Ahad, 10 Ogos 2014

Nasihat Kubur



Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera, 

Alhamdulillah... Bulan syawal ni, 'meriah' tanah perkuburan dengan lawatan dari sanak saudara. Sambil kita ziarah... Perlu kita ambil iktibar dan nasihat dari kubur yang saya kongsikan di bawah. 

Allahuakbar! Ia di kongsikan di kala diri sangat memerlukan...


Nasihat Kubur:  

          ..Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD..
          
          ..Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan SILATURAHIM..
          
          ..Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN..
          
          ..Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH..


          
          ..Aku yg menyepitmu hingga hancur bila mana tidak solat bebaskan sempitan t dengan SOLAT..
          
          ..Aku adalah tempat utk merendam dgn cairan yg amat menyakitkan mu, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
          
          ..Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"..
          
          ✅Kirimkan ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
          ✅Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja..
          ✅Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga..
          ✅Saat kamu membacanya, ia gelisah..
          ✅Saat kamu memahaminya, ia kejang2..
          ✅Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke..
          ✅Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
          ✅Ketika anda ingin menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.
          
          ....Syaitan berbisik;
          "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...
          
          Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya 
puluhan kali ganda ..


Maaf Zahir Batin...
Alfatihah buat semua muslimin muslimat yang masih hidup atau telah meninggal dunua

Wassalam,

Anisah
Syawal 1435H


Sila kongsikan untuk manfaat bersama. InshaAllah moga ia menjadi 'pencen kubur kita

Jumaat, 8 Ogos 2014

Syawal bulan pemBESARan???

Assalamualaikum dan Salam Syawal yang masih hangat, 

Alhamdulillah, kita di beri kesempatan menyambut bulan Syawal dalam keadaan yang serba serbi dengan pelbagai makanan. Bak kata orang 'Bulan pengepaman' badan? huhu... 



Ok ni baru menu 1 Syawal, belum lagi 2 , 3, 4, 5,6,7...dan seterusnya. ada orang kata nak makan makanan yang berbeza setiap hari... Balas dendam! huhu.




Mana taknya, ada orang yang sepanjang bulan Ramadhan boleh turun 3 kg,
tiba-tiba minggu pertama Syawal... dah naik 5kg!!!
Ouch... tetiba dah terlebih berat lebih dari sebelum Ramadhan..
Macamana tu? sebulan turun 3 kg, dalam masa 7 hari.. naik 5kg?, kalau di teruskan pemakanan yang sama, tup2, boleh naik sampai 20kg pulak kan dalam masa sebulan? 

Lama2 sikit... maka jadi lah obes! huhu... Nauzubillah!

Mahukah anda tergolong dalam golongan Obesiti, yang warna hijau dalam gambar ni? 




Istilah yang semakin famous sekarang ni. Ia menjadi salah satu Fokus Kementerian Kesihatan Malaysia, yang dapat di lihat dari kempen yang mereka adakan sekarang. Saya kongsikan kesan dan akibat obesiti di sini (Duta slimming set)

Cara Untuk Mencapai berat Badan Unggul

1. Ketahui indeks jisim tubuh (BMI) [BMI= berat dalam kg/ (tinggi dalam cm x tinggi dalam cm)]




2. Makan ikut keperluan (ikut cadangan pyramid makanan seperti di entry pemakanan seimbang )
3. Makan sayur, dan buah pada setiap waktu hidangan utama
4. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak
5. Tingkatkan tahap aktiviti fizikal
6. Percaya anda boleh lakukan
7. Dapatkan sokongan keluarga dan rakan



Ok... esok lusa dan seterusnya akan ada Open House kan? namapun Rayakan Sebulan!! hehe, di tambah pula jemputan walimah juga berturut2 hampir setiap minggu.. di samping ziarah dan mengeratkan silaturahim.. jangan lupa jaga diri yer! 

