Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Alhamdulillah... Hari ni, saya telah menerima bonus 4 angka yang pertama melalui Shaklee. kiranya ni bonus bulan Oktober lepas.. alhamdulillah saya telah naik ke rank pertama dalam Shaklee - SUPERVISOR.
sebelum join, macam kurang yakin je.. boleh ke dapat 4 angka dalam masa kurang dari 6 bulan?
awal2 join, dapat tahu side line a.k.a 'adik beradik' saya ada yang dpt 4 angka pada bulan pertama.
pastu dapat tahu pula seorang akak ni, Kak Marlina yang asalnya takde facebook, xde blog...tup2 boleh meletup sales + group nya. (Kisah magic raya,/ Magic Raya Shaklee dari blog mariafirdaus)
Bila pergi coaching class bulan 8 hari tuh jumpa beliau, alahai sangat sopan orangnya.. serious saya kagum dengan beliau. Dalam keadaan suami yang sakit, siap kena operate lagi, beliau mampu menjana pendapatan 4 angka (yang besar) dalam masa beberapa bulan sahaja. tercabar juga.. bila anak beliau ubah lirik lagu tegar- aku yang dulu bukanlah yang sekarang. .. hehe terusik hati kecil saya.. anak beliau memahami ibunya... Saya kagum dengan semangat yang di sampaikan melalui lagu tersebut. indeed saya juga terpukul dgn lagu tersebut, di selitkan juga 'syukur pada yang Maha Kuasa, Memberi jalan untukmu semua' .. lagu ni dah jadi satu fenomena pulak.. tp takpelah, lagu yang tinggi nilai nya. pengajaran nye.. JANGAN PUTUS ASA.
Ini gambar masa magic class 27 Oktober 2013... Kak Marlina sebelah saya, then my great mentor dalam Shaklee, Kak Maria (dah 3 bulan capai 5angka sebulan) dan.. alamak tak sempat berkenalan pulak. hehe. ..
Alhamdulillah semasa di magic class ni, banyak perkara di jelaskan.. (isu MLM? master the game, dan info pasal produk dll)... jalan nya dah tersedia, kita hanya perlu duplicate apa yang mentors ajar, inshaAllah kita pun boleh berjaya seperti mereka...
Alhamdulillah balik dari magic class ini, semangat nya berbeza... Alhamdulillah dengan pertolongan dari mentor saya, redha suami, pengorbanan keluarga dan yang di hargai sangat rakan bisnes dan pelanggan2 saya.. (yang ada sama2 menjadi rakan kongsi juga skrg).. alhamdulillah pendapatan 4 angka part time sebulan bukan lagi satu yang mustahil.
Alhamdulillah... bulan ni, hutang2 piutang dapat di kurangkan, yang seronok lagi bulan ni, dapat luangkan masa dengan anak2. alhamdulillah... walaupun bukan ini yang kami rancangkan, Allah yang menentukan saya untuk duduk di rumah sambil berbisnes. Siapa sangka, duduk rumah pun blh jana duit kan.. dapat bantu tambah pendapatan keluarga dan dapat bantu mereka yang jauh lebih memerlukan... perkara pertama yang di pesan setiap kali dapat bonus.. jangan lupa bersedekah! Alhamdulillah.... kita sentiasa di ingatkan tentang orang susah... supaya kita tak lupa siapa kita.
InshaAllah, doakan harimau malaya saya akan lebih mengaum selepas ini inshaAllah...
Syaratnya... jangan lupa bersedekah!
WallahuAlam.
Ampun maaf di pinta jika ada yang terkurang/terusik dengan penulisan ini.
Alhamdulillah... saya amat terinspirasi dengan kisah dalam ebook di bawah.. rugi sangat bagi sesiapa sahaja yang baru nak mulakan bisnes/ dah lama dalam bisnes tp belum berjaya kalau x baca buku nih.
Tips yang di sampaikan dalam bentuk jalan cerita yang mudah di fahami, inshaAllah.
Alhamdulillah... perjuangan untuk memberi penyusuan ibu yang wajar di ambil iktibar. Khasiat susu ibu untuk si manja...
