Khamis, 30 September 2021

Vaksin covid`19 ketika hamil

 Hamil di musim pandemik covid 19, ada cabarannya tersendiri. Ibu hamil perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik tanpa di temani suami, dan melahirkan anak tanpa dapat ditemani suami. Tahap kecekalan kena tinggi. Bila saya dan suami merancang untuk hamil lagi, kami telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk ini.


  Malaysia dikejutkan dengan jangkitan covid19 dikalangan ibu hamil yang agak tinggi pada tahun 2021 ini. Ia turut melibatkan pembedahan kecemasan di kalangan  ibu hamil, yang mana anaknya terpaksa di bedah, walaupun usia kandungan belum cukup matang kerana Ibu nya terpaksa di komakan, di telangkupkan, diberikan rawatan rapi. Ada yang ibu dan bayi selamat, namun banyak juga kes yang dukacita, dimana ibu atau bayi tidak dapat diselamatkan.

 

 Kemuncaknya, kes selebriti Siti Sarah yang sangat menyentuh hati dan perasaan kita semua. Allahyarhamah meninggal dunia, selepas dua hari dikomakan. Namun, rentetan dari kes beliau, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan masyarakat lebih cakna dengan kesihatan ibu hamil. KKM terus arahkan vaksin boleh diberikan kepada semua ibu hamil, tidak kira umur kehamilan. Alhamdulillah, ia antara usaha untuk mencegah jangkitan yang serious di kalangan ibu hamil.

Selain dari usaha untuk tingkatkan imuniti badan melalui pengambilan diet yang sihat serta supplemen kesihatan. Saya yakin vaksin sebagai salah satu usaha untuk mencegah penyebaran virus, saya telah mendaftar untuk suntikan vaksin sejak awal pengumuman oleh pihak kerajaan.


Sebagai seorang ibu yang hamil, tentulah saya turut risau, di hari kematian Allahyarhamah Siti Sarah, terasa jiwa tidak tenang, terbayang andai diri berada di tempat beliau. “Bersediakah aku andai aku dijemput? Cukupkah amalan ku untuk dihitung, layakkah aku memasuki syurga? Bagaimana dengan anak-anak yang bakal aku tinggalkan? Suami ku, mak abah? Allah, aku belum bersedia. ”

Kebetulan pada ketika itu, saya baru menerima  suntikan vaksin covid19 dos ke 2, dan demam serta sakit badan. Allahu Ya Syaffi, sesungguhnya Allah yang Maha Menyembuhkan. Tidak putus saya berdoa dan mohon ahli keluarga terutama suami, mak abah serta anak-anak untuk mendoakan kesembuhan saya.

 

Kata suami tersayang “Sayang, jangan di fikirkan benda yang negatif, fikirkan sembuh, mohon kekuatan dari Allah, fikirkan anak yang dikandung ni, kita sama-sama berdoa dan usaha dengan pengambilan makanan yang sihat, rehat secukupnya, in sha Allah sayang dan bayi kita akan selamat, sihat sejahtera.”

Ajaibnya kata-kata dan doa daripada suami seolah meniup semangat yang tidak dapat di gantikan dengan apa-apa. Alhamdulillah.

Allah berfirman: “Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan. (Surah Al Araf :25). Yakin dengan firmanNya, Dia yang menghidupkan, Dia juga yang mematikan.


Alhamdulillah, sokongan keluarga sangat penting. Berkat kata-kata semangat dari ahli keluarga dan memohon doa dari Allah swt, jiwa saya kembali tenang. Sesungguhnya semua yang berlaku ada hikmahNya, semua yang berlaku dengan izinNya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...