kita jangan terus mengutuk dan mengherdik ibu ini. Mari kita siasat dulu apakah punca yang menjadi dia berkelakuan begitu dan apakah yang boleh kita pelajari.
Tuhan menjadikan peristiwa di dalam hidup kita untuk kita belajar darinya. Jika kita menyangka semua itu tiada kaitan dengan kita, itu adalah salah. Jika ia tiada kaitan dengan kita, maka kita tidak akan mengetahui akan peristiwa itu. Ada mesej yang Tuhan mahu kita pelajari dan Dia memilih kita mempelajarinya untuk kebaikan kita.
Suatu hari, beberapa tahun yang lepas, anak Ibu yang baru bekerja pada masa itu balik dan terus meminta Ibu ke satu sudut jauh dari orang lain. Dia memberitahu Ibu bahawa Bosnya baru meninggal dunia akibat membunuh diri. Dia memberitahu, orang menjumpai mayatnya setelah 2 hari dia tidak kelihatan.
Rupa-rupanya, bosnya itu datang ke Malaysia kerana dipencilkan oleh keluarga. Dia seperti tidak diterima keluarga lagi. Kenapa? Kami tidaklah menyelidik pula. Lama dia berkelana di Malaysia ini, cuba membina bisnes demi bisnes tetapi tidak berjaya. Akhirnya, dia mengambil nyawanya. Tentu kerana tekanan jiwa yang amat besar.
Disebabkan tekanan jiwa, seorang yang waras,boleh mengambil tindakan yang tidak waras.
Ibu belajar banyak dari peristiwa itu. Salah satu daripadanya ialah untuk tidak cepat menuduh dan menghakimi sesaorang. Malah perlu melihat dan memahami mengapakah sesaorang itu bertindak diluar tindakan seorang manusia. Dan berusaha mencari jalan membantu orang itu kembali ke pangkal jalan. ” Berpesan dengan kebenaran, berpesan dengan kesabaran.” -(surah Al-Asr ayat 4-5)
Bila kita bersimpati dengan ibu yang melakukan kesilapan itu, itu TIDAK bermakna kita bersetuju dengan buruknya perbuatan dia. Kita TETAP tidak bersimpati dengan perbuatan itu. Yang kita bersimpati ialah apakah yang melanda jiwanya, sehingga hatinya menjadi kejam begitu. Bersimpati supaya kita boleh membawa dia kembali kepada hati yang insaf dan penuh kasih-sayang. Semoga bila dia pulih, dia boleh bertaubat dan mungkin boleh menebus dosanya dengan anaknya itu.
Dua kebencian iaitu ibu bencikan anak, masyarakat bencikan ibu itu tidak boleh membawa kasih-sayang dan menamatkan penderitaan pada diri dan masyarakat. Tapi sebuah kasih-sayang boleh menamatkan satu kebencian yang boleh menjadi punca memakan masyarakat dan dunia.
Semoga Allah memelihara hati kita dan menempatkan rahmahnya dan kasih-sayang ke dalamnya.
(Penulisan ini adalah dari Ibu (Prof Dr. Rozieta Shaary) dan Ibu mengizinkan anda berkongsi dengan berintegriti, sekiranya anda mendapati ianya menambah nilai kepada anda dan ramai orang).
Salam Kasih, Ibu Rose
............................................................................................................................................................
Jom kita semua lebih banyak hulurkan bantuan... dan istiqamah dalam membantu. inshaAllah.
Ya Allah, izinkan kami berbakti dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan...
Ya Allah, jika ada di kalangan saudara maraku, rakan-rakanku, jiranku... bukakan hati kami untuk sentiasa membantu mereka...
Ya Allah, bukakan pintu rezeki dan limpahkan rezeki yang luas kepada kaum muslimin untuk kami sentiasa bantu membantu dan menjadi masyarakat Islam yang terbaik!
Amin Ya Rabbalamin..
Salam kasih sayang,
Anisah & Asyraf..
26 Jun 2014
28 Syaaban 1435H
Terima kasih kerana meluangkan masa...Sehingga berjumpa lagi.
Usaha...Doa...dan TAWAKAL.
Jemput 'LIKE' post ni dan JOM 'SHARE' dengan orang tersayang.
Semoga ada di kalangan anda mendapat manfaat dari entry ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan