Rabu, 29 April 2015

Shaklee penguat kasih ibunda.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? mari sama2 kita menadah tangan,berdoa agar setiap yang membaca ini diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan di dunia dan akhirat. 
 Baru-baru ni, heboh mengenai Kisah seorang ibu yang RAHIM dibuangnya.  Allahuakbar, sakitnya, luluhnya diri seorang wanita bilamana 'mahkota' nya terpaksa dibuang. Namun, apa puncanya rahim dibuang? pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebab. Dan amat tidak adil untuk HANYA menyalah 1 faktor sahaja. Antara faktor nye ialah pertumbuhan cyst fibroid. ( Boleh di elakkan dengan bantuan --> Cyst dan Gla) 

gambar hiasan, ehsan google ..;) kucing pun ada yang dibuang rahim...
Saya sendiri, sebagai seorang wanita dan juga ibu, Allahuakbar, tidak terbayang..Nauzubillahimzalik. Moga di jauhkan dari perkara sebegitu dari berlaku di kalangan saudara mara dan sahabat saya. 
Hari ni saya ingin kongsikan luahan hati seorang ibu dan kisah beliau bersama beberapa produk lain di luar sana dan bagaimana Shaklee menjadi penguat kasih ibunda.
Selamat menghayati…

 [SUARA HATI SEORANG IBU]
Suatu masa dahulu, dari tahun 2009-2011, anak2 saya (Ammar & Sumayyah) sering sahaja jatuh sakit. Setiap bulan, pasti akan kena 3 sakit serangkai ini; demam + batuk + selsema. Sekali sekala, mereka akan kena cirit birit etc...
Hati ibu mana yg tidak sedih bila melihat anak2 sakit. Ditambah suami saya jauh.. dan saya pula bekerja waktu itu. Setiap kali tinggalkan anak2 yg tidak sihat dgn maid, saya akan nangis dalam kereta... nangis sungguh2 sambil drive.
Cuti, mmg x adalah bakinya. Kadang kena tolak gaji lagi sbb ambil unpaid leave. Pernah boss ckp, apasal anak u selalu sakit ni??
Bukan saya tidak cuba usaha beri yg terbaik. Kadang diri saya pun stress. Apa lg yg saya boleh beri pd mereka??
Saya cuba few produk.. utk saya dan anak2. Pernah saya nk beli sejenis produk xx yg dikatakan makanan sunnah. Saya dgr pun di radio ikim. Lalu saya contact pengedar nya...
Masa dia cod brg tu, dia introduce produk lain (yy) yg serupa dgn produk yg saya nak beli..
"ainul, sebenarnya sama je xx ni dgn yy.. 2-2 dr kilang yg sama, cuma syarikat yg berbeza"
Waktu tu, saya terkedu... kemudian saya tak jd ambil xx, tp saya ambil yy. Sebabnya?? Harga yy lagi murah dr xx.
Hampir setiap bulan saya beli produk tu. Tapi progress anak2 sama sahaja.. nothing improved! Keadaan diri saya pun makin worst..nampak muka tua sgt even baru anak 2, n usia pun belum reach 30.
[Anda tidak pelik kah?? Kilang mana lah agaknya yg keluarkan produk2 ini?? Kilang di China kah??]
Bila saya mengandung anak ketiga tahun 2012, barulah saya tergerak hati mencuba $haklee. dan anak2 pun saya start beri $haklee (meal shakes + vit c + omega).
Ya Allah, surprisingly kesihatan mereka improved! Dan ketika lahirnya anak yg ketiga, baby saya bebas dari GBS! (Ammar & sumayyah- kedua2nya GBS positif dan perlu diberi rawatan antibiotik sejurus selepas dilahirkan). Alhamdulillah, yg ketiga..tiada GBS.
Do I obses dgn produk $haklee??
Oh tidak... bukan saya obses sehingga saya kata produk lain tak bagus. Dan bukan niat nak jatuhkan mana2.
Saya ambil $haklee kerana:
1) saya yakin, diet seharian saya dan anak2 tidak mampu cover NUTRISI GAP yg diperlukan oleh badan. Sbb tu, antibody badan tidak kuat dan kerap sakit.
2) Saya tidak mampu sediakan diet yg seimbang utk diri dan anak2

