Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lama nya tak menulis di sini.
In sha Allah saya akan kongsikan bacaan saya di sini dari masa ke semasa mengenai covid 19.
Sekarang Malaysia berada di fasa ke 3, perintah kawalan berkurung, atau dalam bahasa inggeris nya, movement control order.
Fasa 1 bermula pada 18 Mac - 31 Mac
Fasa 2 bermula pada 1 April- 14 April
Fasa 3 bermula pada 15 April - 28 April
Fasa 4
Fasa 5
Ramalan nya, kita akan melalui sehingga fasa ke 5 perintah kawalan berkurung ni. Dijangka sehingga 29 Mei.
Allahuakbar, tak terbayang terawikh tahun ni, tak boleh dilakukan berjemaah di Masjid, semua kena di rumah sahaja, ya kita masih boleh berjemaah, tapi suasana nya berbeza kan?
Sambutan Hari Raya tahun ni pun, ada kemungkinan hanya di rumah sahaja, adat ziarah menziarahi terpaksa ditangguhkan dulu.
...
Copy paste dari fb
Hari bermula PKP Fasa ke-3...
Nak simpan kat Facebook jugak la.. buat kenang - kenangan yg takkan di lupakan seumur hidup den... Utk den baca di tahun² hadapan 😬
Takkan sesekali den lupa tarikh ....
18 MAC - 31 MAC 2020 - Fasa 1
01 APR - 14 APR 2020 - Fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 - Fasa 3
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa di seluruh 🇲🇾 ...
📍Dimulai dengan rakyat 🇲🇾 berpusu-pusu serbu hampir semua Balai Polis utk memohon kelulusan utk kuar dari daerah or negeri yg sedia ada mereka sedang berada pada tarikh 17 March 2020 yg lalu
📍 Harga minyak petrol RON95 jatuh sehingga RM1.25/liter (mggu 11 ~ 17 April 2020)
📍Minyak masak dirumah pulak yg sering kali cepat habis dik kerna satu keluarga 24jam sehari berada di dlm rumah dimana asyik ulang alik ke sana ke sini ke sana ke sini dari ruang tamu ke dapur.
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan setiap masa.
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
📍Rakyat 🇲🇾 mula mempercayai dan menggunakan perkhidmatan ehailing utk membuat tempahan serta menghantar makanan , minuman dan barangan keperluan yg di hantar oleh Grabfood/FoodPanda/Lalamove/BungkusIT/MrSpeedy dan lain2 ehailing platform.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
📍Mana Mak Ayah yg dahulu sukar utk berada di rumah spend masa bersama ahli keluarga dlm seminggu atas kesibukan pekerjaan yg dilakukan demi mencari rezeki utk seisi keluarga , tapi semenjak PKP nie dikuatkuasa semua ahli keluarga dapat meluangkan sama seisi keluarga bagi semua ahli keluarga yg dpt berkumpul bersama di rumah sblom 18 March 2020 yg lalu.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan stok Roti Gardenia di Fasa 1 dan Fasa 2 yg terkenal ngan trademark mereka "Sungguh Enak... dimakan begitu sahaja" ... Di Fasa ke 3 sudah nampak ada sket stok di kedai2 walaupun pergi ke kedai lewat ptg sblom kul 6ptg.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Produk Hand Sanitizer pelbagai jenama/brand tumbuh bagaikan cendawan yg mana semua declare mendapat kelulusan KKM dan percent % alcohol melebehi percent% yg sepatutnya utk Hand Sanitizer dimana suatu ketika dahulu produk Hand Sanitizer tidak menjadi pilihan harian rutin rakyat 🇲🇾 .
📍Rak - rak di kebanyakan pasaraya besar mahupun kedai runcit kecil seperti kedai aceh cepat menjadi kosong.
📍Nama yg menjadi popular di dlm tempoh PKP nie adalah Makcik Kiah... Keropok yg menjadi Popular pulak adalah Super Ring...
📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari. Dengan x sengaja , kita hari2 menunggu sedia media yg akan dibuat oleh Pengarah Kesihatan. Jikalau dahulu kita hanya tumpukan kpd sedia media pengumuman bila tarikh nk puasa , tarik bila nak raya dan tarikh bila nak bubar parlimen 🇲🇾 serta tarikh hari pengundian sahaja.
📍Semua rakyat akan ternanti pengumuman daripada Perdana Menteri 🇲🇾 selang dua minggu sekali yg mana boleh dikatakan dan dirasai seperti Abah-Abah Atok-atok yg menasihatkan kepada anak-anak cucu-cucu sahaja ... Yg mana yg sebelum nie declare dia x kenal siapa tur Perdana Menteri 🇲🇾 yg ke 8 , kini mulai mengenalinya secara x langsung.
📍Website-website Jabatan Kerajaan seperti LHDN , KWSP dan lain2 tiba2 susah nak layari dan mohon bantuan dlm tempoh 5 ke 6 hari terawal di tarikh hari pertama boleh memohon bantuan dalam website.
📍Boleh dikatakan laa hari-hari kita mendengar perkataan "Kluster" dimana dahulunya sukar utk kita mendengarnya.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia. Ruang udara menjadi lebih bersih dan segar. Sungai-sungai di Malaysia pun kelihatan bersih dan kembali jernih di beberapa sungai.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" .
📍 Raaa ada apa-apa lagi yg blom saya senaraikan di atas nie ? Jika ada sila komen dibawah post nie yaa...
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan Facebook saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️
#copyNpaste
#forMyReference
#StayAtHome #StayAtHomeTV3 #DudukRumah #KitaJagaKita #KekalTenang #StopCovid19
Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Rabu, 15 April 2020
Khamis, 9 Januari 2020
Jumaat, 27 September 2019
Surirumah dan depressi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Lamanya rasa tak berkongsi di sini. Jujur nya saya mengalami kemurungan tahap taknak buat apa2 pun.
Tetiba banyak pula artikel yang lalu di wall fb mengenai isu ini.
Ada artikel di fb page Public Health Malaysia, Pa&Ma, dan pelbagai lagi.
Kenapa ya surirumah sekarang ni ramai yang mengalami depressi?
Oklah nanti sambung, Aman dah buat pusingan tawaf ni mencari jalan nak ajak menyusu.
...
Di antara artikel
https://www.hijabista.com.my/wanita-ini-kongsi-tanda-tanda-awal-alami-kemurungan-jika-ada-salah-satu-tanda-ini-segera-dapatkan-rawatan-pakar/

Isnin, 23 September 2019
-Me time- isteri yang paling berharga
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Saya kongsikan kisah yang saya terima di group shawal keluarga. Semoga saya dan suami juga mendapat ketenangan kebahagiaan seperti 'pakcik dan makcik' .aamin.
...
*"Percayalah, nanti kau akan mengerti bahawa memilih pasangan itu bukan hanya tentang soal cinta, tapi juga tentang siapa yang akan menemani ibadahmu, hingga engkau menutup mata."*
Semoga Allah menjadikan pasangan2 kita Qurratu'ain.
*Terkesan dengan penulisan ini*
Hari tu aku solat Subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.
Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.
Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni 'Assalamualaikum cikgu..'. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.
Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku.
Aku yang naif ni terus la tanya dia 'Kenapa dengan selipar tu pak cik?'.
Dia jawab 'Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..'
Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi.
So aku pun saje la tanya dia 'Lama jugak ye isteri pak cik solat?'
Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.
'Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..'
Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.
Aku selalu terfikir bahawa 'me time' isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut. Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.
'Me time' yang terbaik ialah biar isteri ada 'quality time' dengan Tuhan dia. Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.
Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah 'kenapa lama sangat!' padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat 'quality time' dengan Tuhan dia.
Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat 'masa berharga' ni. Bukan sekadar 'masa berharga' tak jaga suami atau anak je.
Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.
Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.
Allah, Allah.
Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.
Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.
'Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..'
