Jumaat, 11 Julai 2014

Nyummy, Berbuka puasa bersama kambing golek



Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, Ramadhan bulan kerahmatan, bulan kemuliaan, bulan penuh dengan keajaiban.


Alhamdulillah, bulan ni, pahala bersedekah di gandakan.. pahala amalan di gandakan.

Alhamdulillah, semakin ramai yang memberi dan menjamu selera mereka yang kurang berkemampuan dan berkongsi juadah bersama-sama.




Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 5 Julai 2014 kami telah memenuhi jemputan berbuka puasa tajaan sepenuhnya oleh Master Hafsah Mardiah & suami di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur...Terima kasih Kak Hafsah dan suami kerana sudi menjemput kami semua, moga kalian di limpahkan lebih rahmat dan diberkati di dunia dan akhirat.




Ini adalah kali ke 3, saya menjejakkan kaki di Kelab Sultan Sulaiman, pertamanya semasa Sesi  Magic Raya Inspirasi dan Magic Class Inspirasi Oktober 2013.

ALHAMDULILLAH, di antara langkah orang yang nak berjaya ialah kita perlu sentiasa mendampingi mereka yang telah berjaya.

Menurut Master Hafsah, sekitar 150 orang ahli di bawah Inspirasi hadir pada majlis berbuka puasa ini. Jumlah ini termasuk pasangan dan ahli keluarga. 

Ini bukan sekadar Majlis Berbuka Puasa... Bling2... kenapa ye?

Ok jom kita layan gambar sekitar majlis.

Kalau tertanya kat mana Kelab Sultan Sulaiman? dekat dgn kg baru, ni Anas tengah excited.. dia dah tahu nak tuju ke mana, hehe... sebab dah beberapa kali datang sini kan.



Ruang 'open air' dalam restoren... sebelah kanan tu tempat bakar kambing


Suasana sebelum berbuka


Ambil2 makanan dan menunggu untuk berbuka
Kuih muih... nyummy..
Bahan mentah untuk steamboat


Nasi berlauk ... hehe (Saya tak ambil pun kat sini, sebab nak makan yang luar biasa je) 
p.s. makanan bergoreng, sangat tinggi KOLESTROL ye.

Chef maklumkan.. kambing ni asalnya dari New Zealand.. anak kambing a.k.a Lamb.. tu yang dagingnya lembut, kambing ni di marinate semalaman dalam fridge, then di bakar dalam oven selama 5 jam, selepas tu baru di golek dan di bakar macam dalam gembar ni...
Wow, lecehnya preparationnya kan... Nasib la makan FREE, kalau nak masak sendiri memang rasanya TAK ler.


'Kambing yang dirai'.. beria sangat orang beratur


Inilah kambing golek yang siap dihidang di atas pinggan... nampak sedap sangat kan? ops, jangan lebih2 ye.. KOLESTROL dan LEMAK ni.. ermmm sedap juga! :P (takpe2, ada caranya..stay tuned)

Meja 'tuan rumah' , Master Hafsah dan Aizan bersama  ahli keluarga
Banyaknya Amanina makan...hehe.. tentulah untuk kami sekeluarga

Di Kelab Sultan Sulaiman ni, memang ada surau, tetapi sepanjang bulan puasa ni, bilik seminar di jadikan surau, kiranya besar la.. boleh nak berjemaah kat dalam tu. Selesa sangat. Takde alasan ye nak tinggalkan solat! 

Selesai makan-makan, kami pun beramah mesra dengan rakan-rakan yang memang rapat dalam dunia online dan ada juga yang baru berkenalan di sini.  Ramai yang gunakan peluang ni untuk mendapatkan tips dan kata-kata semangat dari mereka yang telah berjaya. Salah satu ciri mereka yang berjaya ni, mereka takkan puas memberi, sebab berpegang kepada 'The more we give, the more we get... ' Serious tak rugi pun kita memberi dan berkongsi. 


Alamak, kak su & abg latiff yang beria senyum... Anisah! pandang kamera la..


Kak Faeza dan Kak Shima... dedua masing fulltime bekerja dan semakin bersinar dalam bisnes, anak kecil dan bekerja bukan la alasan untuk tidak berbisnes. Serious saya respect diorang.


Apa yang beria sangat diorang dua orang ni bercerita ye? Alhamdulillah, bila dah berjumpa, macam-macam boleh dibincangkan. 


Bersama kak Marlina dan Adwa. .. antara bintang dalam MFMS


Aunty Kamariah yang sporting, tengokla abang arham duk berbual dgn aunty tu.. beria sangat. 3 orang jejaka kat sebelah pula, boleh tersenyum.. hehe.. diorang ni antara yang aktif dalam MFMS

Inilah sebab aunty Kamariah famous... beliau antara yang berpuas hati dengan Phytocolst dan Omega Guard dalam mengawal kolestrol. nak tahu macamana? jemput click :KAWAL KOLESTROL


Apa la agaknya Master Hafsah cakap tu kan? Siap dengan tangan sekali.. hehe.. yang pasti sedang berkongsi aura positif. 






Team MFMS bersama Master Hafsah... memang sporting sangat semua. ..Lor, kenapa saya pandang ke tempat lain?.. hehe.. tengok cik abang kot.. tak habis2 lagi berbincang dengan Master Aizan. 


Amanina kata 'TERBAIK'!

Sempat berbual dengan chef ni, inilah kad beliau, kalau berminat... boleh contact beliau ye. Ramah dan baik orangnya.. Alhamdulillah, kambingnya juga sedap!
Ini pula geng bapak2 yang tak habis bercerita lagi... dah2 jom balik.... pesan Master..'Jangan Lupa Terawikh' 
Biarpun ia di namakan majlis berbuka puasa dan tiada dalam tentatif program 'majlis ilmu' , Namun inilah peluang untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar secara offline..;) online memang selalu ada je. (BANYAK sgt info & guide yang ada... Nak ke tak nak je kan).

Alhamdulillah, kami pulang dengan bukan hanya isi di perut, tetapi ilmu juga. 

Alhamdulillah, terima kasih pada semua yang menyumbang gambar dan idea. ;) Moga kita semua mendapat sesuatu yang baik dalam setiap apa yang kita lakukan. inshaAllah. 

Satu hari nanti, inshaAllah saya juga akan menganjurkan majlis sebegini, bersama anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan... Satu kepuasan yang tak dapat di lahirkan dengan kata-kata.. bila kita dapat bahagia kan orang, bila kita dapat beri apa yang orang lain sangat inginkan. 

PERLU kah Aku KAYA?

Bila duduk dalam majlis sebegini, mengingatkan kita.. bahawa kita perlu KAYA, bukan hanya untuk kita... tetapi kita perlu KAYA sebab ramai sangat orang yang perlu kita bantu. 

Teringat pesan seorang jutawan,  Kita pentingkan diri jika kita rasa kita dah cukup... kita dah selesa dengan apa yang kita dapat, sedangkan ramai sangat yang memerlukan kita. Bukan hanya ahli keluarga kita, bukan hanya masyarakat kita.. tetapi dunia kita!. lihat sahaja di Palestine, Syria dan negara-negara lain... mereka sangat memerlukan kita. 

Jom... bersama kita kaya dan berjaya dunia akhirat... 

AllahuAkbar, 
Istiqamahkan kami dalam bersedekah dan membantu orang lain...

 Terima kasih  daun keladi,
Lain kali boleh berjumpa lagi 



Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation

Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...