Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Isnin, 30 November 2020
Ahad, 18 Oktober 2020
Perkongsian 7 tahun Shaklee Effect Anisah Khalid sekeluarga
Selasa, 8 September 2020
Cita cita ku bukan suri rumah, tapi sudah 7 tahun ini jawatanku
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Penulisan ini saya kongsi kan di fb wall saya pada september 2020. Simpan di sini sebagai kenangan.
Dulu, saya banyak impian.
Sejujurnya, masa zaman sekolah... Tak pernah cita cita menjadi seorang suri rumah.
Sejak zaman sekolah, saya menulis diari dan angan2 saya bila besar nanti
Sejak zaman sekolah, saya pandang HEBATnya Wanita berkerjaya
Sejak zaman sekolah, saya pasang impian yang pelbagai.
Saya hanya lah pelajar yang tidaklah top, namun tidak lah bottom.
Titik kejatuhan akademik saya semasa menduduki A level. Sedih... kemudian
Alhamdulillah semasa diploma dan degree di UiTM saya bangkit menjadi pelajar cemerlang. Selimpang ANC milik ku sewaktu diploma dan first class degree (dgn 2org anak). Masa tu memang set target dan sentiasa usaha, doa dan tawakal ke arah tu. Berkat doa suami, Mak abah, mertua, keluarga, pensyarah dan rakan2 juga.
2011-2013, saya menjadi seorang wanita berkerjaya, ibu kepada 2 orang cahayamata. Terasa kurangnya masa saya bersama anak2. Bila ada perkembangan baru anak, saya sebagai mama... bukan orang pertama yg tahu. Saya sedih.
Alhamdulillah. Masa tu saya cari peluang bisnes yang membolehkan saya menjaga anak saya sendiri di samping boleh ada income yang stabil. Saya follow kisah Kak Maria. Alhamdulillah Allah lorongkan saya untuk join shaklee dgn free membership. Kumpul order dengan kawan2 ofis, buat belian 300uv dalam masa 3hari. MasyaAllah. Yakin nya saya berkongsi kebaikan produk shaklee ketika itu, Allah izinkan mereka terus membeli melalui saya.
Alhamdulillah. Beberapa bulan selepas itu, saya konsisten berkongsi.. dan berjaya rankup sebagai sv pada bulan ke 4 mendaftar. Dalam masa saya masih bekerja dan menjadi pelajar master.
Alhamdulillah. Bulan tersebut bulan terakhir saya bekerja. Dan fokus pada bisnes shaklee, bulan seterusnya... sambil jaga anak2 di rumah, saya berjaya rank up senior supervisor. Allahuakbar. Nikmat mana yang KAU dustakan?
Allah izinkan saya untuk menjadi working at home mum, with 4 figure income.
Apa jadi selepas itu?
Impian saya tersadai kerana silap saya sendiri.
Maafkan diri mu, duhai Anisah.
To be continued
Isnin, 22 Jun 2020
Sembang Pasca PKP, hikmah ujian covid19
Pandemic dunia, mencemaskan semua orang. Tak terbayang dunia seperti ini di tahun 2020. Tahun kita dibayangkan dengan era kemodenan kereta terbang.
Jutaan kes positif covid19 diseluruh dunia, dengan kes kematian yang sangat dahsyat di sesetengah negara.
Alhamdulillah, kes covid 19 di Malaysia, dalam keadaan terkawal. Tahniah dan terima kasih kepada barisan frontliners dan juga semua rakyat Malaysia dan penduduk Malaysia atas kerjasama.
Alhamdulillah kini kita dah melepasi fasa PKP,PKPB dan sedang dalam PKPP.
Alhamdulillah kita telah melalui Ramadhan dan Syawal dalam tempoh PKP. Sebelum ni tak terbayang man macamana kita boleh duduk di rumah dalam tempoh yang lama. Pergerakan terbatas.
Alhamdulillah. Hikmah PKP, ramai ahli keluarga yang semakin rapat, ramai berjaya menuai hasil tanaman di laman sendiri. Saya pengunjung setia fb page kebun bandar. Alhamdulillah saya sendiri dapat juga menuai cili, bayam brazil, serai, daun pandan, daun kunyit dari laman sendiri. Kepuasan dapat bercucuk tanam tu, hanya yang merasai nya tahu.
Banyak pengusaha kedai makan dan industri makanan terjejas dengan pandemik covid19 ini. Juga pelbagai aspek ekonomi dunia.
Di sebalik itu, industri supplemen, insuran sangat diperlukan sekarang. Siapa yang tak takut dijangkiti? itu yang ramai bersiap sedia tingkatkan imuniti badan.
Cegah sebelum merawat.
Siapa tak nak sedia kan insurans untuk diri dan keluarga dalam keadaan sesiapa saje boleh dijangkiti dan menjangkiti.
To be continue...
Rabu, 15 April 2020
Covid 19 in Malaysia
Lama nya tak menulis di sini.
In sha Allah saya akan kongsikan bacaan saya di sini dari masa ke semasa mengenai covid 19.
Sekarang Malaysia berada di fasa ke 3, perintah kawalan berkurung, atau dalam bahasa inggeris nya, movement control order.
Fasa 1 bermula pada 18 Mac - 31 Mac
Fasa 2 bermula pada 1 April- 14 April
Fasa 3 bermula pada 15 April - 28 April
Fasa 4
Fasa 5
Ramalan nya, kita akan melalui sehingga fasa ke 5 perintah kawalan berkurung ni. Dijangka sehingga 29 Mei.
