Selasa, 7 Oktober 2014

Gerhana pada 8 Oktober 2014


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Bersempena dengan gerhana bulan yang jarang2 berlaku, mari kita manfaatkan nya.



Rabu malam Khamis 8hb Okt akan berlaku gerhana bulan bermula 6.58 malam dan berakhir pada jam 8.40 malam.

Dibawakan hadis-hadis berkaitan tuntutan melaksanakan solat sunnah di ketika berlakunya fenomena Gerhana (Sunat Muakad):

عَنْ عَائِشَةَ: أَنَّ الشَّمْسَ خَسَفَتْ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَعَثَ مُنَادِيًا الصَّلَاةُ جَامِعَةٌ فَاجْتَمَعُوا وَتَقَدَّمَ فَكَبَّرَ وَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي رَكْعَتَيْنِ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ

Terjemahan: Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, bahawasanya matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Maka beliau meminta seseorang berseru (memanggil) dengan “ash-Shalatu Jami’ah” (ayuh solat berjama’ah). Beliau pun lantas tampil ke hadapan, bertakbir, dan melaksanakan solat dengan dua raka’at yang di dalamnya dilaksanakan empat kali ruku’. (Hadis Riwayat Muslim, Bab Solat Kusuuf, 4/444, no. 1501)

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِمَا عِبَادَهُ وَإِنَّهُمَا لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ حَتَّى يُكْشَفَ مَا بِكُمْ
Terjemahan: Dari Abu Mas’oud (Uqbah B. ‘Amir) al-Anshary radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kekuasaan dari tanda-tanda kekuasaan Allah, yang dengan keduanya Allah hendak menjadikan hamba-hamba-Nya berperasaan takut. Keduanya (matahari dan bulan) tidak mengalami gerhana dengan sebab matinya seseorang manusia dan tidak pula kerana hidupnya seseorang manusia. Sekiranya kamu melihat salah satu dari dua gerhana tersebut, maka solatlah dan berdoalah selagi mana ia dapat kamu lihat. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Kusuuf, 4/463, no. 1516)

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ: خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الْأُولَى ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا ثُمَّ قَالَ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنْ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلبَكَيْتُمْ كَثِيرًا

Terjemahan: Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata: Matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu beliau berdiri dan bersolat bersama-sama yang lain, dengan memanjangkan (melamakan tempoh) berdiri, kemudian ruku’ lalu memanjangkan (melamakan tempoh) ruku’, kemudian berdiri dan memanjangkan tempoh berdiri namun lebih pendek dari tempoh berdiri yang pertama (sebelumnya). Kemudian ruku’ lalu memanjangkan ruku’, namun lebih pendek tempohnya berbanding ruku’ yang pertama, kemudian sujud dan memanjangkan tempoh sujud. Kemudian mengerjakannya di dalam rakaat yang lain sebagaimana beliau melaksanakannya di dalam raka’at yang pertama. Kemudian beliau beranjak sementara matahari sudah kelihatan, lalu menyampaikan khutbah kepada mereka yang hadir sambil memuji Allah dan menyanjung-Nya. Kemudian beliau bersabda:

Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kekuasaan dari tanda-tanda kekuasaan Allah, yang gerhana ini berlaku tidaklah berlaku dengan sebab kematian seseorang atau kehidupan seseorang. Sekiranya kamu melihat gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, solatlah, dan bersedekahlah. Kemudian beliau bersabda:
Wahai umat Muhammad, demi Allah, tiada seseorang pun yang lebih cemburu daripada Allah sekiranya hambanya yang lelaki berzina atau hambanya yang wanita berzina. Wahai umat Muhammad, demi Allah, sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, tentu kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Bab Sedekah Di Waktu Gerhana, 4/159, no. 986)

عَنْ أَبِي مُوسَى الأشعري قَالَ: خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي صَلَاةٍ قَطُّ ثُمَّ قَالَ إِنَّ هَذِهِ الْآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لَا تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ

Terjemahan: Dari Abi Musa al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: Matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu (beliau) berdiri dalam keadaan takut, kerana khuwatir (bimbang) hari kiamat telah tiba, sehingga beliau tiba di masjid, beliau berdiri lalu solat, ruku’, dan sujud dengan sangat lama. Aku sama sekali tidak pernah melihat beliau melakukan seperti itu di dalam mana-mana solat pun. Kemudian beliau bersabda:

Sesungguhnya ini merupakan tanda-tanda kekuasaan yang dikirimkan Allah Ta’ala, yang tidak terjadi disebabkan kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupan seseorang, tetapi Allah mengirimkannya untuk menjadikan hamba-hamba-Nya takut. Sekiranya kamu melihat sebahagian gerhana tersebut, maka mohonlah pertolongan dengan berzikir (mengingati Allah), berdoa, dan memohon keampunan kepada-Nya. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Kusuuf, 4/465, no. 1518)

Perkara-perkara Sunnah (Yang Dianjurkan) Ketika Berlaku Gerhana:

1 – Melihat gerhana dengan perasaan takut kerana Allah.

2 – Melaksanakan Solat jika berjaya melihatnya di tempat di mana berada.

3 – Berdoa dan berzikir.

4 – Mengeluarkan sedekah.

5 – Terdapat hadis yang menunjukkan bahawa Nabi memerintahkan memerdekakan hamba di waktu terjadinya gerhana.

6 – Melakukan amalan-amalan yang membawa keredhaan dan dapat mendekatkan diri kepada Allah.
JOM .... KESEMPATAN YANG TIDAK SELALU



Moga bermanfaat untuk dikongsikan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...