Alhamdulillah.. benefit nye bukan pada anak sahaja.. ibu nye juga mendapat manfaat.. badan lebih slim! pahala pun dapat, inshaAllah.
Saya amat2 sokong penyusuan susu ibu!
Alhamdulillah dapat memberi susu ibu pada anak sulung sehingga beliau berumur 2thn setgh,, dan si adik, masih lagi menyusu sehingga ke hari ni. (umurnya hari ni- 2thn 20hari). InshaAllah akan di teruskan penyusuan sehingga tiba masa berhenti. (saiz adik ni, kecik sikit... kesian pulak nak putuskan).
Di facebook hari ini, seorang rakan telah menceritakan kisah perjuangan rakannya dalam memberi susu ibu kepada anaknya... kagum dengan semangat dan kecekalan beliau.
jom ikuti kisahnya..
[Sebuah Perjuangan] Salam mommies & mom-to-be,
Pagi-pagi ni bila buka email, terbaca pasal seorang kawan yang bakal 'naik pangkat' tak lama lagi..dia bertanya tentang set penyusuan Shakle. Tiba-tiba teringat pasal ex - office mate yang dulu sama-sama 'berjuang' dalam surau kat office..he.. Nak tau tak, masa dia mengandung anak ke-2 dulu, anak pertama dia masih kecil lagi, jadi anak-anak dia agak rapat jugak. Bila doctor sahkan dia mengandung anak ke-2, anak pertama dia masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Doctor sendiri ada nasihatkan dia supaya berhentikan penyusuan anak pertama dia, sebab tak nak ambil risiko. Tapi macam mana pun, pilihan masih kita yang tentukan. Doctor tu cuma bagi nasihat saja, mengikut keadaan kesihatan si ibu juga masa tu.
Tapi kawan saya ni nekad juga nak teruskan penyusuan anak pertama dia sampailah dia selamat bersalin anak ke-2. Alhamdulillah, semua selamat anak-beranak sihat wal-afiat. Tapi lepas tu kawan saya ni terpaksa menyusukan dua anak sekaligus, tambahan lagi dengan keadaan dia sebagai ibu bekerjaya. Antara luahan yang pernah dia sampaikan pada saya, badan teramat sangat penat, tidur tak pernah cukup sebab bayi baru dia kerap menyusu. Tapi yang lebih sedih, si adik selalu tak puas menyusu, menyebabkan dia selalu kelaparan tambahan pula si kakak pun jadi kuat memerap sebab nak bersaing dengan adiknya. Sayunya hati seorang ibu. Si ibu pula sentiasa cepat lapar sebab badan dia memerlukan protein yang lebih dari biasa untuk memproses susu dengan kuantiti yang banyak, akibatnya berat badan ibu naik mendadak dan sangat susah nak turun.
Tapi kawan saya ni bagus, semangat dia untuk menyusukan sepenuhnya kedua-dua anak perempuan dia sangat kuat. Jadi dia usaha cari macam-macam cara sebagai bantuan untuk menambah pengeluaran susu dia, mudah-mudahan anak ke-2 dia tak akan kelaparan susu lagi. Sampailah satu hari Allah temukan dia dengan set penyusuan Shaklee melalui kawan dia. Masa tu saya pun belum sertai Shaklee lagi, jadi saya langsung tak tahu menahu apa-apa pun pasal Shaklee. Dari dia la saya selalu dengar cerita tentang Shaklee ni, dan depan mata saya sendiri saya nampak keberkesanan Shaklee.
Memang betul-betul mujarab dan saya sangat teruja bila tengok tiap-tiap hari jumlah susu yang dia perah sangat banyak, sampai 2x ganda dari jumlah susu yang saya perah. Rasa cemburu juga bila tengok tiap-tiap hari, stock susu dia dalam peti ais office sampai penuh 1 freezer. Dan saya perasan 1 perkara rupa-rupanya produk Shaklee yang dia gunakan tu memang berkesan secara berpanjangan. Maksudnya , bukanlah berkesan pada awal penggunaan saja macam produk-produk lain yang pernah saya guna.
Memang tak rugi dia beli produk Shaklee dari mula lagi, dia cakap anggap itu sebagai pelaburan dan hasilnya memang boleh nampak sekarang. Dan 1 bonus besar untuk dia, dalam masa yang sama berat badan dia turun kepada berat badan ideal tanpa perlu berlapar. Itu pun salah 1 dari keberkesanan produk Shaklee yang dia ambil juga. Sebab kalau nak tahu, dia ambil set penyusuan penuh yang mana dalam set tersebut mengandungi keperluan lengkap bagi seorang ibu yang baru lepas bersalin. Jadi khasiatnya bukan saja khusus dalam penambahan susu, tapi sebenarnya adalah penjagaan kesihatan ibu secara menyeluruh dan memulihkan kembali kesihatan ibu selepas bersalin. Bila badan sihat, secara automatiknya susu juga akan terhasil dengan banyak dan bentuk badan ibu juga kembali menawan…chewahhh…
Bestkan, bila dengar kisah pengalaman-pengalaman orang lain dalam mengharungi pahit maung meneruskan ‘perjuangan’ mereka. Buat kita rasa lagi berkobar-kobar untuk meneruskan perjuangan kita pula. So, untuk semua saya doakan semoga anda juga nanti akan sukses dalam mengharungi perjuangan masing-masing..in-sha Allah.
Siapa tak pernah dengar penyakit 3 serangkai?... mesti pernah kan.. penyakit 3 serangkai ni di kaitkan dengan KENCING MANIS (diabetes), DARAH TINGGI dan SAKIT JANTUNG. Dari ketiga-tiga penyakit kronik ni, kencing manis la yang paling famous dan biasanye dapat di kesan dulu sebelum darah tinggi dan sakit jantung.
Dalam bajet 2014 baru- baru ini, pengurangan subsidi gula di kaitkan dengan peningkatan kadar pesakit diabetes di Malaysia. Memetik berita dari utusanonline pada 25 Oktober lalu
Jumlah penduduk Malaysia skrg ialah 28.3 Juta.. kiranye dalam 1% rakyat adalah pengidap diabetes.. wah tinggi tuh.
Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM 2 bilion untuk merawat diabetes... waaa banyaknye, padanlah subsudi gula di kurangkan.. agaknye untuk menampung kos rawatan ni pulak kot.
Apa itu diabetes...?
Penyakit diabetes juga di kenali sebagai kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Di bawah ini adalah punca diabetes... bukan sebab gula je tau..
Punca diabetes :
Symptoms diabetes
Implikasi diabetes jika tidak di kawal ..
Shaklee menawarkan supplemen berikut bagi diabetes:
1. ESP (Energizing Soy Protein) : Berindeks glisemik (GI) rendah. Sangat sesuai utk pesakit diabetes. 2. Vitalea Iron Formula : Imbangan vitamin dan mineral yang lengkap. 3. GLA Complex: Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy. 4. Alfalfa Complex : Sumber serat yang membantu menstabilkan gula dalam darah. 5. Vitamin C: Mengukuhkan kapilari dan salur darah. 6. Zinc Complex : Membantu penghasilan insulin & pemulihan luka. 7. Vivix : Sumber anti-oksidan terbaik.
tapi agak2 mcm banyak nye kan... untuk kesan yang cepat dan optimum, kami cadangkan untuk ambil vivix. Banyak testimoni yang berjaya.. boleh tgk di sini.
Bismillahirahmannirahim.. Alhamdulillah... kita telah menjangkau ke 1435H... bermaksud 1435 tahun lalu, Rasulullah dan para sahabat telah berhijrah dari kota Mekah ke Madinah.
Ikuti ringkasan kisah penghijrahan Rasulullah yang dipetik dari halaqah.net ........................................................................................................................................................... Kisah Penghijrahan Rasulullah
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.
Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW).
Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.
Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.
Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW).
Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.
Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.
Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.
Bersama-sama kita hayati penghijrahan NABI MUHAMMAD SAW dalam menyebarkan Agama Islam
........................................................................................................................................... Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari peristiwa hijrah. Rasulullah berhijrah meninggalkan tempat tinggal baginda, tempat beliau di besarkan, tempat kaum keluarga beliau. kerana patuh pada arahan Allah dan bagi mengelakkan kaum muslimin terus di ancam dan di bunuh, Rasulullah dan para sahabat berhijrah/berpindah ke Madinah. Alhamdulillah di Madinah, baginda di sambut dengan baik. MashaAllah, kesannye terbina lah NEGARA ISLAM pertama... Islam lebih berkembang pesat. AllahuAkbar.. Di Radio IKIM (8 Nov, 6.00ptg) dan juga di TV1 (4 Nov) ada mengulas mengenai hijrah ini, antara rumusan intipati perbincangan..
