Jumaat, 8 Februari 2019

Tiga Golongan Mustajab Doa

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*

*بسم الله الر حمن الر حيم*
*١ ھري ١ حديث*

09hb Februari 2019
04hb Jamadil Akhir 1440H

*Tiga Golongan Mustajab Doa*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ

*Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa musafir, dan doa orang tua untuk anaknya."* (HR Tirmizi No: 1828) Status: Hasan

*keterangan*

1.  Muslim dituntut sentiasa berbuat baik dalam pergaulan dan perhubungan dengan anggota masyarakat termasuk kedua ibu bapa.

2.  Elakkan hubungan yang buruk dengan orang lain hingga menjadi penyebab kita menzalimi orang lain.

3.  Tiga golongan doanya mustajab di sisi Allah:

a.  Doa dari orang yang dizalimi
b.  Doa orang yang  sedang bermusafir
c.  Doa dua ibu bapa kepada anak

4.  Pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang buruk dengan menzalimi orang lain sehingga menjadi penyebab mereka berdoa yang buruk untuk kita.

Bagi yang bermusafir, ambillah kesempatan waktu doa mustajab dengan perbanyakkan berdoa untuk diri dan orang lain.  Bagi ibu bapa, ambillah kesempatan perbanyakkan doa yang baik untuk anak-anak.  Kata-kata yang buruk kepada anak juga boleh menjadi doa buat mereka dan ia perlu dielakkan.

*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد*

*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد*

*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد*

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا. وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا. وَنُوْرِ اْلأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا
وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا ورسولا

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...