Ahad, 30 Mac 2014

USAHA, DOA dan TAWAKAL

Family Day Legasi Anugerah TerINDAH...dalam kenangan dan semangat yang bergelora gara2 di beri peringatan dan perkongsian tentang hidup & mati... 
semuanya kerana Allah swt. 


KUNCI KEJAYAAN yang diberikan sejak zaman sekolah lagi...tapi 2 hari lepas, baru saya betul2 faham maksudnya dgn tawakal... 

Satu kisah yang Master Laila kongsikan...setelah semua master checklist ( rahsia master2 dalam jutawan menjadi seperti sekarang) , semuanya kita kena berserah pada Allah 100%... inshaAllah. dengan izinNya.. kita boleh capai apa yang kita hajati. 


Terkesan dengan lagu ni bila nyanyi beramai2 semalam dalam keadaan berpegangan tgn dan berpelukan
AllahuAkbar... 


HAMBAMU...
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati


Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah


Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa


Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah


Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


Family Day Legasi Anugerah Terindah dalam kenangan...



Maafkan semua orang dan sayang semua orang... inshaAllah kita juga sentiasa di sayangi
 - Ateh- 

InshaAllah akan saya kongsikan perkongsiannya dalam masa terdekat. doakan saya diberi kesempatan juga untuk berkongsi, inshaAlalh.

Jumaat, 21 Mac 2014

Kepentingan PROTEIN Dalam Diet Harian


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya mohon maaf agak lama tak update blog. Ada urusan keluarga yang perlu didahulukan. Agak terharu bila ada yang tegur..'Lama tak update ye?'.. ops, siapa sangka ada blog ni dah ada follower... terima kasih kerana sudi membaca di sini.. (termasuk la anda yang sedang membaca sekarang)

Ok hari ni, saya nak share pasal protein.. agak2 kenapa kita makan protein dan apa pentingnya protein ye?

Bila sebut pasal makanan... selalu orang pentingkan NASI/ ROTI (karbohidrat).. tetapi sebenarnya, semua dalam piramid makanan amat diperlukan untuk tubuh badan kita dengan portion sepatutnya.






Makanan yang membekalkan protein untuk tubuh..ikan, daging,ayam dan kacang2.


TANDA-TANDA kekurangan nutrisi dalam badan...


Secara umumnya KEKURANGAN PROTEIN akan menyebabkan salah satu atau lebih dari kesan berikut:

1. Anemia (kurang darah atau KURANG oksigen dalam darah).
2. Kidney disease (PENYAKIT buah pinggang)
3. Liver (PENYAKIT hati)
4. High Cholesterol (kolesterol TINGGI)
5. Low blood pressure (tekanan darah RENDAH)


6. Low blood sugar (kandungan gula darah RENDAH)
7. Nerve instability (Fungsi saraf TAK stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka LAMBAT sembuh)


10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang TIDAK lancar)
11. Poor vision (Penglihatan KURANG baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (LEMAH)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan).


Kepentingan Protein untuk Badan

PERTUMBUHAN
  • Tahukah anda, 16% daripada tubuh badan manusia terdiri daripada protein? Kulit, rambut, organ dan otot-otot badan semuanya adalah protein.
  • Seperti manusia sendiri, sel-sel tubuh juga ada jangka hayat. Sampai satu ketika, sel-sel tubuh akan mati. Sel yang tidak menerima nutrisi secukupnya akan lebih cepat mati. Sel yang mati perlu diganti dengan sel baru untuk memastikan badan manusia terus berfungsi.
  • Sekiranya protein tidak diterima secukupnya oleh badan, banyak fungsi yang akan terjejas. Sebagai perumpamaan, fungsi protein dalam badan seperti bata dalam pembinaan bangunan. Sekiranya bata tidak mencukupi, mana mungkin kita dapat membina bangunan yang kuat dan kukuh.
  • Begitu juga dengan protein. Tak mungkin kita miliki badan yang sihat dan cergas jika kita tak menerima protein yang secukupnya setiap hari.
METABOLISME
  • Metabolisme ialah proses kimia yang berlaku dalam tubuh badan untuk meneruskan kehidupan. Dalam proses ini, makanan yang dicerna diuraikan kepada TENAGA untuk membolehkan tubuh berfungsi dengan BAIKKadar METABOLISME YANG TINGGI bermaksud tubuh lebih mudah menghasilkan tenaga daripada makanan.
  • Tubuh yang tidak menerima protein yang mencukupi akan menyebabkan saki-baki protein yang masih ada dalam badan terus merosot disebabkan metabolisme. Lama kelamaan, bekalan protein dalam badan akan habis. Tanpa protein, sel-sel badan yang mati tak dapat digantikan. Maka badan akan mudah rasa letih, lesu dan akhirnya mengalami penurunan berat badan.
  • Awas! Penurunan berat badan akibat kekurangan protein bukan perkara baik. Badan akan menjadi lembik dan otot-otot merosot menyebabkan lemah badan, tak berdaya mengangkat beban berat. Kadar metabolisme juga akan menurun menyebabkan badan semakin lambat menguraikan makanan kepada tenaga. Itulah punca kelesuan.
  • Pengambilan protein yang mencukupi boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Sebabnya, badan kita menggunakan lebih banyak tenaga untuk menguraikan protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat.
  • Dalam arena bina badan yang mana karbohidrat adalah komponen wajib dalam diet harian, ramai atlit yang mengamalkan high protein diet, iaitu merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat dan menggantikan dengan makanan berprotein tinggi. Tujuannya adalah untuk mengurangkan arasbody fat dalam badan sebaliknya menggalakkan pembinaan otot-otot. 
  • Makanan protein tinggi ini diambil bersama-sama sayuran yang bersifat alkali kerana protein bersifat asid.