Hijrah tidak semestinye dalam bentuk perubahan tempat..
Hijrah adalah perubahan ke sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini.
Hijrah boleh di lakukan oleh individu dan juga organisasi... hijrah perlukan persekitaran yang baik.
Hijrah tidak perlu tunggu cukup umur... Saidatina Ali patuh perintah Rasulullah walaupun masa tu beliau masih remaja.
Dalam kita berhijrah, kita perlu berada dalam kumpulan yang baik supaya kita dapat istiqamah dalam ke arah perubahan yang baik.
Hijrah pada zaman Rasulullah juga di lakukan dalam keadaan berkumpulan. Ada yang berani seperti Umar - berhijrah secara terangan2. Namun, Rasulullah berhijrah dalam keadaan sembunyi bukan kerana beliau takut, tapi kerana menunjukkan pada umat islam yang lain bahawa hijrah boleh di lakukan dalam pelbagai cara. Begitu juga di ibaratkan kita sekarang.
Contoh yang diberikan.. Jika seseorang yang pada asalnya tidak bertudung.. 1. ada yang terus bertudung labuh 2. ada yang mula berselendang kemudian baru tudung bidang 45 dan seterusnya. Masing-masing mempunyai alasan dan cara yang tersendiri. ada yang tidak istiqamah dalam berhijrah.. kerana tidak tahan di ejek oleh rakan sekeliling. Jadinya, pentingnya kita untuk berada di kalangan mereka yang mempunyai aura yang baik. .............................................................................................................................................................
Alhamdulillah...Jalan yang Allah tunjukan pada kami.. alhamdulillah bersempena dengan sambutan MAAL HIJRAH 1435H. kami juga turut berhijrah.
Alhamdulillah bulan Oktober 2013, merupakan satu permulaan baru bagi saya dalam bisnes shaklee ni, Alhamdulillah dengan sokongan, kerjasama oleh keluarga, sahabat, mentors dan juga para pelanggan, saya berjaya naik ke rank pertama dalam shaklee.
Alhamdulillah...pada 27 November lalu, saya telah menghadiri magic class di mana pelbagai tips, kisah motivasi yang telah di kongsikan oleh mereka yang telah berjaya. Dalam kumpulan kami, ada yang telah bergelar engineer, lawyer, pegawai eksekutif, programmer, dll ... termasuk la suri rumah. yang paling saya kagum, seorang surirumah berusia 24 tahun , berbackground kan SPM sahaja, kini slps penghijrahan beliau ke dalam bisnes shaklee, beliau 'terpaksa' memperolehi pendapatan 5 angka sebulan.. kunci kejayaan beliau.. 'buat sahaja dan banyakkan bersabar. Kisah beliau ada di ceritakan di blog mariafirdaus.com. Sila click --> Suri Rumah Pendapatan 5 angka! Selepas mendengar cerita beliau, saya malu dengan diri sendiri.. jika beliau mampu berjaya dalam bisnes seperti sekarang.. mengapa tidak saya?... dan Saya yakin anda di luar sana juga mampu untuk berjaaya.
Alhamdulillah.. kini, saya bertambah yakin kami berada dalam kumpulan yang baik dan saling bantu membantu ke arah kebaikan.. inshaAllah. Alhamdulillah... kami sentiasa di ingatkan untuk balancekan dunia dan akhirat.. Alhamdulillah... terima kasih pada semua yang terlibat.
Inshallah bulan ini.. bulan yang penuh dgn permulaan yang baik.. dengan new rank - Supervisor in Shaklee (my first 4-figures income).. AllahuAkbar..More to come, inshaAllah!
InshaAllah.. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dalam mencari keredhaan Allah untuk dunia & akhirat. Salam Kejayaan Dunia Akhirat, Anisah. 8 November 2013
Apa tompok merah berbentuk kupu-kupu tu? Tahu kah anda itu antara tanda-tanda Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)?
