Isnin, 29 September 2014

PENTINGKAH MINDSET???

Assalamualaikum wbt dan Salam Zulhijjah...

Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semua sihat sejahtera 

Sejak beberapa hari ni, kisah ini aktif di kongsikan... saya sendiri telah menerima kisah yang sama beberapa kali di group telegram bisnes, keluarga dan juga rakan2. dan kisahnya...menyusuk (betul ke ejaannye?) hati dan perasaan! huhu...

Mungkinkah ianya sebahagian dari petunjuk Allah nak bagi peringatan kat kita semua! 

Sebab perkara ini juga yang sebenarnya pernah dan sedang juga berlaku kepada saya! 


Apakah mindset anda sekarang?? Jom baca kisah yang menyentuh hati saya dan ramai rakan2 saya... Moga ia bermanfaat untuk anda juga.

Jemput ikuti ulasan saya selepas kisah ini ya...;) 

KISAH SI SULUNG dan SI BONGSU 

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya :

“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”

“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”

“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik matahari secara langsung”

5 TAHUN BERLALU:

KISAH SI SULUNG

Sang ibu menjenguk anak sulungnya dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.

Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.

Si sulung menjawab :
 “Saya mengikuti pesan ayah bu…
Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama² habislah modal saya..

Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang kerja saya selalu naik teksi”.

KISAH SI BONGSU

Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang keadaannya berbeda jauh.Si bungsu sukses menjalankan perniagaannya.

Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahasianya…?”

Si bungsu menjawab : 

“Ini karena saya mengikuti pesan ayah bu..
Pesan yang pertama saya dilarang menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu
saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh”.

“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup
lebih lewat”.

Perhatikan..

Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA, namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeza. 

Mereka MELAKUKAN cara yang berbeza sehingga mendapatkan HASIL yang berbeza
pula.

Hati² lah dengan Mindset kita..

Mindset positif memberi hasil menakjubkan, 

sebaliknya

mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.

The choice is yours.

Apa kaitannya kisah ini dan saya?

Dua perkara yang kerap saya terima yang saya percaya ramai yang masih tertanya juga...

Antara persoalan yang saya terima; 


Boleh ke nak belajar dengan anak2? (Belajar sampai puas... then kahwin, tak yah belajar lagi --> kata kawan saya)

Kata mak 'Boleh je, mak ada anak 2 orang masa degree, ada anak 8 orang anak masa buat masters dan ada 9 + 2 org (lahir) masa buat PhD... Alhamdulillah Allah permudahkan urusan, yang penting kita kena MAHU dan TAHU... '

Kata saya ' Alhamdulillah, berkat redha suami, mak abah. keluarga dan keluarga mertua, juga sokongan padu pensyarah dan rakan2 saya berjaya lalui sambung ijazah sarjana muda dgn anak kecil (Anas lahir masa 1st year degree), dan dapat anak ke2,Amanina masa tahun akhir degree. 

Apa yang membuatkan saya set mindset SAYA mesti boleh?

Teringat janji dengan abah masa abah bg greenlight untuk nikah masa umur 20thn...'Abah nikahkan. untuk kakak lebih fokus dan abah nak kakak buktikan yang terbaik

Alhamdulillah, masa tu fikir AKU MAHU dan NAK TAK NAK , bak kata orang putih by hook or by crook, aku kena bukti kan .. mindset untuk berjaya sangat penting. sebab kita percaya kita boleh lakukan...kita berusaha untuk lakukan! Alhamdulillah, berjaya gembira kan hati mak abah, dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kelas Pertama dalam keadaan berkeluarga dan ada anak kecil. Alhamdulillah... Saya telah berjaya buktikan!

Saya kongsikan kisah kahwin muda di sini , sila click --> Hikmah kahwin muda

Dan kini, sejak menceburkan diri dalam bisnes... 

'Macamana nak berjaya dalam bisnes? Boleh ke nak capai apa yang mentors kita capai?' 

Jawapan nya 'Boleh! bisnes mentors bertindak sebagai penasihat, kita sendiri yang kena usaha untuk mencapai apa yang kita mahu.Walaupun kita ada mentors sangat supportive,... macam2 ilmu dah mereka kongsikan.macam2 tips yang mereka berikan dalam pelbagai bentuk... Support group sangat kuat

Tapi... walau dgn pelbagai tips, kita diri sendiri yang kena bertindak untuk mencapai apa yg kita mahukan. '


Minggu lepas, pada 22 September saya telah menghadiri Master Celebration Siti Farhana, beliau yang baru berumur 25tahun dan berjaya mencapai rank tertinggi dalam shaklee dalam masa 1tahun 2 bulan... dan kunci utama yang beliau pegang FOKUS dan Set MINDSET kita AKU MAHU dan AKU MESTI capai... 

Kagum dengan semangat beliau, walaupun bisnes shaklee adalah bisnes MLM, tapi beliau tidak bergantung pada upline beliau, ini terbukti kerana upline beliau sendiri baru di rank yang ke 3, sedangkan beliau telah berada di rank ke 7, dengan 1ribu+ downline. 


Semalam,semasa di Shaklee Motivational Talk & Award Recognition, kata2 yang seakan sama di ulang tayang, 'INI BISNES ANDA, BUKAN BISNES UPLINE, BUKAN BISNES DOWNLINE... ANDA KENA USAHA SENDIRI!'... sekali lagi, ia bergantung pada mindset kita! 


Saya kongsikan jalan mudah berjaya dalam bisnes, sila click ---> Anda Pilih Highway Atau Jalan Kampung?


Jom latih diri kita dengan growth mindset! (Sila abaikan lukisan yg tidak menutup aurat.)


Tanpa mindset yang betul, tanpa tindakan yang tepat... kita tak kan ke mana...



Jom betulkan mindset kita, betulkan niat kita, tetapkan matlamat kita...

Kita hidup bukan untuk hari ini sahaja, kita hidup untuk bahagia dunia akhirat... Kita hidup untuk berbakti pada keluarga, masyarakat dan AGAMA khasnya. 




InshaAllah, More to come, when we never ever stop giving... 

Saya doakan anda yang membaca, berjaya, kaya dunia akhirat..inshaAllah. 

Semoga kita semua sentiasa dalam keberkatan Allah swt. 

Terima kasih kerana meluangkan masa... 

Sila kongsikan kisah ini untuk manfaat bersama, inshaAllah.


Usaha...Doa...dan TAWAKAL.

Feel free to LIKE and SHARE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...