Sabtu, 9 November 2013

Hijrah dan pengorbanan...

Bismillahirahmannirahim..

Alhamdulillah... kita telah menjangkau ke 1435H... bermaksud 1435 tahun lalu, Rasulullah dan para sahabat telah berhijrah dari kota Mekah ke Madinah. 



Ikuti ringkasan kisah penghijrahan Rasulullah yang dipetik dari halaqah.net
...........................................................................................................................................................
Kisah Penghijrahan Rasulullah

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW).

Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW).

Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

Bersama-sama kita hayati penghijrahan NABI MUHAMMAD SAW dalam menyebarkan Agama Islam
...........................................................................................................................................

Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari peristiwa hijrah. Rasulullah berhijrah meninggalkan tempat tinggal baginda, tempat beliau di besarkan, tempat kaum keluarga beliau. kerana patuh pada arahan Allah dan bagi mengelakkan kaum muslimin terus di ancam dan di bunuh, Rasulullah dan para sahabat berhijrah/berpindah ke Madinah. Alhamdulillah di Madinah, baginda di sambut dengan baik. 

MashaAllah, kesannye terbina lah NEGARA ISLAM pertama... Islam lebih berkembang pesat. AllahuAkbar.. 

Di Radio IKIM (8 Nov, 6.00ptg) dan juga di TV1 (4 Nov) ada mengulas mengenai hijrah ini, antara rumusan intipati perbincangan..

  • Hijrah tidak semestinye dalam bentuk perubahan tempat.. 
  • Hijrah adalah perubahan ke sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini. 
  • Hijrah boleh di lakukan oleh individu dan juga organisasi... hijrah perlukan persekitaran yang baik. 
  • Hijrah tidak perlu tunggu cukup umur... Saidatina Ali patuh perintah Rasulullah walaupun masa tu beliau masih remaja.
  • Dalam kita berhijrah, kita perlu berada dalam kumpulan yang baik supaya kita dapat istiqamah dalam ke arah perubahan yang baik. 



Hijrah pada zaman Rasulullah juga di lakukan dalam keadaan berkumpulan. Ada yang berani seperti Umar - berhijrah secara terangan2. Namun, Rasulullah berhijrah dalam keadaan sembunyi bukan kerana beliau takut, tapi kerana menunjukkan pada umat islam yang lain bahawa hijrah boleh di lakukan dalam pelbagai cara. Begitu juga di ibaratkan kita sekarang. 


Contoh yang diberikan..

Jika seseorang yang pada asalnya tidak bertudung.. 
1. ada yang terus bertudung labuh
2. ada yang mula berselendang kemudian baru tudung bidang 45 dan seterusnya.
Masing-masing mempunyai alasan dan cara yang tersendiri. ada yang tidak istiqamah dalam berhijrah.. kerana tidak tahan di ejek oleh rakan sekeliling. Jadinya, pentingnya kita untuk berada di kalangan mereka yang mempunyai aura yang baik. 

.............................................................................................................................................................

Alhamdulillah...Jalan yang Allah tunjukan pada kami.. alhamdulillah bersempena dengan sambutan MAAL HIJRAH 1435H. kami juga turut berhijrah. 



Alhamdulillah bulan Oktober 2013, merupakan satu permulaan baru bagi saya dalam bisnes shaklee ni, Alhamdulillah dengan sokongan, kerjasama oleh keluarga, sahabat, mentors dan juga para pelanggan, saya berjaya naik ke rank pertama dalam shaklee. 

Alhamdulillah...pada 27 November lalu, saya telah menghadiri magic class di mana pelbagai tips, kisah motivasi yang telah di kongsikan oleh mereka yang telah berjaya. Dalam kumpulan kami, ada yang telah bergelar engineer, lawyer, pegawai eksekutif, programmer, dll ... termasuk la suri rumah. yang paling saya kagum, seorang surirumah berusia 24 tahun , berbackground kan SPM sahaja, kini slps penghijrahan beliau ke dalam bisnes shaklee, beliau 'terpaksa' memperolehi pendapatan 5 angka sebulan.. kunci kejayaan beliau.. 'buat sahaja dan banyakkan bersabar. Kisah beliau ada di ceritakan di blog mariafirdaus.com. Sila click --> Suri Rumah Pendapatan 5 angka! 

Selepas mendengar cerita beliau, saya malu dengan diri sendiri.. jika beliau mampu berjaya dalam bisnes seperti sekarang.. mengapa tidak saya?... dan Saya yakin anda di luar sana juga mampu untuk berjaaya. 

Alhamdulillah.. kini, saya bertambah yakin kami berada dalam kumpulan yang baik dan saling bantu membantu ke arah kebaikan.. inshaAllah.

Alhamdulillah... kami sentiasa di ingatkan untuk balancekan dunia dan akhirat..
Alhamdulillah... terima kasih pada semua yang terlibat.

Inshallah bulan ini.. bulan yang penuh dgn permulaan yang baik.. dengan new rank - Supervisor in Shaklee (my first 4-figures income).. AllahuAkbar..More to come, inshaAllah!






InshaAllah.. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dalam mencari keredhaan Allah untuk dunia & akhirat. 


Salam Kejayaan Dunia Akhirat, 
Anisah. 8 November 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...