Khamis, 14 November 2013

Kisah Benar - Perjuangan Penyusuan Susu Ibu...


Alhamdulillah...

perjuangan untuk memberi penyusuan ibu yang wajar di ambil iktibar.

Khasiat susu ibu untuk si manja...


 Alhamdulillah.. benefit nye bukan pada anak sahaja.. ibu nye juga mendapat manfaat.. badan lebih slim! pahala pun dapat, inshaAllah.

Saya amat2 sokong penyusuan susu ibu!

Alhamdulillah dapat memberi susu ibu pada anak sulung sehingga beliau berumur 2thn setgh,, dan si adik, masih lagi menyusu sehingga ke hari ni. (umurnya hari ni- 2thn 20hari). InshaAllah akan di teruskan penyusuan sehingga tiba masa berhenti. (saiz adik ni, kecik sikit... kesian pulak nak putuskan).

Di facebook hari ini, seorang rakan telah menceritakan kisah perjuangan rakannya dalam memberi susu ibu kepada anaknya... kagum dengan semangat dan kecekalan beliau.

jom ikuti kisahnya..

[Sebuah Perjuangan]

Salam mommies & mom-to-be,


Pagi-pagi ni bila buka email, terbaca pasal seorang kawan yang bakal 'naik pangkat' tak lama lagi..dia bertanya tentang set penyusuan Shakle. Tiba-tiba teringat pasal ex - office mate yang dulu sama-sama 'berjuang' dalam surau kat office..he.. Nak tau tak, masa dia mengandung anak ke-2 dulu, anak pertama dia masih kecil lagi, jadi anak-anak dia agak rapat jugak. Bila doctor sahkan dia mengandung anak ke-2, anak pertama dia masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Doctor sendiri ada nasihatkan dia supaya berhentikan penyusuan anak pertama dia, sebab tak nak ambil risiko. Tapi macam mana pun, pilihan masih kita yang tentukan. Doctor tu cuma bagi nasihat saja, mengikut keadaan kesihatan si ibu juga masa tu.

Tapi kawan saya ni nekad juga nak teruskan penyusuan anak pertama dia sampailah dia selamat bersalin anak ke-2. Alhamdulillah, semua selamat anak-beranak sihat wal-afiat. Tapi lepas tu kawan saya ni terpaksa menyusukan dua anak sekaligus, tambahan lagi dengan keadaan dia sebagai ibu bekerjaya. Antara luahan yang pernah dia sampaikan pada saya, badan teramat sangat penat, tidur tak pernah cukup sebab bayi baru dia kerap menyusu. Tapi yang lebih sedih, si adik selalu tak puas menyusu, menyebabkan dia selalu kelaparan tambahan pula si kakak pun jadi kuat memerap sebab nak bersaing dengan adiknya. Sayunya hati seorang ibu. Si ibu pula sentiasa cepat lapar sebab badan dia memerlukan protein yang lebih dari biasa untuk memproses susu dengan kuantiti yang banyak, akibatnya berat badan ibu naik mendadak dan sangat susah nak turun.

Tapi kawan saya ni bagus, semangat dia untuk menyusukan sepenuhnya kedua-dua anak perempuan dia sangat kuat. Jadi dia usaha cari macam-macam cara sebagai bantuan untuk menambah pengeluaran susu dia, mudah-mudahan anak ke-2 dia tak akan kelaparan susu lagi. Sampailah satu hari Allah temukan dia dengan set penyusuan Shaklee melalui kawan dia. Masa tu saya pun belum sertai Shaklee lagi, jadi saya langsung tak tahu menahu apa-apa pun pasal Shaklee. Dari dia la saya selalu dengar cerita tentang Shaklee ni, dan depan mata saya sendiri saya nampak keberkesanan Shaklee.

Memang betul-betul mujarab dan saya sangat teruja bila tengok tiap-tiap hari jumlah susu yang dia perah sangat banyak, sampai 2x ganda dari jumlah susu yang saya perah. Rasa cemburu juga bila tengok tiap-tiap hari, stock susu dia dalam peti ais office sampai penuh 1 freezer. Dan saya perasan 1 perkara rupa-rupanya produk Shaklee yang dia gunakan tu memang berkesan secara berpanjangan. Maksudnya , bukanlah berkesan pada awal penggunaan saja macam produk-produk lain yang pernah saya guna.

Memang tak rugi dia beli produk Shaklee dari mula lagi, dia cakap anggap itu sebagai pelaburan dan hasilnya memang boleh nampak sekarang. Dan 1 bonus besar untuk dia, dalam masa yang sama berat badan dia turun kepada berat badan ideal tanpa perlu berlapar. Itu pun salah 1 dari keberkesanan produk Shaklee yang dia ambil juga. Sebab kalau nak tahu, dia ambil set penyusuan penuh yang mana dalam set tersebut mengandungi keperluan lengkap bagi seorang ibu yang baru lepas bersalin. Jadi khasiatnya bukan saja khusus dalam penambahan susu, tapi sebenarnya adalah penjagaan kesihatan ibu secara menyeluruh dan memulihkan kembali kesihatan ibu selepas bersalin. Bila badan sihat, secara automatiknya susu juga akan terhasil dengan banyak dan bentuk badan ibu juga kembali menawan…chewahhh…

Bestkan, bila dengar kisah pengalaman-pengalaman orang lain dalam mengharungi pahit maung meneruskan ‘perjuangan’ mereka. Buat kita rasa lagi berkobar-kobar untuk meneruskan perjuangan kita pula. So, untuk semua saya doakan semoga anda juga nanti akan sukses dalam mengharungi perjuangan masing-masing..in-sha Allah.

- dipetik dari  http://www.facebook.com/zurainatulakmar.khairudin.3?fref=ts , 14 November 2013.

Info tentang Set Hamil, Pantang dan Penyusuan Shaklee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...