Amin. 🥰
Selasa, 14 Mei 2019
Cara Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa
Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak.
Izinkan saya kongsikan tips yang menyambut Ramadhan dengan keselesaan semasa berpuasa.
Cara Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa
Izinkan saya kongsikan tips yang menyambut Ramadhan dengan keselesaan semasa berpuasa.
Cara Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa
1. Pedih Ulu Hati
Cara Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa
2. Sembelit
2. Sembelit
Cara Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa
3. Letih/ lesu
Cara Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa
4. Sakit Kepala
Cara Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa
5. Dehidrasi
5. Dehidrasi
Cara Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa
6. Pertambahan Berat Badan
Khamis, 7 Mac 2019
Part time Jobs Mobile Spa
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Memasuki tahun 2019, ramai rakan-rakan mengadu menghadapi cabaran kewangan. yelah kan, yang mana yang nak kahwin, yang mana yang ada anak, ada pertambahan anak, anak masuk sekolah, anak masuk universiti, dan lain2 lagi. Hakikatnya, perbelanjaan kita meningkat dari tahun ke tahun. Setuju?
Alhamdulillah, peluang menceburkan diri dalam bidang mobile spa ni, datang tanpa di sangka. yelah kan, bila di fikirkan, sebagai seorang wanita, penjagaan diri, untuk kelihatan cantik adalah satu kepuasan yang tak dapat dilahirkan dengan kata-kata.
Bak kata pengasas The Walking Beauty (TWB) , Puan Ainul 'Di mana ada wanita, di situ bisnes mobile spa ni boleh hidup'
Kenapa Mobile Spa? Mobile Spa ini merupakan khidmat spa bergerak, di mana beautician yang akan ke tempat customer atau sebaliknya. Peralatan spa di bawa ke tempat di mana perkhidmatan di jalankan.
Alumni ahli TWB kini berada di seluruh Malaysia, ada di Dubai , Brunei dan beberapa negara lagi. Ramai ahli twb terdiri dari geng cikgu sekolah dan pegawai pejabat dan pelbagai profession lagi. Mereka memanfaatkan waktu rehat atau setelah selesai tugasan hakiki, memberi perkhidmatan spa pada rakan setugas. Ada juga geng surirumah yang menjalankan bisnes mobile spa ini secara part time, bila weekend atau bila customer datang ke rumah, sambil menjaga anak2 boleh je menSpakan orang. Melalui TWB, kita di ajarkan teknik2 itu. In Sha Allah. Bagi yang takde transport sendiri, sekarang ni era milenium, grab ada, public transport pun banyak. Nak seribu daya kan?
Kiranya dengan 'bekerja' 20 jam sebulan, anda boleh menjana income 4angka. Ini secara part time ya.
Bertambah menarik, melalui part time jobs mobile spa ni, kita berpeluang mendapat pendapatan melalui 6 penjuru. Kiranya bukan sekadar melalui perkhidmatan spa sahaja. Berpeluang juga melancong keluar negara!
Ok, Macamana ya nak join PART TIME JOBS MOBILE SPA NI?
Sekarang ni founder telah buat 2 jenis pakej. untuk nak tahu apa pakej tu... sila click -
x

Siapa taknak rasa cantik kan? Siapa tak nak di belai2?
Bak kata pengasas The Walking Beauty (TWB) , Puan Ainul 'Di mana ada wanita, di situ bisnes mobile spa ni boleh hidup'
Kenapa Mobile Spa? Mobile Spa ini merupakan khidmat spa bergerak, di mana beautician yang akan ke tempat customer atau sebaliknya. Peralatan spa di bawa ke tempat di mana perkhidmatan di jalankan.
Saya sedang bekerja, saya seorang surirumah, saya takde transport sendiri,
boleh ke nak join part time jobs mobile spa ni?
