Rabu, 15 April 2020

Covid 19 in Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama nya tak menulis di sini.

In sha Allah saya akan kongsikan bacaan saya di sini dari masa ke semasa mengenai covid 19.

Sekarang Malaysia berada di fasa ke 3, perintah kawalan berkurung, atau dalam bahasa inggeris nya, movement control order.

Fasa 1 bermula pada 18 Mac - 31 Mac
Fasa 2 bermula pada 1 April- 14 April
Fasa 3 bermula pada 15 April - 28 April
Fasa 4
Fasa 5

Ramalan nya, kita akan melalui sehingga fasa ke 5 perintah kawalan berkurung ni. Dijangka sehingga 29 Mei.

Allahuakbar, tak terbayang terawikh tahun ni, tak boleh dilakukan berjemaah di Masjid, semua kena di rumah sahaja, ya kita masih boleh berjemaah, tapi suasana nya berbeza kan?

Sambutan Hari Raya tahun ni pun, ada kemungkinan hanya di rumah sahaja, adat ziarah menziarahi terpaksa ditangguhkan dulu.


...
Copy paste dari fb

Hari bermula PKP Fasa ke-3...

Nak simpan kat Facebook jugak la.. buat kenang - kenangan yg takkan di lupakan seumur hidup den... Utk den baca di tahun² hadapan ๐Ÿ˜ฌ

Takkan sesekali den lupa tarikh ....

18 MAC -  31 MAC 2020 -  Fasa 1
01 APR   - 14 APR 2020 - Fasa 2
15 APR   - 28 APR 2020 - Fasa 3

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa di seluruh ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ...

๐Ÿ“Dimulai dengan rakyat ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ berpusu-pusu serbu hampir semua Balai Polis utk memohon kelulusan utk kuar dari daerah or negeri yg sedia ada mereka sedang berada pada tarikh 17 March 2020 yg lalu

๐Ÿ“ Harga minyak petrol RON95 jatuh sehingga RM1.25/liter (mggu 11 ~ 17 April 2020)

๐Ÿ“Minyak masak dirumah pulak yg sering kali cepat habis dik kerna satu keluarga 24jam sehari berada di dlm rumah dimana asyik ulang alik ke sana ke sini ke sana ke sini dari ruang tamu ke dapur.

๐Ÿ“Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

๐Ÿ“Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

๐Ÿ“Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan setiap masa.

๐Ÿ“Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

๐Ÿ“ Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.

๐Ÿ“Rakyat ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ  mula mempercayai dan menggunakan perkhidmatan ehailing utk membuat tempahan serta menghantar makanan , minuman dan barangan keperluan yg di hantar oleh Grabfood/FoodPanda/Lalamove/BungkusIT/MrSpeedy dan lain2 ehailing platform.

๐Ÿ“Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

๐Ÿ“Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

๐Ÿ“Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta

๐Ÿ“ Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

๐Ÿ“Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

๐Ÿ“Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

๐Ÿ“Mana Mak Ayah yg dahulu sukar utk berada di rumah spend masa bersama ahli keluarga dlm seminggu atas kesibukan pekerjaan yg dilakukan demi mencari rezeki utk seisi keluarga , tapi semenjak PKP nie dikuatkuasa  semua ahli keluarga dapat meluangkan sama seisi keluarga bagi semua ahli keluarga yg dpt berkumpul bersama di rumah sblom 18 March 2020 yg lalu.

๐Ÿ“Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

๐Ÿ“Taman permainan kanak - kanak ditutup.

๐Ÿ“Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

๐Ÿ“Kekurangan stok Roti Gardenia di Fasa 1 dan Fasa 2 yg terkenal ngan trademark mereka "Sungguh Enak... dimakan begitu sahaja" ... Di Fasa ke 3 sudah nampak ada sket stok di kedai2 walaupun pergi ke kedai lewat ptg sblom kul 6ptg.

๐Ÿ“Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

๐Ÿ“Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

๐Ÿ“Produk Hand Sanitizer pelbagai jenama/brand tumbuh bagaikan cendawan yg mana semua declare mendapat kelulusan KKM dan percent % alcohol melebehi percent% yg sepatutnya utk Hand Sanitizer dimana suatu ketika dahulu produk Hand Sanitizer tidak menjadi pilihan harian rutin rakyat ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ .

๐Ÿ“Rak - rak di kebanyakan pasaraya besar mahupun kedai runcit kecil seperti kedai aceh cepat menjadi kosong.

๐Ÿ“Nama yg menjadi popular di dlm tempoh PKP nie adalah Makcik Kiah... Keropok yg menjadi Popular pulak adalah Super Ring...

๐Ÿ“Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

๐Ÿ“Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

๐Ÿ“Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

๐Ÿ“Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari. Dengan x sengaja , kita hari2 menunggu sedia media yg akan dibuat oleh Pengarah Kesihatan. Jikalau dahulu kita hanya tumpukan kpd sedia media pengumuman bila tarikh nk puasa , tarik bila nak raya dan tarikh bila nak bubar parlimen ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ  serta tarikh hari pengundian sahaja.

๐Ÿ“Semua rakyat akan ternanti pengumuman daripada Perdana Menteri ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ  selang dua minggu sekali yg mana boleh dikatakan dan dirasai seperti Abah-Abah Atok-atok yg menasihatkan kepada anak-anak cucu-cucu sahaja ... Yg mana yg sebelum nie declare dia x kenal siapa tur Perdana Menteri ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ  yg ke 8 , kini mulai mengenalinya secara x langsung.

๐Ÿ“Website-website Jabatan Kerajaan seperti LHDN , KWSP dan lain2 tiba2 susah nak layari dan mohon bantuan dlm tempoh 5 ke 6 hari terawal di tarikh hari pertama boleh memohon bantuan dalam website.

๐Ÿ“Boleh dikatakan laa hari-hari kita mendengar perkataan "Kluster" dimana dahulunya sukar utk kita mendengarnya.

๐Ÿ“Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

๐Ÿ“ Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia. Ruang udara menjadi lebih bersih dan segar. Sungai-sungai di Malaysia pun kelihatan bersih dan kembali jernih di beberapa sungai.

๐Ÿ“Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

๐Ÿ“ Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

๐Ÿ“Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

๐Ÿ“ "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" .

๐Ÿ“ Raaa ada apa-apa lagi yg blom saya senaraikan di atas nie ? Jika ada sila komen dibawah post nie yaa...

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan Facebook saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ❤️๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ❤️

#copyNpaste
#forMyReference
#StayAtHome #StayAtHomeTV3 #DudukRumah  #KitaJagaKita #KekalTenang #StopCovid19

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 ๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari ๐‘ฉ๐’†๐’๐’ˆ๐’Œ๐’†๐’ ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’–๐’“๐’–๐’”๐’‚๐’ ๐‘ด๐’†๐’…๐’Š๐’‚ ๐‘บ...