Friday, 27 January 2017

6 HAK SESAMA MUSLIM (HADIS)

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Saya biasa menerima perkongsian hadis ini setiap hari, tapi hadis kali ini sangat dekat dgn kita, sangat penting untuk kita saling mengingati.

Cuba tanya dengan diri, bila kali terakhir kita mengucapkan SALAM pada mereka yang kita tak kenal???

Jarang sangat kan?

AllahuAkbar..

Dulu, semasa saya tinggal di UK, bila terjumpa sahaja seorang Muslim (sama jantina) , automatic akan beri Salam . Kalau lain jantina, tengok pada keadaan.

Tapi di Negaraku Malaysia, yang mana Islam adalah agama rasmi... Tetapi budaya memberi salam tu... Macam untuk orang yang kita kenal sahaja kan???

Ok.. jom kita menjadi lebih baik. InshaAllah.

Dan jom baca hadis ini dan sama2 ambil pengajaran.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sayangi Manusia Lain

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ

Dari Jarir bin Abdullah berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia." (HR Bukhari  No: 6828)

Pengajaran:

1.  Sifat saling mengasihi dan menyayangi sesama manusia adalah suatu keperluan dalam mewujudkan kehidupan yang rahmah dan berkasih sayang.

2.  Menyayangi sesama manusia dengan cara menunaikan tanggungjawab yang menjadi hak orang lain yang berada di sekeliling antaranya seperti sabda Rasulullah:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim 4023)



3.  Sesiapa yang tidak menyayangi orang lain, Allah tidak akan menyayanginya

Sayangilah orang lain agar kita sentiasa disayangi.

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Sumber: Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

27hb Januari  2017
28hb Rabiul Akhir 1438H