Menstabilkan aras gula dan insulin
  • Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet adalah perlu.
  • Protein mencegah paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi diantara paras gula dan insulin.
  • Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.


Berapa banyak protein yang diperlukan oleh badan?

Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1 gram per kg berat badan (jika berat anda ialah 60 kg, maka anda perlu makan sekurang-kurangnya 60 gram sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3 gram per kg berat badan.


Protein tambahan harian kami --- Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP) Shaklee


ENERGIZING SOY PROTEIN - VANILA

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan Membantu mengekalkan kepejalan otot Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal. Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal.



Bila sebut soya... ada yang bertanya.. boleh ke ibu hamil minum soya? boleh ke minum dalam kuantiti yang berpanjangan dan banyak? 

Maximum pengambilan harian minuman ESP yang di sarankan ialah 3 sudu makan... jadi jangan la ambil lebih2 sangat pula kan... dan kalau ikutkan semua jenis makanan kena ambil dalam kuantiti yang berpatutan. Even minum air kosong banyak sangat2 pun, boleh menjejaskan kesihatan. 

Khasiat ESP yang semakin ramai merasai kesannya.


Siapa perlukan ESP? Semua orang yang nak bertenaga, yang nak cantik, yang nak diet, yang mengalami gastrik, ibu hamil &menyusu , pelajar dan sesiapa sahaja.


Jom baca sikit apa kata Doktor tentang pengambilan ESP - Minuman non-gmo soy protein.

Apa kata Doktor?

Soalan oleh Jumies on 05/03/2013 : Assalamualaikum doktor. Saya mengamalkan pengambilan susu soya + ESP (energizing soy protein) setiap pagi. adakah ianya selamat (tidak akan memberikan kesan negatif) dalam jangka masa panjang? terima kasih.

drzubaidi on 05/03/2013: Wa alaikum mus salam. Saya berpendapat pengamalan soya dalam bentuk makanan atau minuman tidak memberikan kesan kemudaratan. Setakat ini belum ada kajian yang sahih mengenai kemudaratan mengamalkan soya. Banyak penulisan di internet hanya bedasarkan teori-teori yang disahkan.

Soya sebenarnya adalah tumbuhan yang biasa di tanam di negara-negara Asia Tenggara semenjak dari dulu lagi. Ia telah menjadi makanan asas bagi penduduk di situ. Semasa Dinasti Chou di (1134-246 B.C.), teknik penapaian (fermentation) telah diperkenalkan bagi membolehkan soya dapat dimakan dengan pelbagai bentuk seperti tempeh, miso, dan kicap soya. Tofu pula diperkenalkan pada kurun ke 2 dan banyak dinikmati kini di seluruh dunia.

Soya kemudiannya diperkenalkan di Eropah pada tahun 1700an dan mula bertapak di Amerika Syarikat pada tahun 1800an. Hari ini negara itu menjalankan penanaman soya secara besar-besaran selepas Perang Dunia ke II. Negeri Midwestern di Amerika Syarikat merupakan pengeluar soya bagi memenuhi separuh permintaan dunia.

Soya mengandungi protein, isoflavones, dan serat (fiber), yang dipercayai memberikan manfaat kepada kesihatan. Soya adalah pembekal protein yang baik dalam pemakanan kita kerana mengandungi banyak asid amino yang diperlukan.

Soya juga pembekal lecithin dan isoflavones. Kedua-dua bahan ini memberikan manfaat besar kepada kesihatan. Isoflavones mempunyai kesan sebagai perangsang hormone yang menyerupai kesan estrogen dan disebut sebagai “phytoestrogens.”

