Isnin, 28 Disember 2015

Elak Kelahiran Pra-matang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Sihat selalu hendakNya.

Baru2 ni, ada rakan saya berkongsi pengalaman melahirkan anak pramatang. Bukan mudah untuk menjaga bayi pramatang. Mereka belum pandai menyusu, mereka lebih fragile berbanding bayi cukup bulan, mereka mudah terkena penyakit dan pelbagai risiko lain. Ada yang lahir pramatang, terpaksa 'berkampung' di hospital berbulan2 lamanya. Ibubapa juga penat sebab kena berulang alik ke hospital.

Macamana nak tahu kelahiran pramatang?


Tarikh kandungan seseorang dikira dari hari pertama haid terakhir ibu tersebut.

Kandungan yang mencapai 37 hingga 42 minggu dikira matang, manakala bayi yang dilahir sebelum 37 minggu ia dianggap kelahiran pramatang

Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang ibu hamil melahirkan kelahiran pra matang, diantaranya:

1) Sejarah kandungan pra matang yang lalu

2) Mengandung kembar

3) Pernah menjalani pembedahan bahagian serviks

4) Struktur rahim yang tidak normal

5) Pendarahan rahim semasa mengandung

6) Penyalah gunaan dadah (heroin, ecstasy)

7) Menghisap rokok

8) Jangkitan kuman di pundi air kencing, rahim dan faraj

9) Berat badan yang terlalu ringan atau berat badan tidak meningkat semasa mengandung.

10)Air ketuban yang terlalu banyak ( polyhydraminous)

11) Kurang darah merah (anemia) yang ketara semasa mengandung

12) Mengandung terlalu kerap

13) Mengandung pada usia remaja.

14) Stres (fizikal dan psikologi) semasa mengandung

Salah satu cara utk mencegah kelahiran bayi pra matang adalah dgn pengambilan nutrisi yg secukupnya.

Ingat yer ibu2 semua....

Ibu hamil perlu nutrisi yg secukupnya kerana kita terpaksa berkongsi nutrisi dgn bayi di dalam rahim. Maka tidak dpt tidak, Vitamin dan mineral tambahan sgt2 diperlukan dlm tempoh ini.



Ibu yg cukup nutrisi akan melalui fasa 9 bulan yg menggembirakan 😉



📲 #0136216522
#TeamSeamlessMom
#HamilDenganSihat
#SetHamilTerbaikShaklee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...