Isnin, 22 Jun 2020

Sembang Pasca PKP, hikmah ujian covid19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pandemic dunia, mencemaskan semua orang. Tak terbayang dunia seperti ini di tahun 2020. Tahun kita dibayangkan dengan era kemodenan kereta terbang.

 Jutaan kes positif covid19 diseluruh dunia, dengan kes kematian yang sangat dahsyat di sesetengah negara.

Alhamdulillah, kes covid 19 di Malaysia, dalam keadaan terkawal. Tahniah dan terima kasih kepada barisan frontliners dan juga semua rakyat Malaysia dan penduduk Malaysia atas kerjasama.

Alhamdulillah kini kita dah melepasi fasa PKP,PKPB dan sedang dalam PKPP.

Alhamdulillah kita telah melalui Ramadhan dan Syawal dalam tempoh PKP. Sebelum ni tak terbayang man macamana kita boleh duduk di rumah dalam tempoh yang lama. Pergerakan terbatas.

Alhamdulillah. Hikmah PKP, ramai ahli keluarga yang semakin rapat, ramai berjaya menuai hasil tanaman di laman sendiri. Saya pengunjung setia fb page kebun bandar. Alhamdulillah saya sendiri dapat juga menuai cili,  bayam brazil, serai, daun pandan, daun kunyit dari laman sendiri. Kepuasan dapat bercucuk tanam tu, hanya yang merasai nya tahu.

Banyak pengusaha kedai makan dan industri makanan terjejas dengan pandemik covid19 ini. Juga pelbagai aspek ekonomi dunia.

Di sebalik itu, industri supplemen, insuran sangat diperlukan sekarang. Siapa yang tak takut dijangkiti? itu yang ramai bersiap sedia tingkatkan imuniti badan.
Cegah sebelum merawat.

Siapa tak nak sedia kan insurans untuk diri dan keluarga dalam keadaan sesiapa saje boleh dijangkiti dan menjangkiti.

To be continue...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...