Saya sendiri tak pernah dengar dan kisah pun sebelum ini sehingga mengenali Shaklee.. sebab pada botol Alfafa tertera.. " Individuals with SLE should consult their physician before consuming this product".. tertanya2 juga.. kenapa pulak tak boleh amik ye? Kan natural je.. Dalam Blog Dr Zubaidi, beliau mengulas seperti berikut
Kiranya, bagi pesakit SLE, alfafa tidak boleh di makan kerana boleh memberi tindak balas kepada autoimmune. Ala.. apa pulak autoimmune ni?...
Memula saya sangka kan ianya penyakit keturunan seperti Thalasemia, G6PD, sickle cell, Thalasemia & G6PD pernah la dengar.. sebab ada keluarga dan kawan yang mengidapi nya.. kedua2 penyakit ni adalah penyakit keturunan. jadi jika salah seorang atau kedua2 ibu bapa adalah pembawa.. maka anak2 pun ada kemungkinan untuk menjadi pembawa. Ala macam sakit Sickle Cell yang kita belajar masa zaman sekolah dulu dalam subject biologi.
Tapi, SLE ni bukan penyakit keturunan... jadi mungkin je ada di kalangan kita ni yang sebenarnya adalah pengidap SLE.
Jom kenali SLE...
Mempelajari tentang penyakit SLE adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengenali SLE dengan lebih dekat. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit yang berpengetahuan tentang penyakitnya akan turut sama mengambil bahagian dalam perawatan diri (self-care), kurang rasa sakit, tidak perlu berjumpa doktor dengan terlalu kerap, dan akan terus aktif.
Apa tu Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.
Adakah anda tergolong dalam golongan ini? ...
Dianggarkan lebih kurang 90 peratus mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10 peratus yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak.
Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.
Adalah dianggarkan di Amerika Syarikat seorang dalam 2,000 mengidap SLE. Di Jamaica pula di anggarkan seorang dalam 250 orang mengidap SLE. Setakat ini, Malaysia tidak mempunyai sebarang statistik untuk pengidap SLE. Ini adalah disebabkan SLE mempunyai pelbagai gejala dan melibatkan pelbagai disiplin, akibatnya penyakit ini amat sukar untuk dikesan.
Statistik di Amerika Syarikat pula menunjukkan wanita Amerika berkulit hitam berisiko lebih tiga kali ganda untuk mendapat SLE berbanding wanita Amerika berkulit putih. Ia juga dikatakan lebih kerap berlaku di kalangan wanita berketurunan Hispanik (Latin Amerika), Asia, dan penduduk asli Amerika. Walaupun SLE boleh melibatkan beberapa orang dalam sebuah keluarga, risiko ahli-ahli keluarga, seperti anak dan adik beradik lelaki atau perempuan, untuk mengidap SLE adalah sangat rendah.
Fakta Ringkas
Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.
Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius.
Ciri-ciri penyakit ialah:
Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
Sawan, strok dan gangguan mental
Risiko untuk mendapat darah beku
Kerap keguguran bayi
Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
Apakah Yang Menyebabkan SLE?
Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gene lupus” yang khusus belum lagi dikenalpasti.
Para Saintis sedang mengkaji selain faktor "gene", antara penyebab SLE adalah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.
SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.
Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.
Sumber : http://www.lupusmalaysia.org/ Supplemen adalah salah satu langkah mengelakkan untuk terus sakit. Alhamdulillah semasa di bengkel nutrisi yang saya hadiri pada 2 Oktober lalu, Pakar nutrisi shaklee telah berkongsi cerita - seorang pesakit SLE telah mengambil OMEGA dan vivix. Alhamdulilah selepas pengambilan supplemen ni, beliau dah tak perlu berulang alik ke hospital seperti sebelumnya.
Kisah benar seorang pesakit SLE yang mengamalkan vivix - ikuti kisah Saudari Iffah ............................................................................................................................................................
Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RAatau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia
1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)
2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya...
Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.
Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.
Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).
Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..
Moga bermanfaat pada yang sedang mencari penawar pada penyakit yang mereka katakan akan berakhir dengan lumpuh... Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.