- makanan saya tinggi lemak, gula, garam serta kurang serat & nutrien
- makanan yg saya masak hilang nutrien ketika proses memasak itu sendiri
- terlalu bnyk pencemaran persekitaran yg berlaku

3) Saya juga tidak boleh jamin, makanan mentah yg saya beli di pasar bebas dari GMO, bebas dari injection, bahan pengawet, racun perosak, mahupun antibiotik...saya tidak boleh jamin, semuanya organic semata2. Kalaulah di Malaysia ni, kita mampu utk hasilkan makanan berorganik (purely), saya pun harap saya xperlukan supplemen.
4) saya juga ambil $haklee kerana saya sgt yakin dgn teknologi pemprosesan yg digunakan oleh syarikat $haklee itu sendiri...
Bayangkan.. $haklee telah tertubuh sejak tahun 1956, dan telah laburkan lebih USD250 juta hanya untuk ujian klinikal, kajian & pembangunan R&D semata2. Hebat bukan??
dan tahukah kita, sebelum $haklee keluarkan sesuatu produk, ia akan jalankan beribu ujian utk sesuatu vitamin.
Sebagai contoh, Nutriferon sahaja...mengambil masa selama 40 tahun penyelidikan sebelum $haklee decide utk keluarkan ia!!
Anda boleh bayangkan how strict $haklee dgn produk2nya??
Untuk tahu lebih lanjut ttg kajian2 $haklee, anda boleh refer di sini:http://physicians.shaklee.com/displayContent.htm…
Saya sebenarnya jadi takut melihat lambakan produk supplemen di pasaran... mengetatkanlah, menegangkanlah, menguruskan dlm masa seminggu lah, memutihkan dalam masa 14 hari lah...
Bila terlalu banyak iklan yg muncul di alam maya, saya terfikir, adakah produk2 tersebut dtgnya dr kilang yg sama, dan berapa banyak brand yg telah keluar dr kilang yg sama?? Dan berapa ramai yg telah consume??
Makin jd takut..bila timbul isu kena buang ovari, kanser, malah ada yg maut sbb ambil sesuatu produk...
Saya faham.. ramai SID yg menggunakan medium FB utk berkongsi ttg $haklee TETAPI ia tidak bermakna, $haklee sama seperti dgn iklan2 lambakan produk yg ada.
$haklee stands on itw own.. bukan main campur nie, campur itu, kemudian jadi $haklee.
Mungkin anda nampak, ramai promote $haklee, jadi anda pun assume, $haklee juga sama datangnya dgn produk2 lain...dari kilang yg sama
Tidak dear...
$haklee ada kilangnya sendir di USA, ada makmalnya sendiri..
Saya sendiri pernah berjumpa dgn barisan Scientist $haklee ketika melawat ke US pd tahun lepas. dan mereka bukan calang2 org, semuanya dgn high degree qualification.
Jadi, pastikan anda buat kajian dahulu sebelum membuat kesimpulan.
Kalau rasa tidak yakin dgn $haklee, tiada masalah...tidak perlu ambil.
Those who'd experienced illness only, then will appreciate health smile emoticon
I know because I'd experienced it (saya pernah rasa zaman "TUA SEBELUM USIA").
.....Dan Nasihat saya, sebelum anda ambil sesuatu produk, jalankanlah sedikit study.. bukan berdasarkan testimony semata2 atau cakap orang. Pastikan ia bukan produk cap ayam yg begitu rakus diedarkan oleh syarikat2 yg tahu kelemahan kita; nak cantik, nak kurus, nak kembali seperti anak dara dan lain2....
Harap info ini dapat membantu...
M. Ainul~

Working-at-home-mom


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 

Saya dan keluarga juga merasai peningkatan kesihatan yang baik, dan alhamdulillah, bila anak jarang sakit, kuranglah lawatan ke klinik dan lebih banyak masa dapat diluangkan bersama untuk pembelajaran mengenai dunia dan akhirat, inshaAllah. 

kisah anak2 --> Anas & Amanina vs vitamins

Alhamdulillah, atok saya juga yakin dengan vivix shaklee dalam mengawal kencing manis beliau dan juga sakit tulang belakang beliau. , ada saya konsgikan di sini --atok tersayang

Juga kisah bonda tersayang, ops, jangan terkecut mak saya dah pun ada 17 cucu sehingga hari ni.. dan bakal bertambah2 lagi tahun ni. tapi gagah lagi melawat (bekerja) di negara matahari terbit, Jepun. ;) Kisah Opah awet muda . Alhamdulillah, dengan izin Allah swt. 