Banyak kajian yang ringkas dilakukan mengenai soya dan disahkan memberikan manfaat kepada penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular, mengurangkan masalah berkaitan dengan menopause, mengurangkan berat badan, kesakitan pada sendi, meningkatkan fungsi otak dan meningkatkan keupayaan dalam riadah dan sukan.

Soya juga dikatakan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara di kalangan wanita dan risiko kanser prostate di kalangan lelaki. Walau bagaimana pun kajian yang lebih mendalam mengenai manfaat-manfaat ini belum lagi meluas dan perlu dipertingkatkan.

Wallahu a’lam.

dipetik dari : http://drzubaidi.com/blog/?p=180

Gabungan ESP dan vitamin lain... untuk tujuan tersendiri...



Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Isnin, 3 Mac 2014

NAK SANGAT tetapi ...boleh bergerak kah tanpa KUASA TINDAKAN?

Assalamualaikum dan Salam kejayaan,

Saya tertarik dengan satu kisah yang menunjukkan kesan kepada KUASA TINDAKAN...

Siapa yang berusaha, pasti berjaya...




Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mahu mengubahnya sendiri (Tafsir surah Ar Ra'd :11)

sama la juga dengan kita... jika kita sendiri tak nak berubah ke arah kebaikan, tiada apa yang akan berubah...

Jom ikuti kisah di bawah ...Semoga bermanfaat...

................................

Anda MAHU berjaya, perlu bertindak.

Dalam satu sesi motivasi pelajar, saya keluarkan sekeping duit RM100 yang baru.

saya bertanya kepada semua pelajar "saya ada RM100 ditangan saya, siapa yang mahu saya akan berikan duit ini. Siapa yang mahu duit ini". sambil mengibar-gibar duit.

yang di kiri berteriak "saya mahu ..coach".



yang sebelah kanan lebih kuat sambil mengangkat tangan " saya mahu..saya mahu "

begitu juga dibelakang riuh dengan teriakan dan bising. sehingga saya bertanya semula. "Siapa mahu duit ini?, saya berikan".

hampir 2 minit saya mengulang-ulang soalan yang sama hingga semakin lama semakin kurang mereka yang berteriak "saya mahu", mungkin mereka sudah putus asa. mereka ingat saya main-main sahaja nak memberi duit, mana ada orang beri duit FREE begitu sahaja.

saya bertanya dan kali terakhir " siapa yang mahu duit ini?, saya akan berikan"

Akhirnya seorang peserta perempuan bangun dan kedepan , dia menghulurkan tangan dan saya memberikannya duit rm100 tersebut.



Keadaan bising semula. mereka baru belajar sesuatu dan mereka menyesal kerana mereka tidak BERTINDAK. lebih teruk menyalahkan orang sebelah "kan aku dah cakap tadi, kenapa ko tak pergi ambil dari coach, kan dah rugi". selain menyelahkan diri sendiri mereka menyalahkan orang lain.

Motivasi

ramai orang yang mahu berjaya, berteriak dan berteriak "aku mahu berjaya". anda perlu bertindak dan bergerak. anda perlu bertindak untuk mengambil IMPIAN yang anda mahukan. Jika tidak, impian anda akan diambil orang.

Faham ke ni. bertindak sekarang
Credit to Coach Bahar ( Baharuddin Mohamed)

......................


Satu langkah yang paling mudah buat mereka yang teragak-agak nak buat bisnes atau tidak... masih duduk di pulau ALASAN...Mulakan langkah dengan membaca kisah inspirasi bagaimana seorang yang telah pun selesa sebagai engineer, terjun menjadi usahawan... dan TERPAKSA berhenti kerja dan memperolehi pendapatan BERGANDA-GANDA berbanding dengan Gaji sebagai Engineer...Beliau boleh, mengapa tidak kita?

Kisah tersebut di huraikan dalam EBOOK PERCUMA ini... 

Click jer : http://www.ebookniaga.com/sorryboss/anisahk

Moga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah swt dan sentiasa terdorong dengan KUASA TINDAKAN!

Satu kuasa tindakan kita untuk tambah pendapatan kerana keluar dari belenggu hutang.... satu doa yang perlu sentiasa kita amalkan... (petikan dari al-mathurat).



Salam kejayaan, 

Anisah Khalid

Nutriwhite dan Enfuselle (Set penjagaan kulit Shaklee)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

Orang kata 'berdosa' kita tak share benda baik dengan orang lain...


Produk Shaklee berasaskan semulajadi , terbukti berkesan dan telah menjalani ujian klinikal. 




