Monday, 13 June 2016

Sedekah paling utama - Sedekah di bulan Ramadhan

1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sedekah Afdal Bulan Ramadan

عَنْ أَنَسٍ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ قِيلَ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ

Nabi SAW ditanya tentang puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan. Baginda menjawab: "puasa di bulan Syaban untuk memuliakan Ramadan, " Beliau ditanya lagi, lalu sedekah apakah yang paling utama? Beliau menjawab: "Sedekah di bulan Ramadan." Riwayat Tirmizi: No 599

 وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
“Dan apa saja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia-lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya” (QS Sabaa’:39).

Pengajaran:

1.  Puasa yang paling utama dilakukan selain puasa di bulan Ramadan ialah puasa sunat di bulan Syaaban.

2.  Sedekah yang paling utama dilakukan ialah sedekah pada bulan Ramadan

3.  Sifat suka bersedekah adalah pengikat dan penghubung kasih sayang kita dengan orang lain

4.  Allah akan menggantikan apa yang disedekahkan dengan keberkahan harta di dunia dan pahala yang besar di akhirat.

Renunglah kisah ini:

Dari ‘Aisyah  bahwa keluarga Rasulullah  pernah menyembelih seekor kambing, kemudian disedekahkan kepada orang-orang miskin, lalu Rasulullah  bertanya: “Apa yang tertinggal dari (daging) kambing tersebut?”. ‘Aisyah  menjawab: “Tidak ada yang tertinggal darinya kecuali (bahagian) bahu (dari) kambing tersebut”. Maka Rasulullah  bersabda: “Itu berarti semua daging kambing tersebut tertinggal tetap dan kekal pahalanya kecuali bahagian bahunya”

JOM tingkatkan sedekah, derma, wakaf kerana itulah yang kekal dan menetap pahala kebaikannya untuk kita, meskipun secara mata kasarnya harta tersebut berkurang.

#Ramadhan Al-Mubarak Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

14hb Jun 2016