Di akhir kata. sebelum kita makan apa2 pun, ketahui dulu isi kandungan nya, moga kita terselamat dari bahaya yang datang dari makanan dan semoga kita bertambah sihat, inshaAllah. 

Sehingga berjumpa lagi... 

Jemput hubungi saya untuk KONSULTANSI dan PELUANG BISNES ya..;) 






Isnin, 20 April 2015

Niat untuk KURUS, Tetiba... Di kurniakan bayi!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Alhamdulillah, program Now Everyone Can KURUS telah berjalan bagi 3 batch sekarang. Banyak sangat feedback yang positif di terima. hati germbira, badan sihat, dan bertenaga! Family juga bertambah bahagia! 

Dalam banyak2 feedback, salah satu dari nya menjadikan beliau terpaksa TERsingkir! kenapa? 

Allahuakbar, besar kuasa Allah swt. 

Niat beliau asalnya sertai program tersebut, sememangnya untuk KURUS, tapi rezeki Allah nak bagi bayi pula! 

;) Jemput baca perkongsiannya. 



NAK KURUS TAPI DAPAT BABY PULAK





Alhamdulillah, akak ni peserta batch 2. Start neck awal bulan 3 hari tu.






Masa belajar sama dulu, akak ni ramping slim je. Sekali tengok gambar terbaru, mak oiii. Sodap buat bantal peluk nih.



Masa awal2 join neck ni, memang tak pregnant lagi sbb antara syarat2 neck ni, wanita hamil tak boleh join.



Dalam tempoh 6 minggu join neck, tiba2 dia dapat berita gembira ni. Akak ni dah pregnant sebulan rupanya. Rezeki Allah yang tidak ternilai! 

Ada sahaja vitamins yang boleh diteruskan semasa hamil, ada juga yang boleh disimpan dahulu sehingga selepas bersalin, ataupun boleh bagi suami nya makan kan..;) 



Bila amalkan gaya hidup yang sihat, hormon pun dah stabil, insya allah peluang nak tambahkan umat Nabi lagi cerah.



Best ke best?



Dr Arshat pun ada pesan, nak dapatkan peluang utk pregnant ni, 1st betulkan hormon, ubah gaya hidup yang lebih sihat, disamping ambil suplemen yang membantu mempercepatkan proses.



Jadi buat rakan-rakan yang dah lama nak menunggu kehadiran cahayamata dan agak bam2, 




Jom sama2 kurus dan sihat, mana tau bonus tetiba nak dapat baby pulak ke kan.Batch 4 start 1 may ni!!!


InshaAllah masih belum terlambat untuk sertai dan keluar dengan hamil seperti lukisan dibawah! 






Saya doakan anda kurus dan sihat
#‎kurusdansihatdarirumah 




Agen Now Everyone Can KURUS 





Artikel bberkaitan OBESITI dan KESUBURAN yang inshaAllah memberikan penjelasan yang lebih mendalam. 

http://www.webmd.com/infertility-and-reproduction/news/20071211/obesity-linked-to-infertility-in-women
http://www.pregnancy.org/article/fertility-advice-overweight-and-obese-women


http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Obesitijejaskesuburan/Article/index
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Puncatidaksubur/Article/article_print

Sila download di sini : Now Everyone can KURUS


Selamat meNIMBA ilmu, dan sama2 slim sama2 jom....  

~ Mohon jasa baik pembaca semua, untuk kongsikan artikel ini, mana tahu dengan satu click... ada yang SANGAT  perlu turunkan berat badan...

 dan secara tak langsung bantu orang lain untuk SIHAT 

dan mungkin dapat menyelamatkan NYAWA.... pencen kubur untuk kita semua, inshaAllah.

PENTING sila Click button fb di bawah untuk SHARE~

Khamis, 16 April 2015

3 Simple Tips To Be A Great Parent


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ni ada rakan kongsikan poster di bawah, tersenyum mungkin sebab memang selama ni mempraktikkan ketiga2 nya. 

Alhamdulillah setakat ni, masih memenuhi 3 Tips ni.. 

