Sabtu, 11 Februari 2017

8 Tugas suami Jaga Isteri dalam pantang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar isteri/suami kita hari ni?  apa khabar diri kita hari ni?

Sama2 kita doakan kita semua di beri kesihatan yang baik, rezeki dan masa yang berkat dengan izinNya, inshaAllah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. tetiba kita dah masuk bulan Februari 2017 kan.

Sekarang ni semakin selalu pula dengar berita kehamilan di kalangan rakan2 dan saudara mara. ;) yelah umur subur dan kewangan juga stabil. inshaAllah.

Umur sekitar mid-20 hingga mid-30 umur yang sesuai untuk mengandung dan juga melahirkan. yelah nak bersalin ni perlukan tenaga yang luar biasa... masa mengandung pun, ingat senang ke nak bawa extra 6-9kg tu, termasuk baby, uri, air ketuban.

Baru-baru ni, Malaysia di gemparkan dengan berita IBU B*N*H anak sendiri, meroyan tahap teruk la orang kita kata.  Astaghfirullahalazim. Si ibu mungkin tak sedar pun apa yang die buat tu. Kita tak tahu kisah sebenar disebalik tindakan ibu tu, apa perasaan beliau pada ketika itu.Namun, saya percaya ianya sukar diluahkan dengan kata-kata.

Di sinilah pentingnya sokongan keluarga dan kena kuatkan diri dengan zikirullah, mohon perlindungan dengan Allah dari perkara yg buruk seperti itu.

Mengimbau kenangan berpantang 3 kali... ianya pengalaman yang berbeza2.jika berpantang sendiri,  semasa anak pertama,mungkin masa tu kurang stress sebab kita hanya uruskan diri dan bayi sahaja, berbanding berpantang anak ke 2 dan seterusnya... perlu uruskan bayi dan anak2 yang lain juga dalam keadaan diri yang belum cukup sihat. Tentu ia bukan tugas yang mudah.

Saya sendiri pernah terasa STRESS post-natal ni. Bila baca2 symptoms nya... 'Ohhh.. rupanya aku terkesan juga'

Alhamdulillah, berkat dari Allah swt dan sokongan keluarga... saya cuba atasi nya.

Hari ni, terbaca perkongsian dari Mingguan Wanita mengenai tugas suami jaga isteri dalam pantang ni. rasanya kena simpan dan sebagai rujukan buat suami untuk tempoh berpantang yang seterusnya. Bila tu??? Masih lagi rahsia Allah swt. Buat masa sekarang, mohon di izinkan untuk membesarkan anak2 yang sedia ada dengan kasih sayang dan ilmu yang bermanfaat. inshaAllah.

Ok jom baca

8 TUGAS SUAMI JAGA ISTERI DALAM PANTANG :)


Mingguan Wanita



Untuk no 7... Boleh bagi isteri makan ostematrix, Kalsium bersama magnesium.. selain membekalkan keperluan kalsium, Bantu juga melembutkan najis.



Nota:posting ini PENTING dan sentiasa diperlukan.  inshaAllah akan di update menggunakan PC. Ni guna phone je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...