Rabu, 19 Ogos 2015

Salahkah makan GULA kalau nak KURUS?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Samà2 kita doakan kita semua sihat, dengan izinNya. 

Dalam program Now Everyone Can KURUS, kami kongsikan 5 makanan yang menyumbang kepada kegemukan adalah 

1)makanan bergoreng,
2) berminyak, 
3) bersantan,
4) bergula 
5) bergaram.

Baru baru ini, kami ada berbincang dengan beberapa peserta program Now Everyone Can Kurus.





Topik yang dibincangkan adalah,

 “Mengapa gula menyumbang kepada faktor kegemukan?”

Dalam rancangan The Biggest Loser, rancangan realiti TV yang berjaya membantu ramai yang OBESE transform menjadi swan. Hehe. 

Oklah, kita fokus pada pengisian nya mengenai GULA.

Para peserta program itu berkongsi pengalaman mereka di kamera, mereka mengatakan trainer mereka sangat tidak menggalakkan para peserta mengambil makanan atau minuman yang manis kalau nak turunkan berat badan.

Pendek kata, trainer macam ‘haramkan’ gula.

Mak aih… Biar betul.

Saya tahu gula tidak bagus kalau kita nak turunkan berat badan.. Tapi, sejauh mana gula ini perlu dijauhkan?

Sekadar berkongsi dengan anda, sebenarnya gula ada dalam kebanyakan makanan asas kita. Gula ada dalam setiap buah yang kita makan. Gula ada dalam sayur yang kita ambil.



So, isu tak cukup gula dalam badan tak sepatutnya timbul. 

Ni saya nak habaq kat hampa ni, rakyat Malaysia merupakan antara pengguna gula tertinggi di Asia. Sebab itulah kalau kita tengok, ramai rakyat Malaysia yang bambam.

gula dalam makanan harian/biasa kita


So, hari ini saya nak share 2 perkara dengan anda mengapa kita sangat tidak digalakkan mengambil minuman bergula.

1. Gula menyebabkan kita ketagihan untuk makan. Bila kita makan gula, ia akan menyebabkan insulin lebih banyak dihasilkan dalam badan kita. Kesannya, otak kita akan diransang untuk mencari makan bergula lagi dan lagi dan lagi.

Contohnya, kalau kita makan air manis. Perasan tak kita rasa macam tak puas. Dah minum kita nak minum lagi. Dah habis gelas kedua, kita rasa macam nak minum lagi.

Contoh lain, kalau lepas bersenam kita ‘dimomokkan’ untuk ambil 100Plus. Sedangkan minuman ini bergula. Betul tak, kita boleh minum air ini dengan lebih banyak berbanding kalau kita minum air kosong.

Sebab apa? Otak kita akan teransang untuk mahu lagi dan lagi dan tidak rasa puas bila kita minum atau makan makanan bergula.

Nak bagi anda lagi senang faham, cuba makan kerepek yang kita beli di kedai. Untuk pengetahuan anda, kerepek itu ada gula dan MSG. Betulkan, kita makan dan tak boleh nak berhenti.

Kita terasa macam nak makan sampai habis. Kalau tak habis, lagi tu lah kena makan. Bila dah habis baru rasa puas. Betul tak?

Ha.. itulah penangan gula dalam makanan dan minuman.

2. Bila kita makan makanan atau minuman bergula, ia akan ditukarkan dalam bentuk Glycogen dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, sumber tenaga dari badan kita akan diambil dari Glycogen dahulu. Selepas Glycogen dah habis, barulah dibakar lemak lemak dalam badan kita.

So, bila kita ambil makanan atau minuman bergula, kandungan Glycogen dalam badan kita meningkat dan kesannya. 

Kita bersenam banyak, tapi tak kurus kurus. Rupa rupanya, yang dibakar adalah lebihan Glycogen dalam badan. Bukannya lemak dari badan.

Sebab itulah, mengapa pakar diet cakap. Kalau nak kurus, mesti jauhi gula.

So, faham ke faham?

Ok lepas ni. 

Fikir 1000 x sebelum anda nak ambil makanan atau minuman bergula.

Utamakan air kosong.

Anda mampu mengubahnya.

Anda suka dengan tips macam ni? Anda nak lagi? Sila komen "Nak lagi"...

Nanti saya share tips yang lagi power. Itu pun kalau ramai yang komen la. 

~ Kita Hanya Boleh Kurus Bila Kita Bertindak Dengan Ilmu Yang Kita Ada ~

Anisah
Agen NECK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...