Peluk cium banyak kali setiap hari, eye to eye... inshaAllah setiap hari juga.

cuma sekali sekala, terpaksa minta tolong jiran/saudara ambilkan Anas & Amanina dari tadika, hati tersentuh sebab tak dapat dengar directly dari mereka apa yang mereka belajar/bermain di sekolah pada hari tersebut. 

Tido malam? alhamdulillah, setakat umur anas & amanina sehingga hari ni, dalam 3-4 malam sahaja mereka tido bukan di rumah yang sama...;) 

Moments yang indah... 

Moga tips ini bermanfaat buat rakan-rakan sekalian. 




Sabtu, 4 April 2015

Istimewa April 2015


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, Diam tak diam,dah masuk bulan April 2015!bulan ke 4, bagi tahun ini. Sekejap je kan? tup2, baby pun dah masuk 4 bulan juga. 

Untuk Entry kali ni, saya nak kongsikan promosi April 2015 yang awesome! 

2 produk penting sangat dan kegemaran mereka yang nak KURUS ataupun nak jaga berat badan. Lecithin dan Cinch 
1 vitamins yang famous untuk keCANTIKan dan keSUBURan : GLA Compleks
1 vitamins khas untuk DETOX hati : DTX
dan multivitamins kanak2- : Vitalea kids







Di samping promosi BEST ni, di bawah empayar mariafirdaus, sedang berjalan program Now Everyone Can KURUS batch ke 3, bermula pada 1 April --- dan bakal berakhir pada hari raya. Wow! ramai la yang selim melim nanti. 


Nak tahu TIPS PERCUMA untuk KURUS?
Nak tahu TESTIMONI terkini peserta NECK?
Nak tahu macamana nak KURUS tanpa seksa2?

Jemput singgah di sini --> Now Everyone Can KURUS



Sekian dulu, jika ada sebarang persoalan/perkongsia/dan apa2 la yang boleh saya bantu, sila lah hubungi saya ya...;) 

Bantu2 membantu ke arah kebaikan...Amalan Mulia! 

Saya doakan anda yang sedang membaca ni, Sihat , Ceria dan Bahagia selalu...

Sehingga berjumpa lagi, 

Anisah 
Rakan SID anda
0136216522
fb.com/anisahkhalid86

Selasa, 31 Mac 2015

Pentingnya Asid Folik semasa Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ni? Moga sihat dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang. 
Alhamdulillah, kehamilan kali ni 'datang' bersama ilmu untuk dikongsikan. Sebelum ni, saya pun pelik, kenapa bila hamil jer... macam2 vitamins kena makan. huhu. 'TAK BANYAK ke?' Klinik Kerajaan siap bagi percuma lagi, acid folic, vitamin c dan iron--> masa saya pregnantkan anas. then sekarang dalam bentuk obimin yang warna merah tu, kadang tu siap kena tambah lagi dengan yang lain2. 

Dan seperti yang saya isytiharkan... ilmu kehamilan kali ni, adalah untuk di kongsikan bersama. ;) InshaAllah, sama2 kita mendapat kebaikan dari nya. 



Ok kali ni, saya ingin kongsikan mengenai Asid Folik Semasa Hamil, Penting ke?

Penting, Asid Folik sangat di diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Moga anak kita lahir dalam keadaan yang sempurna sifat nya dan cergas otaknya. Aamin 

gambar ihsan pcik google. Nauzubillah , ,
Artikel di bawah, di kongsikan oleh salah seorang mentor saya, Master Ainul. 

[Kurangkan Risiko Mendapat Anak Cacat Dengan Asid Folik]

Ramai yang ambil ringan dengan kepentingan asid folik ni, sebenarnya.. Pada mereka, vitamin B cuma akan menambah berat badan..

Sebenarnya, vitamin B ada yang berfungsi untuk menurunkan berat badan, tetapi, untuk tujuan ini, anda perlu mengambilnya dalam bentuk vitamin B yang lengkap seperti B-Complex Shaklee. Dan ia juga bergantung cara pengambilan vitamin tersebut

Jadi, bercerita mengenai kepentingan asid folik, ada beberapa info yang sangat menarik:

Apa itu ASID FOLIK?

Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.

Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti:

- Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)

- Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele)

 2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

- Sumbing lelangit (cleft palate)
- Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
- Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
- Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

 4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.


Bila ASID FOLIK perlu diambil?

- Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. ( Alhamdulillah, saya telahpun makan bcompleks sebelum hamil lagi , jemput click---> belum hamil, kenapa nak makan vitamins?)

- Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat.

- Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu, pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

 SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

- Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandun

- Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang

- Merawat kesuburan pada lelaki

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK


- Daging, ayam, telur

- Kekacang

- Beras perang, barli, oat

- Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing. (jangan terkejut dan risau dengan warna yang pelik ya)

Jadi, dalam set hamil & berpantang shaklee juga dalam set kesuburan, kita di sarankan untuk mengambil b-compleks, di mana di dalamnya terkandung asid folik yang tinggi dan 8 jenis vitamin b. 



Info yang telah di summarykan ,,,terima kasih pada rakan SID

Di akhir kata untuk entry kali ni, sama2 kita menjaga kesihatan dengan pemakanan yang seimbang dan melengkapkan nutrisi harian melalui bantuan supplement semulajadi yang dipercayai. 

Salam dari ibu hamil, 
Anisah 

Jumaat, 27 Mac 2015

Kisah Ibu & Anak Cemerlang...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Kisah ini di kongsikan oleh rakan saya menerusi WA, mungkin ada di kalangan kalian yang dah baca, mungkin ada yang belum. 

Panjang kisahnya, bagai sebuah drama tv. walaupun saya tak suka drama2 melayu ni...tapi kisah ini sangat menyentuh hati. 
...

Meleleh air mata bace ni.. Serius sedih..

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh!Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?" Marah ibu. 

Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu.Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" Leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong.Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang."Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!"

Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan. "Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi. Bu, jangan pukul bu..sakit bu.. "

Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.
"Bu, ampunkan Along bu, bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, sakit bu..!!" Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut
kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.
Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang.

Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat ditubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. 

Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. 

Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. "Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.

Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" "Eh! jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!" Si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan…"Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya" bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?" Soalnya lagi. Atih masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo... patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?" Along terkejut mendengar soalan Atih.

Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya."Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!" Terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni untuk Along pun!" Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak.

Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

"Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas" Arah ibu.Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. "Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni" Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu.

Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?" tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?" soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni.

Aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku" Jelas Along jujur. "Waa..bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga 50%. Macam mana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!" Along meminta kepastian.
"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!" Balas Fariz meyakinkannya. 

"Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?" soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur.

Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani SiTomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.

 "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?" Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah" Leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamba seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu" Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”" Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka.

Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.

Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya. Tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal.

Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa sangat bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membelikan jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sudah lebih 10 hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.

 "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?" Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?"

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.

"Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?"

Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa ke?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.

"Ada!" Jawab Along pendek. "Kau nak jadi apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?" Along menggeleng-gelengkan kepala. "Semuanya tidak! Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

"Ala, gurau ja la Abang Joe… Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!" 

Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.


Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.

"Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe" Kata Along lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?" soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah-anggap tentang soalannya tadi. 

Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju" Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. "Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?" Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. "Along hanya tersengeh menampakkan giginya. 

"Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?"

 "Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, Terang Along dengan tenang.
"Kau jadi mangsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!" "Azam..kau ni.."

 "Aku ok, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!" pinta Along sambil
menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. 

"No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" Soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia” Terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!" Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"

"Hari ni laâ.." Balas Along.
"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?"
"Bukan, minggu depan"
"Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" Soal Fariz lagi.

"Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi" Jawabnya sambil mengukir senyum. Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu.


Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya. Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu. Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.

Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat.

Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.

Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. "Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu"

Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar. Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin.

Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Si ibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya. Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula.
Sebaik selesai pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu,dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila.Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya" Cerita Fariz dengan nada sebak.

 Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab..Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula"

Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu....UNTUKMU IBU!"



Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi si ibu menangis semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan marahkan diri
bercampur baur di dalam dadanya. Setelah beberapa lama, siibu tenang semula. Di dalam hatinya siibu berkata "Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini. Kau
saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh.. Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!"
Mereka terus terkenangkan Along... sedangkan di depan mereka di sebalik alam nyata, berdiri ruh Along memerhatikan Ibunya dan mereka. Along hanya tersenyum melihat keluarganya yang sudah menyaksikan kebenarannya. Along berbahagia menerima kiriman doa yang sangat berharga dari Ibunya..... Roh Along terus terbang jauh-jauh menuju kesejahteraan dan kebahagiaan yang sebenarnya di alam sana...

Share jika anda menangis Membaca ini.... :'(

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...