Rabu, 5 Ogos 2015

10 perkara anda MESTI tahu mengenai PENYUSUAN IBU secara EXCLUSIVE!



Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 

HAPPY BREASTFEEDING WEEK! 

Minggu kesedaran tentang penyusuan susu ibu! ya, Alhamdulillah saya dan keluarga sangat menyokong penyusuan susu ibu. Mak saya menyusukan ke semua anak nya 11 orang dengan susu ibu walaupun beliau seorang yang bekerjaya. 

InshaAllah kami, adik beradik semua akan mengikut jejak langkah mak. Alhamdulillah anak2 saya dapat menyusu badan sekurangnya sehingga berumur 2 tahun 3bulan.. ;) Alhamdulillah, kesan yang sangat baik bukan hanya untuk anak tetapi untuk ibu nya juga. 


Pengalaman saya menyusukan anak2 - lSERONOKNYA MENYUSUKAN ANAK!

Jom tengok poster dari WHO...;) Semoga bermanfaat. 





click pada poster untuk lebih jelas
Meh saya tolong translate ye.. hehe bagi mudah faham lagi ;) ( sekarang ni kan majoriti rakyat malaysia memang mahir dalam sekurangnya 2 bahasa..Bahasa Kebangsaan, dan Bahasa Inggeris. setuju? tapi tak pela.. untuk perkongsian kan..saya alih bahasa ya. 

10 perkara anda MESTI tahu mengenai PENYUSUAN IBU secara EXCLUSIVE!

1. Menyelamatkan NYAWA dan lindungi bayi dari penyakit dan susu ibu bertindak sebagai ANTI BAKTERIA agent. (ala2 iklan sabun lifebouy tu ..hehe)

2. Membekalkan semua nutrisi yang bayi perlukan pada 6 bulan pertama

3. MeMASTIkan sumber makanan yang bersih dan selamat terutama ketika KECEMASAN. ( anak menangis sebab lapar? tak perlu nak cek air panas dll, SUMBAT je kan? hehe)

4. Menjadikan bayi membesar dengan kuat dan pandai. ( ini boleh cari kajian yang menunjukkan bf babies lebih mudah bijak)

5. Menghentikan cirit birit dan kekurangan nutrisi

6. mengeratkan hubungan ibu dan bayi ( ini saya sangat SETUJU! dan banyak sangat bukti depan mata.. bf babies lebih attach ngan mothers. )

7. MenGURANGkan risiko KANSER ovari dan payu dara

8. Membantu manjarakkan kehamilan , cara semulajadi birth control. (setuju!)

9. MenJIMATkan wang sebab tak perlu beli susu formula (yang MAHAL untuk bayi bawah 1thn) dan peralatan penyusuan - botol susu dll. 

10. Melindungi persekitaran, mengurangkan sampah sarap! hehe. yelah kan kalau susu formula , kena ada tin/foil dan plastik lagi...botol plastik lagi.. dan macam2 lagi lah. 


Pengalaman saya menyusukan anak2 - lSERONOKNYA MENYUSUKAN ANAK!

iklan jap.. hehe..

ini la supplement yang membantu ramai ibu2 di Malaysia dan dunia (ahaks, perasan jap) untuk meningkatkan kualiti susu ibu, pada masa yang sama menjaga kesihatan ibu dalaman dan luaran. ;) 


Cantik pula susun macam ni kan? hehe.. 
Nak tahu pasal SET ni? jemput click - INFO SET HAMIL, PENYUSUAN dan PANTANG


Feel FREE to share and like...;) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...