Rabu, 1 Oktober 2014

Tanda Terima Kasih... Ku Sujud Syukur

Assalamualaikum wbt dan Salam kesyukuran...


September telah berlalu... September penuh dengan pelbagai kisah, ia bulan kelahiran saya, ia bulan saya dengan rasminya bergelar ibu. banyak lagi kisah September yang mmg saya syukuri.

September ni juga, berakhirnya serangan secara terang2an ke atas Palestine... 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, 

Salah satu perkara yang asyik di ingatkan oleh mentor bisnes saya, biasakan sujud syukur setiap kali solat atau pun bila2 jika kita mendapat sesuatu yang kita syukuri. 


Biasakan bersyukur... jika dapat yang kecil kita tidak/kurang bersyukur.. macamana Allah nak beri lebih lagi kan? 


Sebab apa? Sebab setiap kali kita bersyukur, janji Allah akan lebihkan lagi nikmat kepada kita. 







 Cara Melakukan Sujud Syukur dan Hukumnya di petik dari blog Ahmad Sanusi


Jika hajat kita telah tercapai, maka hendaklah kita menzahirkan rasa penghargaan kita terhadap Allah melalui sujud syukur. Sujud syukur bermaksud sujud yang dilakukan kerana mensyukuri nikmat Allah. Sujud syukur  ini disunatkan kepada seseorang yang terlepas dari bahaya atau orang yang mendapat nikmat dari Allah SWT. (Pengertian Sujud Syukur)


Abi Bakrah meriwayatkan “bahawa Nabi  SAW apabila datang kepadanya sesuatu yang mengembirakan atau khabar suka, baginda terus sujud berterima kasih kepada Allah”.(Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)


Firman Allah SWT:


Dan (ingatlah juga), ketika Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Quran, surah Ibrahim, 14:7)



SEBAB-SEBAB SUJUD SYUKUR DILAKUKAN


Secara umumnya sujud syukur itu dilakukan apabila seorang hamba itu mendapat nikmat atau terhindar dari suatu bencana atau mendapatkan kembali sesuatu yang telah hilang atau selamat dari merbahaya.


Dalam hal ini hukum sujud syukur menurut mazhab Syafii dan Hanbali adalah sunat, sama ada nikmat yang diperolehi atau bencana yang dialami itu khas bagi dirinya atau am bagi semua umat Islam, seperti kemenangan ke atas musuh, hilangnya wabak yang merbahaya dan sebagainya. Tetapi terdapat suatu pandangan dikalangan mazhab Hanbali bahawa sujud syukur hanya dilakukan bagi nikmat yang sifatnya umum untuk semua umat Islam dan bukan untuk nikmat yang khas.



SYARAT-SYARAT SUJUD SYUKUR



Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali disyaratkan sepertimana hendak melakukan solat iaitu thaharah, suci daripada hadas kecil ataupun besar, mengadap kiblat dan menutup aurat.


KAIFIAT SUJUD SYUKUR


Cara pelaksanaanya adalah sebagai berikut:

1) Mengadap kiblat

2) Bertakbir kemudian sujud sekali dengan membaca doa sepertimana doa sujud di dalam solat.

3) Bertakbir sekali lagi untuk bangkit daripada sujud, kemudian salam tanpa membaca doa tasyahud.


(untuk salam boleh dilakukan sekali)



HUKUM SUJUD SYUKUR PADA WAKTU YANG DILARANG

MENGERJAKAN SOLAT



Makruh hukumnya mengerjakan sujud Syukur pada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas solat Asar. Meskipun pada ketika itu berlaku sebab-sebab yang membolehkan mengerjakan solat sunat. Begitu juga tidak dibenarkan mengerjakan sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.






RUKUN SUJUD SYUKUR


1) Berniat untuk sujud syukur

2) Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud

3) Satu kali sujud

4) Memberi salam sesudah sujud

...


Jom kita biasakan diri kita untuk sentiasa bersyukur,.. Alhamdulillah.


Saya doakan anda yang membaca, berjaya, kaya dunia akhirat..inshaAllah. 

Semoga kita semua sentiasa dalam keberkatan Allah swt. 

Terima kasih kerana meluangkan masa... 

Sila kongsikan artikel ini untuk manfaat bersama, inshaAllah.


Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...