Alhamdulillah, hari ni saya nak kongsikan satu testimoni BERJAYA kembali slim dan menurunkan BMI ke paras NORMAL dengan bantuan supplement dan juga siap dengan Mentor lagi!

Jeng, jeng, siapa kah orangnya? 

Beliau adalah seorang yang berjaya dalam hidup, mana taknya berumur sekitar awal 20an lagi sudah bergelar usahawan...semakin lama bila bahagia dengan kehidupan beliau semakin bam2...tup2 bila berjalan dengan isteri, boleh pula orang ingatkan bapa?

Alhamdulillah, kini boleh la beliau berjalan seiring dan bagai pinang di belah dua... sama cantik sama padan. (Ops, mohon izin ye master maria firdaus... korang comel sangat la sekarang!)







Ok semua, di akhir kata, jagalah diri baik-baik ye... sebab obesiti boleh menyebabkan macam2 penyakit... sambil beraya, ingat2 ye.. setiap yang anda makan tu tinggi kalori & kolestrol nya. 


Nak bantuan melalui supplement? Jangan segan silu hubungi saya ye...;)

Selamat Hari Raya, 
Maaf Zahir Batin

Wassalam, 
Anisah
10 Syawal 1435H

Rabu, 6 Ogos 2014

Panggilan ke Tanah Suci ~ Ebook Travelog Umrah, PERCUMA!

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, 

Semalam, kenalan baik saya menghadiahkan sebuah ebook PERCUMA, Travelog perjalanan Umrah, penyucian jiwa, kisah ibadat umrah yang dilalui oleh beliau bersama isteri dan ibu mertua pada tahun 2010.

AllahuAkbar!!!  Membaca dan mengikuti kisah dalam ebook ni terasa seolah2, saya telah menerima panggilan ke tanah suci! Secara tak langsung seolah-olah saya di bawa ke tanah suci, Mekah dan Madinah...





Siapa tak pernah berniat untuk ke sana? AllahuAkbar...

Saya memang dah lama berniat untuk kesana, tapi bak kata 'alasan' sendiri...kewangan belum mengizinkan dan lain-lain...

Kalau di layankan alasan, memang dah habis kan...

Tetapi bila kita dah betul niatkan dan berazam untuk pergi, inshaAllah, Allah akan permudahkan. 

Kisah perubahan contractor beliau, Martin...bagaimana dari seorang yang asalnya tidak solat pun, berjaya menunaikan umrah dan amalan2 sunat di sana... Alhamdulillah. 



Sungguh hidayah tu Allah beri pada siapa yang dia mahu, Allah memberi seperti sangkaan hambaNya!

Sebelum ni, saya pernah membaca beberapa buku mengenai haji dan umrah, tetapi ebook ni berbeza sebab banyak gambar dan jalan cerita yang santai, yang lebih buat kita rasa seolah2 kita turut berada dalam kisah ini. 

Alhamdulillah, ebook ini membuka minda saya untuk lebih berazam dan berusaha untuk menunaikan umrah & haji dalam masa terdekat, inshaAllah. Al -fatihah, moga Allah permudahkan....


Tawaran Ebook PERCUMA buat semua pembaca

Penulis ebook ini, berbesar hati untuk saya sebarkan ebook yang sarat dengan kisah secara percuma..
Memetik penulisan beliau bagi penyebaran ebook ini seperti dibawah, 


 TRAVELOG UMRAH - PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI 

Assalamualaikum,

Sekadar berkongsi dengan anda semua. Saya ada menulis sebuah Ebook Travelog Umrah - Penyucian Jiwa Di tanah Suci.

Ebook ini setebal 148 muka surat. Saya menceritakan secara detail perjalanan umrah saya yang dahulu. Ebook ini penuh bergambar.

Sangat sangat sesuai dibaca oleh mereka yang belum berpeluang untuk kesana.

Bacalah, hayatilah dan tanamlah azam. Semoga Allah membuka hati kita untuk ke sana.

Dan saya berikan ebook ini percuma kepada anda. Sesiapa yang berminat.

Sila download di sini.

http://bit.ly/travelogumrah

Ramai yang dah baca, mereka kata ebook ni TERSANGAT BEST.

Anda bacalah... Pasti anda akan belajar sesuatu nanti.

Wassalam

Haji Mohd Firdaus Mat Saad

Jika tidak keberatan, saya mohon anda SHARE status ini. Ini peluang untuk kita semua sama sama mencari PENCEN KUBUR.

Saya harap sangat, anda yang baca boleh SHARE.

Saya nak lagi ramai yang mendapat manfaat daripada ebook ini. Mungkin akan ada orang yang tergerak hati mereka untuk menunaikan umrah selepas membaca ebook ini. Free free anda dapat pahala kerana menyebarkan ilmu yang bermanfaat.

........
Cadangan supplement untuk haji dan umrah:




~Feel Free to LIKE and SHARE~
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!


Isnin, 4 Ogos 2014

GLA Complex bukan hanya untuk kesuburan wanita!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
Bagi yang belum tahu, setiap bulan, shaklee akan buat promosi satu vitamins dengan promosi beli 6 percuma 1. 
Bulan Ogos 2014, Promosi nya adalah GLA Compleks.. atau lebih di kenali dengan rakan EPO = Evening Primrose Oil. 




Tapi.. sebenarnya GLA compleks ni lebih dari EPO sebab GLA bersumberkan borage seed, blackcurrant, minyak bunga matahari dan evening primrose oil.. juga kaya dengan Vitamin E. Boleh rujuk di bawah untuk keterangan fungsi setiap sumber asli ni. 
Kenapa shaklee buat promosi sekarang ye??? Sesuai sangat sebab setiap kali selepas raya, adalah waktu2 mengawan.. hehe.. ops, maksudnya ramai pengantin yang melangsungkan perkahwinan. dan GLA terkenal sebagai 'vitamin kesuburan' dan 'vitamin kecantikan'. 2 faktor utama dalam perkahwinan kan.. 

 Bagi pengantin lama, ianya juga membantu merasa jadi pengantin baru lagi! yeah.. dan bukannya pengantin baru dengan orang baru, tapi pengantin yang sama tetapi dapat meningkatkan kesuburan dari dalam ..;) dan bukan setakat itu... jom tengok apa lagi ye fungsi gla compleks ni..



GLA Bukan Sahaja Untuk Wanita

Ramai yang salah anggap, bahawa GLA hanyalah untuk wanita sebab selalu orang bayangkan wanita je yang menapous.. lelaki pun menapous juga, dan di panggil andropaus. 

 Sebenarnya, supplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, hanya diperolehi dari makanan. 

Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isisnya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopaus dan andropaus (menopaus lelaki).


Macam-macam kan Risiko Hormon Tidak Seimbang.. antaranya;

1. Wanita yang mengalami menapaus awal, lebih berisiko untuk mengalami masalah jantung dan strok pada usia emas
2. Kekurangan estrogen/testorerone boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain, seperti masalah buah pinggang, alzherimer. osteoporosisi dan masalah sistem kardio. 
3. Perokok akan menagalami lebih hot flashes dalam tempoh ke manapius. 
4. Wanita yang mengalami manapaus lewat pula, berisiko untuk terkena kanser payudara
5. Hormon tidak seimbang, memberi kesan kepada fizikal, mental dan emosi seseorang dan boleh meningkatkan risiko penyakit usia. 

Jom cegah penyakit2 di atas sebelum masanya... Macamana??? jom kaji manfaat GLA selain untuk menapause, ada pelbagai manfaatnya..

Manfaat Utama GLA Complex

1. Herba tradisi yang dipercayai merawat ulser
- Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
2. Mengawal selia estrogen dan testosteron
- GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
3. Melambatkan menopaus
- Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
4. Memperbaiki Prostatomegaly
- GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
5. Menentang Kanser
- GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
6. Memperbaiki inflamasi kulit
- Ianya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.
7. Menghalang komplikasi diabetes
- Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi
8. Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan
- Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan yang berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.
9. Menghalang tekanan darah tinggi
- Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakan masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction
10. Memperbaiki tekstur rambut
- Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur
11. Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD)
- Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hyperaktif.
Sumber : Buku Nutrisi Shaklee
 Sebelum ini, ada saya kongsikan fungsi gla dalam membantu kesuburan di sini : Set kesuburan Shaklee dan membantu masalah sengugut di sini :Set Elak Sengugut
Semoga bermanfaat untuk di kongsikan bersama..inshaAllah, dan membantu meningkatkan kesihatan rakan-rakan di luar sana. 
Info ringkas dari website Shaklee.com.my  mengenai GLA Complex : 


Sempena promosi bulan Ogos 2014, beli 6 percuma 1, ada boleh beli dengan harga promosi dgn T&C..hubungi saya ye untuk tahu macamana.

Semoga sihat selalu, 
Anisah Khalid 

~Feel Free to LIKE and SHARE~
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!



Ahad, 3 Ogos 2014

Salam Aidilfitri Syawal 1435H/Julai 2014

Assalamualaikum wbt dan Salam Aidilfitri,

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, bertemu kita sekali lagi di bulan Syawal.


Memetik lirik nasyid Raihan, Syawal tanda kemenangan! Alhamdulillah.


Sebulan sudah Ramadhan bersama
Tibalah syawal tanda kemenangan
Sempurnakah segala amalan
Adakah kita berjumpa semula
Di Ramadhan yang akan datang...


Tahun lalu, saya menyambut sambutan 1 Syawal di rumah mertua di Shah Alam, kemudian ke Melaka. dan seterusnya beraya ke Perak bersama  mak abah & adik beradik. Saya kongsikan pengalaman raya saya tahun lalu, jemput click Salam Aidilfitri 1434H .




Tahun ini, giliran beraya 1 Syawal di sebelah saya pula dan kemudian baru di sebelah mertua. 




 Alhamdulillah, setiap kali raya ianya pengalaman yang berbeza. Dengan pertambahan ahli keluarga hampir setiap tahun, berkahwin ataupun bayi baru... ops, macam belum ada pertambahan berbanding tahun lalu. ;) . 




Kalau ikut 'sejarah', sejak tahun 2007, pasti ada sekurangnya seorang cucu Khalid&Su lahir setiap tahun sehingga tahun 2013. Tapi tahun 2014, so far...semua ibu2 cuti dari mengandung dan bersalin.. hehe. mungkin tahun depan legacy dikembangkan, inshaAllah. 




Jom layan gambar kami.. hehe, bab kata sedara mara.. keluarga khalid ni memang kuat bergambar. Jadi layankan jer ye.. hehe. 

Petang sebelum raya : 'Tolong' bakar lemang.. hehe.. tolong tengok je sebenarnya.
Chef import, moksu orang Melaka, pakar memasak lemang.
Antara menu wajib setiap tahun, rasanya hampir sama je kan dengan rakan pembaca semua... Nyummy, memang sedap.. penuh dengan pelbagai ramuan dan rempah ratus! hehe, lepas makan, jangan lupa kasi detox balik ye! moga perut & badan selesa je.. inshaAllah sihat selalu.
Inila lemangnya... hahaha, gara2 orang lain yang tolong jaga, jadilah 'putih' sebegini. tapi tetap sedap! 

