Isnin, 19 Januari 2015

Nikmatnya Sakit Bersalin

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda & keluarga hari ini? Di doakan moga semuanya baik2 belaka...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Gambar : ihsan google


Awal tahun 2015, keluarga besar saya menerima seorang ahli baru. kelahiran bayi comel kepada pasangan graduan medical school. 

Mereka ialah adik ipar saya & suami... Dr Salwa Shaare & Dr Waqiyuddin. 

Sebagai medical doctors, beliau telah banyak merawat pesakit termasuk lah menyambut kelahiran bayi orang lain, melakukan jahitan , dll. 

Namun, sebagai manusia biasa,  doktor juga melalui proses 'kesakitan' , doktor juga boleh jatuh sakit, doktor juga hamil dan doktor juga perlu di rawat. 

Alhamdulillah, beliau di beri kesempatan untuk merasai betapa NIKMATNYA SAKIT BERSALIN. 

Ikuti nukilan seorang doktor perubatan melalui proses melahirkan anak sulung beliau. 

-SAKIT YANG MENDIDIK-


Sharing post untuk wanita sedunia dan bakal ibu dan bapa.
FIRST experience of labour pain

Betulla orang cakap tiada sakit yang boleh menandingi sakit nak bersalin. Pengalaman pertama yang sangat mendidik mental dan jiwa.
Sepanjang hidup memang dah biasa keluar masuk hospital, pernah patah tangan, masuk besi dan operation 2 kali. Pernah kene sakit ulser perut dan usus. Mcm mcm penyakit dah ditanggung tetapi sakit bersalin ni sangat SPECIAL.
Sakit yang tiada terhingga sehingga rasa ingin putus nyawa dan hanya Allah sahaja tempat untuk kita bergantung.
Lagi lagi kene 'induce' dan apabila contraction datang 2 minute sekali. Hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaan time tu. Tak sempat untuk bernafas.
Time macam nila mcm mcm 'perangai' keluar. Ada yang akan menangis, ada yang menjerit mcm histeria dan ada jugak yang meronta ronta meminta tolong.
Memang menggila.
Tapi, pasti ramai yang berzikir tak berhenti.
Rabbi Yassir Wala Tu Assir 




dan 

Doa Nabi Yunus.


Dah sudah contraction pain berjam jam (in my case almost 14 hours), kene simpan tenaga untuk meneran dan saat ini sebenarnya yang paling genting dan 'crucial'.
Perlu set mind untuk bersalin secara normal dan mengurangkan koyak. Mcm mana nak set mind tu dalam keadaan kesakitan yang teramat dan diri almost give up.
Haruslah cekal, and focus on giving birth. Put pain aside. Focus Focus Focus. Technique kene kemas.
Saya bersyukur mendapat dorongan yang kuat daripada ahli keluarga yang terdekat kerana first experience and ammature.
Tapi nak tahu benda yang paling special pasal giving birth is...
U remember that it was the most painful experience that ever happened in your life but later after that you lupa rasa sakit tu mcm mana.

HEBAT CIPTAAN Allah buat Wanita. Sebab tu kemampuan wanita melahirkan anak sangat luar biasa. Ada yang setahun sekali. Saya tabik hormat.

At the end of the day, keindahan mendapat cahaya mata yang pertama mengatasi semua kesakitan yang dialami.


Alhamdulillah, semua ini kurniaan Allah.

~Salwa Shaare, 15 Januari 2015~






Pengalaman saya sendiri,  Alhamdulilah...a 'wonder'ful and precious moments... In my case, after having 2 babies...labour pain almost = gastric pain... Huhu. Can't really differentiate between them. (Kisah melahirkan Amanina aisyah, ada saya kongsikan sebelum ini (Sila click--> Pengalaman Bersalin Yang Sukar Dilupakan)

Masa tu...terasa Allah dekat sgt ngan kita kan...betapa sakit itu satu nikmat.

Ramai di antara rakan beliau memberi kata semangat dan ada juga yang berkongsi pengalaman masing2. yang pasti setiap kelahiran, setiap orang diberi kan ujian dan cabaran mereka yang tersendiri. dan rata2 ibu jika di tanya semasa sedang sakit

 'Nak hamil lagi? nak lagi melalui proses serupa? '
Tentunya.. jawapan mereka di kala itu...

'TAK NAK, This is the last time'...

Bayangkan... rahim ibu yang kecil membesar seiring saiz bayi... kemudian dalam proses melahirkan, laluan yang kecil ter'paksa' membesar... Allahuakbar, sakitnya hanya yang pernah melalui nya sahaja yang faham. Itu pun sangat subjektif sebab setiap orang merasai sakit yang berbeza-beza...

Video di bawah menunjukkan animasi bagaimana bayi di lahirkan...dalam dunia sebenar, ia jauh lebih complicated.


 Allahuakbar, manusia di lahirkan dengan kasih sayang... 

Tatkala, selamat melahirkan tak kira dengan normal ataupun Czer, di kala anak dalam pelukan... Allahuakbar, satu perasaan yang tidak terkata, sakit semua 'bagai hilang'... sungguh! satu jawapan yang common 


'BEST, SERONOK...Allahuakbar, MashaAllah, SubhanaAllah... tak serik!'

dan di kala anak semakin besar, pasti ibu-ibu merindui saat melahirkan... 

Bak kata mak saya, 

'You are all still my babies...and i miss my babies' 

Walaupun sekarang ni, 5 dari 11 orang adik beradik saya sudah pun berkahwin dan mempunyai anak... mak masih lagi ingat saat2 kami lahir ke dunia... betapa ia NIKMAT yang sangat berharga. 

Terima Kasih mak & Abah...jasa yang tidal terbalas... 'Ya Allah, kasihanilah mereka...ampun segala dosa mereka dan tempatkan mereka di syurga tanpa dihisab.aamin'



Lukisan Amanina, cuba anda cari di mana bayi dalam lukisan ni?
Nak tahu apa yang beliau ambil, boleh click di sini --> Cadangan untuk ibu dalam pantang








Kirimkan al fatihah buat Rasulullah s.a.w, para sahabat baginda ibu bapa, guru-guru, saudara mara, sahabat kita sama ada mereka masih hidup atau pun telah pergi di jemput ilahi...Moga mereka dicucuri rahmat kasih sayang Allah swt di dunia dan akhirat...

Wassalam,

Terima kasih kerana meluangkan masa.

Anisah.

Feel Free to Like & Share...;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...