Semalam, kenalan baik saya menghadiahkan sebuah ebook PERCUMA, Travelog perjalanan Umrah, penyucian jiwa, kisah ibadat umrah yang dilalui oleh beliau bersama isteri dan ibu mertua pada tahun 2010.
AllahuAkbar!!! Membaca dan mengikuti kisah dalam ebook ni terasa seolah2, saya telah menerima panggilan ke tanah suci! Secara tak langsung seolah-olah saya di bawa ke tanah suci, Mekah dan Madinah...
Siapa tak pernah berniat untuk ke sana? AllahuAkbar...
Saya memang dah lama berniat untuk kesana, tapi bak kata 'alasan' sendiri...kewangan belum mengizinkan dan lain-lain...
Kalau di layankan alasan, memang dah habis kan...
Tetapi bila kita dah betul niatkan dan berazam untuk pergi, inshaAllah, Allah akan permudahkan.
Kisah perubahan contractor beliau, Martin...bagaimana dari seorang yang asalnya tidak solat pun, berjaya menunaikan umrah dan amalan2 sunat di sana... Alhamdulillah.
Sungguh hidayah tu Allah beri pada siapa yang dia mahu, Allah memberi seperti sangkaan hambaNya!
Sebelum ni, saya pernah membaca beberapa buku mengenai haji dan umrah, tetapi ebook ni berbeza sebab banyak gambar dan jalan cerita yang santai, yang lebih buat kita rasa seolah2 kita turut berada dalam kisah ini.
Alhamdulillah, ebook ini membuka minda saya untuk lebih berazam dan berusaha untuk menunaikan umrah & haji dalam masa terdekat, inshaAllah. Al -fatihah, moga Allah permudahkan....
Tawaran Ebook PERCUMA buat semua pembaca
Penulis ebook ini, berbesar hati untuk saya sebarkan ebook yang sarat dengan kisah secara percuma..
Memetik penulisan beliau bagi penyebaran ebook ini seperti dibawah,
TRAVELOG UMRAH - PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI
Assalamualaikum,
Sekadar berkongsi dengan anda semua. Saya ada menulis sebuah Ebook Travelog Umrah - Penyucian Jiwa Di tanah Suci.
Ebook ini setebal 148 muka surat. Saya menceritakan secara detail perjalanan umrah saya yang dahulu. Ebook ini penuh bergambar.
Sangat sangat sesuai dibaca oleh mereka yang belum berpeluang untuk kesana.
Bacalah, hayatilah dan tanamlah azam. Semoga Allah membuka hati kita untuk ke sana.
Dan saya berikan ebook ini percuma kepada anda. Sesiapa yang berminat.
Sila download di sini.
http://bit.ly/travelogumrah
Ramai yang dah baca, mereka kata ebook ni TERSANGAT BEST.
Anda bacalah... Pasti anda akan belajar sesuatu nanti.
Wassalam
Haji Mohd Firdaus Mat Saad
Jika tidak keberatan, saya mohon anda SHARE status ini. Ini peluang untuk kita semua sama sama mencari PENCEN KUBUR.
Saya harap sangat, anda yang baca boleh SHARE.
Saya nak lagi ramai yang mendapat manfaat daripada ebook ini. Mungkin akan ada orang yang tergerak hati mereka untuk menunaikan umrah selepas membaca ebook ini. Free free anda dapat pahala kerana menyebarkan ilmu yang bermanfaat.
........
Cadangan supplement untuk haji dan umrah:
~Feel Free to LIKE and SHARE~
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan