Assalamualaikum wbt,
Apa khabar anda hari ini? Saya doakan anda yang sedang membaca ini dalam keadaan sihat sejahtera dan inshaAllah diberkati Allah swt,
Inalillahirajiun, dari Allah kita datang, kepadanya kita kembali. Petang semalam saya di kejutkan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa pejalan kaki.
Macam pelik bunyi nya, pejalan kaki pun blh maut?
Allahuakbar... pelik tetapi benar.
Bayangkan situasi biasa, pelajar pulang dari kuliah dan tiba2 dilanggar kereta yang mana pemandunya, seorang pensyarah yang dikatakan sedang pening, ada sumber yang memberitahu beliau pitam/pengsan semasa memandu, dan ada juga sumber yang memaklumkan beliau pengidap darah tinggi.
Allahuakbar... beliau sudah pun berumur 58tahun dan berpenyakit namun masih gigih berbakti, pada pendapat saya, seorang insan yang mulia. Moga Allah ampunkan dosa beliau atas perbuatan yang tidak di sengajakan ini.
Buat keluarga mangsa, salam takziah saya ucapkan. Moga allahyarhamah di tempatkan dikalangan orang solihin. Meninggal dunia di kala dalam keadaan sedang menuntun ilmu.
Saya sendiri pernah melalui jalan tersebut, UiTM Dihatiku... saya pernah bergelar pelajar UiTM sejak tahun 2005 hingga 2011 dan kemudian staff selama 2 tahun. Kira saya kenal kawasan UiTM. Lagi2 kedudukan fakulti sains sukan, betul2 terletak di atas Fakulti Sains Komputer dan Matematik, bersebelahan dengan Fakulti Pergigian. Memang agak curam, tapi tak pernah lagi dengar kes sebegini sebelum ini.
Allahuakbar, perkara sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Betapa benar pesan imam Al-Ghazali,
Apa yang paling hampir dengan kita? MATI!
Berita penuh saya petik dari Astroawani
SHAH ALAM: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut akibat dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah universiti berkenaan di dalam kawasan kampus di sini petang semalam.
Mangsa, Fatin Farradia Yusof, 20, dilanggar kenderaan itu ketika berjalan selepas bergambar bersama rakan-rakannya di kawasan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sehingga menyebabkannya terjatuh dari kawasan berbukit ke perhentian bas berdekatan.
Fatin Farradia merupakan penuntut tahun kedua Diploma Sains Sukan dan Rekreasi meninggal dunia kira-kira 7.30 malam tadi, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, berikutan pendarahan dalaman.
Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya ketika dihubungi berkata dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa yang baru selesai menghadiri kuliah, dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh kereta itu, menyebabkannya tercampak.
"Kereta pensyarah itu kemudian melanggar pembahagi jalan manakala mangsa jatuh ke bawah bukit setinggi kira-kira lima meter dan pengsan sebelum dia dikejarkan ke HTAR," katanya.
Menurut Azizul, pensyarah wanita berumur 58 tahun yang memandu kenderaan tersebut difahamkan mengalami sakit kepala sebelum kejadian itu, menyebabkan beliau gagal mengawal kereta tersebut.
"Pensyarah itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini untuk pemantauan lanjut daripada doktor," katanya.
Sementara itu, jenazah Fatin Farradia difahamkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Dungun, Terengganu selepas proses bedah siasat selesai.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
,,,
,,,
Al fatihah,
Mari sama2 kita baca dan amin kan doa di bawah... Moga kita terlindung dari musibah di masa sekarang atau akan datang. Amin
Salam takziah,
Anisah
19 September 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan