Khamis, 28 Ogos 2014

Nenek kencing berdiri..Eiii..ada ke?


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Maaf jika tajuk entry ini agak kurang sopan... huhu, tapi ini lah hakikat yang mungkin kita tak sedar.

Berapa ramai nenek atau atok kita yang terpaksa kencing berdiri?

Kenapalah yang diorang ni kencing berdiri kan?

Baru-baru ini, seorang nenek kenalan saya mengadu masalah yang serupa... kalau nak bercuti atau terpaksa membuang di tandas awam, maka terpaksa lah kena cari tandas yang duduk... kalau dah tak jumpa? huhu... inilah yang terpaksa kencing berdiri!  


Sedutan Jawapan Ustaz Azhar Idrus bila di tanya... Apakah hukumnya kencing berdiri?


Hukumnya tidaklah haram...tetapi MAKRUH. dan menjadi sunat jika uzur. Islam itu mudah, ada rukhsahnya. 

Tetapi sunnah Rasulullah s.a.w, adalah buang air dalam keadaan duduk. Jauh lebih sopan dan boleh elak dari meleleh ke tempat yang tidak sepatutnya. 

Berbalik kepada soalan saya tadi, Kenapalah nenek @ atok ni kencing berdiri? 

Mereka bukan nak kencing berdiri, tetapi terpaksa! Sebab mereka tak boleh lipat kaki, tak boleh mencangkung... kasihan mereka, kan?

Selain tu, mereka juga terpaksa solat dalam keadaan duduk (ruksah solat bagi mereka yang uzur) dan pergerakan mereka juga jadi sangat terbatas. 

Gambar ihsan google.. situasi biasa kan?
Bayangkan situasi di atas, kalau dalam keadaan nak kena selamat kan diri, masih terpaksa bertongkat seperti ini... Aduhai sayang, kasihan nenek ni...mungkin sekejap selepas gambar ni di ambil, abang yang duduk kat tepi tu, terus dukung nenek ni kot... jom nenek kita selamatkan diri.

Ok jom kita tengok... kenapa dan apa yang berlaku sebenarnya kepada sendi kita sampai menyebabkan nenek@atok terpaksa kencing berdiri. 

Ramai makcik pakcik & atok nenek duk mengadu sakit sendi. mencucuk lagi2 menangkap kaki dan pinggang. Dan ada juga kita yang muda2 pun dah mula terasa sakit juga. Betul tak? 

Kalau anda tak rasa, cuba tanya warga emas atau rakan2 di sebelah yang anda jumpa... Antara sebab sendir terasa sakit2 ialah kurangnya 'kusyen'..

Jom kita tengok apa bezanya sendi yang sihat dan tak sihat...




Apa itu Arthritis?

Perkataan arthritis berasal dari Greek arthron yang bermaksud "joint"/sendi dan Latin itis bermaksud "inflammation"/keradangan.  

Sendi (Joint) berada di pertemuan 2 tulang. Jari, lutut, pinggul, siku, bahu. Banyak bahagian badan kita mempunyai sendi. 

Arthritis adalah istilah perubatan untuk sakit sendi dan tulang atau dikenali juga sebagai radang sendi. Bila mana kita tak dapat berjalan lancar dan rasa sakit pada sendi, itu kita panggil arthritis. Cuba kita lihat golongan tua yang sukar berjalan. Biasanya mereka akan mengadu sakit sendi dan tulang di bahagian lutut, pinggul, pinggang dan tangan. Bukan sahaja golongan tua, malah ada golongan muda yang mengalaminya. 
Jenis-jenis  Arthritis

Terdapat lebih dari 100 jenis Arthritis. Berdasarkan kajian, Osteoarthritis dan Rheumatoid Arthritis adalah jenis arthritis yang biasa berlaku.




Saya pernah melihat sendiri kaki kenalan saya  (saya panggil nenek) merah2 sebegini... sakitnya, Allahuakbar! kita yang tengok pun rasa macam pedih. Nak berjalan memang susah. Nak bangun berdiri pun sakit, nak tido pun sakit...

Doktor memang cadangkan pengambilan supplement bagi mengurangkan keradangan ni. 

Nenek mengamalkan supplement sejak mula terasa sakit. Alhamdulillah, kini beliau mengamalkan set sendi shaklee seperti di bawah. InshaAllah selain mengamalkan set sendi ini, beliau juga bersemangat untuk pulih. Kombinasi yang baik untuk kembali sihat inshaAllah. (bukannya apa, kadang setengah orang nak makan supplement, tapi tak konsisten sebab kurang semangat, jadi hasilnya juga kurangla kan.. kan? setuju?) 

Alhamdulillah, selepas 2 bulan... beliau mengadu dengan saya 'Anisah, nenek seronok sekarang, boleh berjalan laju sikit... bolehlah membongkokkan badan. ;) lepas ni, nenek nak teruskan makan set ni..Alhamdulilah' (lebih kurang macam ni la ayat dia)

Ok jom kenali set sendi Shaklee

Mengekalkan tulang rawan yang sihat

memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga cara :

1. menyokong keselesaan sendi
2. memelihara tisu penyambung yang sihat
3. meningkatkan kesan kusyen

2. Omega Guard Shaklee 
 Mengurangkan inflamasi
  1.  melambatkan degradasi tulang rawan
  2.  membantu mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi.
  3.  bertindak sebagai pelincir.
  4. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Mengekalkan sel tulang yang sihat

  1.   Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen.
  2.  Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.  

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium.Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Nota : Jika anda nak tahu lebih lanjut mengenai setiap vitamin  Advanced Joint Health Tablet  , Omega Guard dan Ostematrik boleh click pada nama vitamin ni. 


Psstt, cuma nenek kenalan saya tu, masih terpaksa kencing berdiri, sebabkan kalau tulang kita dah bertahun2 tak di jaga dengan baik, takdelah dalam masa 2 bulan, boleh jadi macam orang muda pulak kan? Ambil masa sikit, tapi yang penting ianya beransur pulih. 

Jom sama-sama kita doakan nenek kenalan saya juga warga2 emas (ataupun blm emas pun lagi) di luar sana supaya sihat sejahtera, dan boleh berjalan seperti biasa, juga menjalani hidup ke tandas dengan normal juga. 

Antara testimoni mereka yang berjaya di bantu, dengan izinNya. 

1. Boleh solat terawikh 20 Rakaat...MashaAllah! Tahniah Makcik (ke nenek?.. hehe..oklah tahniah Puan!)


2. Sakit pelipat lutut hilang...sembelit juga kurang




Buat anda yang membaca, sila kongsikan entry dan khasiat vitamins ini kepada kenalan anda, mana tahu.. usaha anda membantu mereka di luar sana untuk bertambah sihat,  Memudahkan mereka untuk bergerak dan beramal ibadat, inshaAllah.

 Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...