Isnin, 8 Oktober 2018

Sejarah vitamin C

Sejarah Vitamin C :

Pada tahun 1747, Dr James Lind, seorang doktor telah membuat kajian bahawa pelaut yang diberi makan buah oren dan lemon tidak akan mendapat penyakit skurvi ini.

Hasil kajian beliau ditulis di dalam bukunya ‘The Treatise of the Scurvy’ pada tahun 1753. Seperti biasa nasihat beliau tidak diperdulikan sehinggalah beliau meninggal dunia.

Hanya pada tahun 1795 barulah angkatan laut British mewajibkan pelaut-pelautnya memakan buah oren dan lemon untuk mencegah skurvi sehinggakan mereka di gelar ‘limey’.

Mereka yang engkar boleh dikenakan hukuman yang berat.
Dalam tahun-tahun yang berikutnya vitamin C semakin menjadi tumpuan ahli sains kerana penonjolan yang dibuat oleh seorang saintis yang amat terkenal iaitu Professor Dr Linus Pauling.

Beliau telah memenangi hadiah nobel sebanyak dua kali (yang pertama dalam bidang biokimia dan keduanya untuk keamanan/peace). Oleh sebab itu beliau amat terkenal dalam dunia sains. Beliau telah menulis buku yang bertajuk ‘Vitamin C and the Common Cold’ .

Dalam dua dekad yang terkini fungsi vitamin C sebagai anti oksida lebih banyak dikaji dan hasil kajian menunjukkan kehebatan vitamin C sebagai antioksidan.

Selain dari itu vitamin C juga mempunyai lebih dari 200 fungsi-fungsi lain dalam proses biokimia tubuh manusia. Prof. Dr Linus Pauling yang telah meninggal dunia pada tahun 1994 pada usia 93 tahun.

Beliau juga telah menulis buku bertajuk ‘Cancer and Vitamin C’ berdasarkan kajian yang dilakukan bersama dengan Dr Ewan Cameron, ahli perubatan dari Scotland.

Di dalam bukunya beliau menerangkan kaedah merawat pesakit kanser tahap akhir dengan megados vitamin C setelah terapi dengan cara lain gagal tetapi tidaklah menolak sepenuhnya kaedah rawatan kanser yang biasa dengan kaedah kimoterapi atau radioterapi.

Nampak tak, betapa penting nya vitamin C ni untuk melawan kanser. - di petik dari sharing dalam group MFMS, Pn Sabariah pada 7 Oktober 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...