Allahuakbar, tak terbayang terawikh tahun ni, tak boleh dilakukan berjemaah di Masjid, semua kena di rumah sahaja, ya kita masih boleh berjemaah, tapi suasana nya berbeza kan?
Sambutan Hari Raya tahun ni pun, ada kemungkinan hanya di rumah sahaja, adat ziarah menziarahi terpaksa ditangguhkan dulu.
...
Copy paste dari fb
Hari bermula PKP Fasa ke-3...
Nak simpan kat Facebook jugak la.. buat kenang - kenangan yg takkan di lupakan seumur hidup den... Utk den baca di tahun² hadapan 😬
Takkan sesekali den lupa tarikh ....
18 MAC - 31 MAC 2020 - Fasa 1
01 APR - 14 APR 2020 - Fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 - Fasa 3
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa di seluruh 🇲🇾 ...
📍Dimulai dengan rakyat 🇲🇾 berpusu-pusu serbu hampir semua Balai Polis utk memohon kelulusan utk kuar dari daerah or negeri yg sedia ada mereka sedang berada pada tarikh 17 March 2020 yg lalu
📍 Harga minyak petrol RON95 jatuh sehingga RM1.25/liter (mggu 11 ~ 17 April 2020)
📍Minyak masak dirumah pulak yg sering kali cepat habis dik kerna satu keluarga 24jam sehari berada di dlm rumah dimana asyik ulang alik ke sana ke sini ke sana ke sini dari ruang tamu ke dapur.
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan setiap masa.
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
📍Rakyat 🇲🇾 mula mempercayai dan menggunakan perkhidmatan ehailing utk membuat tempahan serta menghantar makanan , minuman dan barangan keperluan yg di hantar oleh Grabfood/FoodPanda/Lalamove/BungkusIT/MrSpeedy dan lain2 ehailing platform.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
📍Mana Mak Ayah yg dahulu sukar utk berada di rumah spend masa bersama ahli keluarga dlm seminggu atas kesibukan pekerjaan yg dilakukan demi mencari rezeki utk seisi keluarga , tapi semenjak PKP nie dikuatkuasa semua ahli keluarga dapat meluangkan sama seisi keluarga bagi semua ahli keluarga yg dpt berkumpul bersama di rumah sblom 18 March 2020 yg lalu.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan stok Roti Gardenia di Fasa 1 dan Fasa 2 yg terkenal ngan trademark mereka "Sungguh Enak... dimakan begitu sahaja" ... Di Fasa ke 3 sudah nampak ada sket stok di kedai2 walaupun pergi ke kedai lewat ptg sblom kul 6ptg.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Produk Hand Sanitizer pelbagai jenama/brand tumbuh bagaikan cendawan yg mana semua declare mendapat kelulusan KKM dan percent % alcohol melebehi percent% yg sepatutnya utk Hand Sanitizer dimana suatu ketika dahulu produk Hand Sanitizer tidak menjadi pilihan harian rutin rakyat 🇲🇾 .
📍Rak - rak di kebanyakan pasaraya besar mahupun kedai runcit kecil seperti kedai aceh cepat menjadi kosong.
📍Nama yg menjadi popular di dlm tempoh PKP nie adalah Makcik Kiah... Keropok yg menjadi Popular pulak adalah Super Ring...
📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari. Dengan x sengaja , kita hari2 menunggu sedia media yg akan dibuat oleh Pengarah Kesihatan. Jikalau dahulu kita hanya tumpukan kpd sedia media pengumuman bila tarikh nk puasa , tarik bila nak raya dan tarikh bila nak bubar parlimen 🇲🇾 serta tarikh hari pengundian sahaja.
📍Semua rakyat akan ternanti pengumuman daripada Perdana Menteri 🇲🇾 selang dua minggu sekali yg mana boleh dikatakan dan dirasai seperti Abah-Abah Atok-atok yg menasihatkan kepada anak-anak cucu-cucu sahaja ... Yg mana yg sebelum nie declare dia x kenal siapa tur Perdana Menteri 🇲🇾 yg ke 8 , kini mulai mengenalinya secara x langsung.
📍Website-website Jabatan Kerajaan seperti LHDN , KWSP dan lain2 tiba2 susah nak layari dan mohon bantuan dlm tempoh 5 ke 6 hari terawal di tarikh hari pertama boleh memohon bantuan dalam website.
📍Boleh dikatakan laa hari-hari kita mendengar perkataan "Kluster" dimana dahulunya sukar utk kita mendengarnya.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia. Ruang udara menjadi lebih bersih dan segar. Sungai-sungai di Malaysia pun kelihatan bersih dan kembali jernih di beberapa sungai.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" .
📍 Raaa ada apa-apa lagi yg blom saya senaraikan di atas nie ? Jika ada sila komen dibawah post nie yaa...
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan Facebook saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️
#copyNpaste
#forMyReference
#StayAtHome #StayAtHomeTV3 #DudukRumah #KitaJagaKita #KekalTenang #StopCovid19
Khamis, 9 Januari 2020
Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah
𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini ada rakan kongsikan kisah saidatina Khadijah yang wajar sangat kita semua ambil tahu. ...
-
Assalamualaikum dan Selamat Menemani dan menghadapi peperiksaan, InshaAllah bermula hari ini, adik bongsu saya dan calon UPSR seluruh neg...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pengalaman ini di tulis pada tahun 2017 Alhamdulillah, hari ni keputusan SPM 2016 heboh di newsfeed f...