Alumni ahli TWB kini berada di seluruh Malaysia, ada di Dubai , Brunei dan beberapa negara lagi. Ramai ahli twb terdiri dari geng cikgu sekolah dan pegawai pejabat dan pelbagai profession lagi. Mereka memanfaatkan waktu rehat atau setelah selesai tugasan hakiki, memberi perkhidmatan spa pada rakan setugas. Ada juga geng surirumah yang menjalankan bisnes mobile spa ini secara part time, bila weekend atau bila customer datang ke rumah, sambil menjaga anak2 boleh je menSpakan orang. Melalui TWB, kita di ajarkan teknik2 itu. In Sha Allah. Bagi yang takde transport sendiri, sekarang ni era milenium, grab ada, public transport pun banyak. Nak seribu daya kan?
Ini antara pakej yang di tawarkan dalam mobile spa. Bayangkan jika dalam masa sebulan anda dapat 10 sahaja pelanggan yang perlukan perkhidmatan
A) Refreshing Facial (30minit)
Jumlah upah = RM59 x 10 = RM590.
RM590 untuk 5jam berkerja
RM590 untuk 5jam berkerja
B) Hydrating Facial 60 minit bagi setiap sesi
Jumlah upah = RM79 x 10 = RM790.
RM790 untuk 10 jam berkerja
Ini adalah kiraan ringkas, biasanya jika customer nak tambah bodu scrub, atau hand & foot spa, semua tu boleh masuk dalam kiraan upah kita. Menarik kan?
Jumlah upah = RM79 x 10 = RM790.
RM790 untuk 10 jam berkerja
Ini adalah kiraan ringkas, biasanya jika customer nak tambah bodu scrub, atau hand & foot spa, semua tu boleh masuk dalam kiraan upah kita. Menarik kan?
Kiranya dengan 'bekerja' 20 jam sebulan, anda boleh menjana income 4angka. Ini secara part time ya.
Bertambah menarik, melalui part time jobs mobile spa ni, kita berpeluang mendapat pendapatan melalui 6 penjuru. Kiranya bukan sekadar melalui perkhidmatan spa sahaja. Berpeluang juga melancong keluar negara!
Ok, Macamana ya nak join PART TIME JOBS MOBILE SPA NI?
Sekarang ni founder telah buat 2 jenis pakej. untuk nak tahu apa pakej tu... sila click -
Sila hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan
Rakan Beautician Anda,
Anisah 0136216522
Anisah 0136216522
x
Selasa, 5 Mac 2019
Pakej terkini Kursus Mobile Spa TWB 2019
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ramai tertanya-tanya apa pakej terkini Kursus Mobile Spa TWB bagi tahun 2019 ni. Alhamdulillah, founder telah umumkan pakej nya ialah seperti di bawah.
Ramai tertanya-tanya apa pakej terkini Kursus Mobile Spa TWB bagi tahun 2019 ni. Alhamdulillah, founder telah umumkan pakej nya ialah seperti di bawah.
Package A: RM 1,999
- Sijil Penyertaan
- Starter set Youth Skincare
- Trial Kit Spa
- Mobile Bag Spa
- 5 courses (Facial, Body Scrub, Foot & Hand Spa, Sauna, Aroma Milk Bath)
Package B: RM 2,999
- Sijil Penyertaan
- Complete Youth Skincare
- Trial Kit Spa
- Trolley Bag Spa
- Skin Analyzer
- Ion Massage
- Facial bowl
- 5 courses (Facial, Body Scrub, Foot & Hand Spa, Sauna, Aroma Milk Bath)
- BONUS! Make Over Class worth RM 1k
Sila hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan
Rakan Beautician Anda,
Anisah 0136216522
Anisah 0136216522
Langgan:
Catatan (Atom)
Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah
𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...
-
Assalamualaikum dan Selamat Menemani dan menghadapi peperiksaan, InshaAllah bermula hari ini, adik bongsu saya dan calon UPSR seluruh neg...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apa khabar anda hari ini? Di doakan sihat sejahtera fizikal & mental nya. Seram tengok berita sek...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini ada rakan kongsikan kisah saidatina Khadijah yang wajar sangat kita semua ambil tahu. ...