Monday, 2 February 2015

Amanina nak masuk syurga...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Sejuk hati mama... selepas solat bersama2, amanina terus berdoa ' Ya Allah, ampunilah segala dosa kedua ibubapa ku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku' 

Allahuakbar! hampir menitis air mata ku... mungkin amanina belum faham apa yang dia sebut. tapi dengan sebutan yang begitu jelas oleh anak yang berumur 3 tahun 3 bulan, cukup buat hati keibuuan ku tersentuh. 

Didikan di tadika yang di bawa ke rumah... Allahuakbar, betapa doa itu tinggi nilainya. terima kasih cikgu2. terima kasih sayang mengingatkan mama. 


Masa salam dengan saya, wink emoticon
Amanina kata ' Nina nak masuk syurga dengan mama , papa, abang, atok, nenek, opah... dll ( pakcik makcik, cousins beberapa orang dia sebut)'

Allahuakbar...
Ya Allah, tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab...

Rindu pada mereka semua...
Alhamdulillah.. bakal penghuni syurga...

Anak-anak solat berjemaah... alhamdulillah.