Isnin, 2 April 2018

Ziarah MuZium Alam Shah terletak di Bandar Shah Alam

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Tanggal 1 April 2018, tercatat sejarah... Kami ke Muzium Alam Shah!

Sekitar 10thn menetap di Shah Alam. Kali pertama jejak kaki ke Muzium  Alam Shah.  Nama muzium terbalik je dengan nama bandaraya Shah Alam.  Pasti ada sejarahnya kan.

Muzium Alam Shah ni merupakan salah satu tarikan pelancong. Yelah pelbagai 'rahsia'tersimpan rapi di dalam nya.  Tapi untuk orang tempatan,  yang menetap di Shah Alam ni,  mesti rasa macam " ala ada apa je kat museum ni kan? " itulah yang kami rasa juga.  Hihi.

Sebelum pergi tu, saya google info mengenai museum ni.  Sila la click ya.
www.tourismselangor.my/destinations/sultan-alam-shah-museum/

Anas, anak sulung saya sudah lama ajak,  sejenis manusia yang menghargai sejarah dan artifak.

Alhamdulillah,  dengan kehadiran adik saya jadi nya oklah kita bawa ziarah tempat bersejarah kan.

Masuk je dalam museum,  ada pameran botologi, merangkumi sejarah botol dan koleksi botol pelbagai bentuk dan dari zaman dedulu.  Biasalah bila jalan dengan kanak-kanak 5orang,  lebih kepada melayan karenah diorang. Tak sempat menghayati sangat sejarah yang tertulis di sepanjang pameran. Ada jodoh,  kita ziarah lagi nanti.






Macam2 soalan la anak2 bertanya...

Kenapa orang dulu tak pakai baju?
Kenapa manusia berperang?
Kenapa macam2 haiwan di dalam hutan?

Dan... Macam2 soalan lagi.

Manusia hidup hanya sekali,  belajarlah melalui sejarah... Moga kehidupan kita lebih baik dari mereka yang terdahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...