Alhamdulillah, selesai menjamah makan sikit pagi raya, Alhamdulillah tahun ni, saya dapat menunaikan solat sunat aidilfitri di surau berhampiran rumah atok, anak-anak tinggal di rumah, minta tolong makcik-makcik diorg jaga kan.Saya dan suami berjalan kaki je ke surau di temani abang ipar yang berbaju hijau ni. Tetiba rasa lain juga, bila berjalan tanpa anak2, tapi rasa romantik gitu.. hehe. Gambar kiri sebelum solat sunat Aidilfitri, gambar kanan, sebelum masuk magrib 1 syawal 


    



Inilah keluarga besar saya, Alhamdulillah tahun ni hampir lengkap semua berkumpul di rumah atok. Cuba kira berapa orang dalam gambar ni? (Makintan dan keluarga je takde)


Atok bersama anak2 dan cucu beliau.... 

Dan Inilah kami... ahli keluarga yang ramai! hehe.. Mak, Suhaidah Tahir (cuba cari mana satu mak saya?) dan abah, Khalid Hasnan, Atok (mak kepada mak), dan adik beradik saya bersama keluarga masing-masing 








Ops, tak sempat bergambar duduk, sebab atok dah kepanasan.. hehe. ;) 
Alhamdulillah 5 orang dari 11 orang adik beradik saya sudah berkahwin, dan inshaAllah tahun depan ada pertambahan ahli baru lagi. 

Alhamdulillah, sedang berposing-posing, kami menerima kunjungan pertama, kawan sekolah rendah mak, comelnya setelah berpuluh tahun tidak bertemu... kali ini bertemu masing-masing dah mempunyai anak yang besar dan bercucu pula. ;) Siapa nak teka, berapa umur mak saya?



Aktiviti seterusnya, Ziarah kubur arwah Tokbah, Moyang dan beberapa orang saudara mara lain, Al -fatihah, moga ruh mereka sentiasa di cucuri rahmat Allah swt.


Sejak kami kecil, mak abah selalu bawa ziarah ke rumah adik beradik dan sepupu arwah tokbah.. sekarang ni, kebanyakkan nya telah meninggal dunia.. tinggal lah Tokngah Nasir dan Tok Tunggal sahaja.. Sayu rasanya bila lalu di rumah Atok saudara yang lain kosong dan hanya tinggal rumah sahaja. Sayangkan rumah pusaka di biarkan begitu, tapi atas desakan kerjaya masing-masing memilih untuk tinggal di bandar. InshaAllah, rumah atok takkan di biarkan sebegitu jika satu hari nanti. 


Ziarah Sepupu Tokbah, Tokngah Nasir... Alhamdulillah beliau masih kuat dan boleh drive sendiri dari Ipoh-KL- Muar.


Sambil abah berbual.. kami pun bercerita sesama sendiri, sebab inilah pun peluang nak berjumpa sesama adik beradik

 Jejaka tampan...;) 3 adik beradik lelaki bersama 4 orang ipar (termasuk cik suami saya la).. adik lelaki sorang lagi, Zarif!! oh Zarif... where are you? hehe.. selalu dia ni 'hilang dari radar'. 



Wanita solehah, inshaAllah... 7 adik beradik perempuan + 1 ipar.. bersama anak2, biasala kan ayah2 sendirian, ibu2 juga yang sentiasa di kelilingi anak2.. hehe.. Indahnya menjadi wanita!

Sekian dulu untuk entry kali ini.. di akhir kalam.. mohon pembaca semua mengamin kan doa ini. dan bersama kita jadikan ia doa harian kita. Moga kita semua sentiasa di lindungi dari sebarang musibah dan diberkati Allah swt. 


Walaupun Ramadhan telah pergi, jom kita teruskan amalan yang telah kita lakukan dan pertingkatkan lagi, inshaAllah. 


inshaAllah moga kita bertemu lagi di tahun hadapan dengan lebih bersedia.Ameen

Wallahualam.

Salam Aidil fitri, Maaf Zahir Batin

Wassalam, 
Anisah Khalid & Asyraf Shaare
6 Syawal 1435H

Sila LIKE dan SHARE,
 inshaAllah semoga ada insan yang mendapat manfaat dari entry ini.
Terima kasih kerana meluangkan masa.


Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...