Isnin, 20 Oktober 2014

Resepi Homemade Donut

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Apa khabar anda hari ini? Moga anda yang sedang membaca sekarang ni..dalam keadaan sihat dan diberkati Allah swt. 


Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk membuat donut bersama anak2 pada hari Ahad 19 Oktober..;) hehe, sebenarnya dah lama sangat niat nak buat, tapi risau Boleh ke? Jadi ke? Sedap ke?. hehe, al maklum saya bukan jenis yang suka baking2 ni.. lebih suka masak makanan berat, nasi berlauk dan yang seangkatan dengan nya. rasa lebih berbaloi masak.. terus kenyang.  


Tapi since, anak saya, Amanina yang request... sebab makngah dia rajin baking2 ni. Oklah, ku gagahi. hehe. Lepas minta resipi.. Lor, senang jer ek? ok..cukup bahan kita buat jom! 




Homemade Donut berperisa Vanilla bersama Cinch Tea


Resipi Donut Homemade 

Bahan untuk Bancuhan tepung 

2cawan tepung gandum
2sudu teh marjerin
2sudu susu pekat
2sudu teh yis
1/2 cwn air suam
Secubit garam

Bahan untuk di sira selepas goreng

Sedikit gula + mealshakes

Caranya, mudah sangat!;-

1. Campurkan yis bersama air suam.
2. Gaul tepung bersama bahan lain-lain sehingga sebati..
Bahan-bahannya.. sikit je kan.


3. Campurkan air yis dengan bahan di no 2.

4. Uli sampai jadi doh sehingga tepung  tidak lekat ditangan
Selepas di uli... boleh uli lebih lagi ni. lagi lama uli, lagi lembut hasilnya.

5. Letak dalam bekas bertutup

6. Biarkan dalam 45minit..
Selepas 45min inilah rupanya..

6. Pastu tekap2.. Goreng



Macam ni nak tekap..letak kan atas dulang, then tekap dengan botol/cawan.. Cuba teka nina guna botol apa?

7. Last sekali Gaulkan dgn gula dan mealshakes. 




Ops... yang lebih terakhir!... Ngap! Nyummmy... Sedap! 


Hasilnya, dari 2 cawan tepung tadi, dapat 1 bekas pink tu jer, kasi jiran dan bawa ke rumah nenek diorg.. huhu, cukup lah masing2 menjamah. lain kali kena buat lagi ye. Senang jer kan.. jadi silalah rajin kan diri. Lebih sedap dan di yakini. InshaAllah. 


Topping nya boleh lah ubah mengikut selera masing-masing.. tapi saja saya letakkan mealshakes sebab boleh lengkapkan lagi nutrisi harian kita di samping menambah rasa vanilla pada donut tu. 


Mealshakes / ESP atau mana2 minuman protein tak boleh di masak/kena suhu yang panas, nanti boleh merosakkan protein tu.. jadi nya inilah caranya untuk dapatkan rasa vanilla mealshakes pd donut kita. 


Khasiat di sebalik mealshakes...;)




Alhamdulillah... seronok dapat kongsikan resipi ni disini..Sila la buat untuk keluarga tersayang!. ;)

;) Salam hormat, 


Mama kepada Amanina Aisyah  dan Anas Huzaifah...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...