Selalu bila sebut shaklee, orang bayangkan vitamins je.Ada yang tak tahu..shaklee ada set penjagaan kulit dan juga set penjagaan rumah..termasuk penapis air juga. nak tgk apa lagi produk shaklee? boleh tgk di PRODUK SHAKLEE di Malaysia





Kali ni, saya nak berkongsi mengenali produk kecantikan Shaklee. InshaAllah saya akan berkongsi mengenai yang lain dalam posting yang lain. 

Ramai yang berminat dengan set kecantikan shaklee yang biasanya di kenali dengan SET D (Vitamin E, GLA Compleks, Vitamin C, Bcompleks ,ESP dan colagen shaklee powder ). Vitamins ini lebih kepada penjagaan dari dalam. 

Kebelakangan ini, ramai pula yang bertanyakan mengenai pencuci muka, sebab nya dah cantik dari dalam, NAK juga cantik dari luar. 

Buat yang pernah pakai memang sangat berpuas hati dan berbaloi2.. sebab setiap botol ini boleh tahan berbulan2. Semua produk shaklee adalah berasaskan semulajadi termasuk lah produk kesihatan kulit ini. 

Jom kenali 2 set penjagaan kulit wajah ini. 

1. NutriWhite
2. Enfuselle

...........................


1.NUTRIWHITEUltimate Protection Whitening Lotion SPF 15
Overnight Renewal Whitening Cream
Gentle Deep Foaming Cleanser
Soothing Radiance Whitening Softener
Gentle Action Makeup Remover
Daily Defense Whitening Essence
Spot Whitening Treatment



NUTRIWHITE

Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15

- Pelembab yang melicinkan kulit
- Kaya pati botani Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari 
- Mengandungi Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit

Overnight Renewal Whitening Cream

- Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
- Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
- Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
- Vitamin C aktif mengurangkan tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
- Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri! c:

Gentle Deep Foaming Cleanser

- Membersihkan, menyegarkan kulit secara lembut
- Rumusan khas mengandungi rumpai laut bagi menghilangkan kekotoran, membuang sel mati dan menegangkan
- Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
- Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen

Soothing Radiance Whitening Softener

- Sangat berkesan, bertindak secara lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
- Menjadikan kulit lebih segar dan tegang dengan kandungan Rosemary,
- Kudzu yang menegangkan dan mencerahkan,
- Marshmallow yang melembapkan

Gentle Action Makeup Remover

- Formula khas tidak berminyak, menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
- Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
- Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit

Daily Defense Whitening Essence

Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin berseri, diformulasi dengan lembut dan mudah diserap:

- Mengandungi Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
- Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
- Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok hitam
- Mulberi untuk mencegah kerosakan kesan daripada cahaya matahari
- Vitamin C aktif untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah

Spot Whitening Treatment

- Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
- Kuasa pencerahan botani daripada pati Likuoris dan Peony, juga melindungi serta menghilangkan radang kulit
- Cats Claw menegangkan kulit
- Vitamin C aktif membawa kecerahan baru untuk kulit dengan rawak wajah yang lebih halus



2. ENFUSELLE

Hydrating Cleansing Lotion
Purifying Cleansing Gel
Hydrating Toner
Purifying Toner
Hydrating Moisturizer
Balancing Moisturizer
Eye Treatment






Hydrating Cleansing Lotion

Emulsi berkrim bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.

- Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
- Membantu mencerahkan tona kulit
- rumusan pH yang seimbang dan Hipoalergenik

Purifying Cleansing Gel

Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.

- Mengandungi bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
- Mencerahkan tona kulit
- rumusan pH yang seimbang dan Hipoalergenik

Hydrating Toner

Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
Melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.

- Terbukti secara klinikal
- Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
- Rumusan dengan pH yang seimbang, tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
- Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

Purifying Toner

Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida
Merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.

- Terbukti secara klinikal
- Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
- Mengandungi pH yang seimbang dan Hipoalergenik
- Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
- Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
- Membantu mengawal kulit berminyak

Hydrating Moisturizer

Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
Krim tanpa minyak dan tidak melekit, kaya pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta!

Terbukti secara klinikal:

- 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
- 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
- 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
- Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
- Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
- Hipoalergenik

Balancing Moisturizer

Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit dengan segera
Mengawal pengeluaran minyak pada wajah-->menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat

Terbukti secara klinikal:

- 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
- 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
- 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
- Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
- Hipoalergenik

Eye Treatment

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan 
Serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus

Terbukti secara klinikal:
- 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
- 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
- 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
- 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
- Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
- Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
- Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
- Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
sumber: Shaklee Malaysia 

Perbezaan secara ringkas di antara kedua nya. 



Chop2... ada yang tak best tau.. Apa yang tak best dengan Nutriwhite ? cuba baca status rakan SID ni..:)



Testimoni pengguna :













Feel free to LIKE and SHARE



Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

BEST Price Offer
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...