Monday, 28 September 2015

Makan BANYAK tapi boleh KURUS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? apa khabar diet anda hari ni?


Diam tak diam, dah penghujung bulan 9 pun sekarang kan... alhamdulillah dah batch 8 pun program Now Everyone Can KURUS (N.E.C.K) sekarang ni. InshaAllah bulan 10 ni, bermula batch 9 pula. 

Uniiknya program N.E.C.K ni, mereka wajib makan 5 kali sehari, mereka kena makan BANYAK kali untuk mereka capai ideal weight! 

Alhamdulillah, ramai yang semakin slim dan yang penting SIHAT menerusi program N.E.C.K ni. 

Jom hayati Sharing Dari Peserta NECK
=======================

" KECEWA BILA GAGAL KURUS "

Dulu,

Saya pernah menyewa di kawasan pinggiran pantai.

Setiap pagi, mesti akan terjaga awal sebab kesejukkan dan bunyi pukulan ombak yang mengasyikkan.

Time tue, saya menyewa dengan officemate. Tinggal kami yang bujang berdua je kat rumah kampung tue.

Al-kisahnya, si dia ni kurus keding. Kuat makan.

Saya pulak.. gemuk gedempol, jarang-jarang makan.



Kadang saya stress tengok dia. Lagi stress bila dia ajak saya keluar makan makanan favoritenya. Kami berdua memang boleh dikatakan agak rapat. Kemana-mana memang berdua.

So, nak tak nak.. Saya ikutkan lah rentak dia. Sayangkan kawan. Dan akibatnya, saya lah yang menghabiskan makanan tue semua.

Sebab, orang kurus nie. Dia tak makan banyak. Makan nya sekadar merasa je. Melepaskan batuk di tangga.

Anda bayangkan.. Siapa yang stress?!

Saya ke dia?
Saya lah:weary:Hu3.

Sebagai ganti.. Dia wajib temankan saya jogging di pantai setiap hari.

Kalau tak sempat pagi, petang selepas pulang dari office.

Dia ok, je.

Saya ni, lah yang tak ok.

Badan saya makin di pam-pam naik.

Baju, seluar makin ketat. Tak muat.. Banyak baju-baju lama semakin sendat. Terpaksa dilupakan.

Saya mula cuba macam-macam cream sapu, pil jamu susut berat badan. Kempiskan perut.

Hurmm..

Saya ni, ada masalah di bahagian perut, pinggul, punggung, peha dan pinggang. Semua part makin melebar. Hingga leher dah tak nampak leher tahun demi tahun.

Stress dan semakin kecewa.

Apa silap saya?

Nak kata makan banyak.. Memang tak.

But! Why??

What happened to my body??

Uhhh!! Stress yang amat melampau.

Saya bertukar tempat kerja. Badan saya makin membesar bahagianya.

Saya dah tak kisah. Saya dah penat kuruskan badan. Tapi, gagal.

"Saya Kecewa"

Saya dah tak nak ambil tahu semua tue.

Tapi, kan.. Ia tak berhenti kat situ je. Bila pergi cari baju. Orang cakap mak cik:grin:

Saya fikir.. "Mimpi-mimpi ngeri" dah tak de.

Rupanya, masih ada lagi.

Saya pun, jogging naik bukit turun bukit. Sebab, tempat kerja baru nie. Dalam hutan pulak. So, banyak bukit.

Tapi, saya masih sama. "GAGAL"

Semakin membesar sehingga 75kg. Obesiti tahap 1.

Saya berdoa dan berserah kepada Allah mohon ditunjukkan jalan.

Akhirnya penghujung tahun 2014. Saya berjumpa seorang Mentor dan group support.

Hidup saya mula berubah.

Rupanya, banyak silap yang saya dah lakukan.

~Sakinah yang kini telah sedar~




Nak tahu apa silap tue?

Anda wajib follow program Now Everyone Can Kurus (NECK).

Banyak jawapan dan jalan penyelesaian yang anda bakal temui.

NECK Batch 9 masih dibuka untuk penyertaan. Baki kekosongan tinggal lagi 13. Ia sangat-sangat terhad.

Hubungi Anisah : 0136216522 untuk guide dan bantu anda.

#NECK
#NowEveryoneCanKurus
#JomKurusDariRumah