Khamis, 19 Oktober 2017

Sanah Helwa Amni Khadijah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada mula nya nak tulis di fb jer.  Tetiba jadi panjang.  Hihi.  Bila mama berceloteh kan.  Ada je nak citer.



10.30am 20 October 2015

Tetiba mama terkebil,  eh betul ke baby khadijah dah keluar.  Macam tak percaya,  midwife pun terkejut,  laju je baby menyusur keluar.  Doctor yang pecahkan air ketuban pukul 9.45 mcmtu pun datang 'eh dah bersalin puan? '

Tula doctor, saya pun masih terkebil2 ni,  baby dah dalam pelukan.  Lahir2 dalam labour room lagi dah bersin.  Tergelak midwife.  Mama masih bertenaga.. Cuma mata takleh nak buka betul, gara2 nurse offer gas tahan sakit dalam 10min sebelum bersalin.  Serik dah nak guna gas tu...  Di offer masa kita tengah sakit contraction yang macam tak berhenti tu... Angguk dalam rela? Yelah kot.  Tengah sakit kan.  Bareable je lagi sebenarnye.  Dalam 30min selepas bersalin,  mata dah tak terkebil,  cuma masih terkejut... Eh betul ke dah bersalin?  Cik abang pun terkejut sebab baru nak gerak dari ofis.  Tahu2 wife dia dah selamat pun.

Dulu masa anas dan nina,  masa nak bersalin, masa contraction,  serentak gastrik menyerang.  Jadi sepanjang pregnant dan sebelum nak bersalin kan amni,  mama makan kurma + ESP, seboleh2nya nak elakkan gastrik.

Alhamdulillah,  Allah izinkan rasa contraction tu,  tanpa gastrik untuk bersalin kali ke3 ni.


Amni lahir pada usia kandungan 40w+ 8d.  Overdue 8hari.

Puas mama berjalan ke sana sini,  surah maryam & surah yassin,  berapa round. Dan macam2 tips mudahkan bersalin mama cuba amalkan.

Alhamdulillah...  Kita berjaya lalui proses bersalin dengan lancar. Amni push sendiri dengan kuatnya dari dalam... Alhamdulilah.. Allah permudahkan sangat, berkat doa dari semua ahli keluarga dan sahabat.

Alhamdulillah.  Amni lahir pada usia kehamilan 40w + 8d,  lahir dalam keadaan sihat,terus pandai nyusu,   badan tegap, matang sangat... Mata seolah2 dah boleh nampak orang sekeliling.  Memang bezakan baby dah matang dalam perut. Hihi

Hari ni,  anak mama yang ke3 ni dah pun berumur 2tahun dan masih menyusu badan hampir exclusive, yelah dah 24jam dengan mama kan.  Memang la extra treatment berbanding kakak dan abang.  Ok dah lepas ni,  kita wean off ye amni.

10-perkara-anda-mesti-tahu-mengenai PENYUSUAN susu ibu

 Amni pun jenis suka makan,  apa yang orang dewasa makan,  amni makan je...  Dan suka sangat makan sayur hijau🌱 dan tomato 🍅.

Alhamdulillah.  Imuniti amni juga kuat... Alhamdulillah berkat susu ibu dan pemakanan yang sihat.
Set kehamilan dan penyusuan shaklee juga membantu perjalanan ini.

Character amni,  sangat combine kakak dan abang.  Ramah macam kakak,  berani macam abang.  Sopan macam kakak,  tapi lasak juga macam abang.

Jumlah perkataan...  Mungkin sekitar 300 perkataan kot.  Dah boleh berbual lah.  Two way conversation. Alhamdulillah.  Boleh cakap 5-6 perkataan dalam satu ayat.

Tetiba terpanjang pula posting ni ye adik.  Jom jadikan blog posting la.  Guna phone je ni. Nanti adik dah besar,  adik boleh baca.  Mungkin masa tu amni dah jadi kakak kan?

Semoga Amni Khadijah membesar dengan solehah, sihat, cergas, menyayangi dan disayangi,  dirahmati di dunia dan akhirat.

Mama,  Papa,  Kakak,  Abang dan semua ahli keluarga kita.... Sayang amni dunia akhirat.

Mohon doa dari kalian yang membaca.

Terima kasih kerana sudi...  Semoga Allah rahmati kalian jua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...