Isnin, 17 Julai 2017

Resepi lala masak lemak cili api

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah... Hari ni dalam sejarah, seawal  pukul 7 pagi dah ke pasar. Dan bukan sekadar pasar... Pasar Besar Klang. Jiran2 duk cakap kat sana seafood segar dan murah. Since ada yang sudi jemput pergi sekali, maka pergila saya tanpa anak2.. Yeah! Shopping tanpa anak2. Hehe. Shopping barang dapur je pun.

Alhamdulillah, dapat beli lala dengan harga RM4/kg. 

Oh lagi satu kalau nak beli seafood ni, kena beli ikut kg... kiranya takleh nak minta 500gm je. kecuali pakatlah dengan kawan2 ke. erm, tapi lala sekg tu.. sikit je, puas la kami makan anak beranak. Rambang mata juga hari tu, nampak kesegaran hidupan2 laut ni, kata penjual ada yang masih gedik2 nyawa ikan lagi. kalau nak lagi fresh, datang pukul 3-4pagi.  agak2 nak pergi, click je kat google map tu 'pasar besar klang' nanti jumpa la ye. Sebab ramai juga yang belum pernah sampai, walaupun duduk di shah alam dan klang jer. 

Oklah posting ni sebenarnya nak share resepi... since cik abang yang request nak LALA masak lemak cili api, siap google lagi. jadi kita pun re-share la kat sini. hehe. basic je sama je macam masak lemak lain juga. tapi saya pasti, ada je yang tak sure kan. hehe. ;) ok lah selamat membaca dan mencuba... kemudian menjamu selera.


Resipi lala masak lemak cili api

LALA masak lemak cili api


Bahan A
Bawang besar
Bawang putih
Cili api
Cili merah
...
Bahan B
Serai di ketuk
Santan 1 kotak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
asam keping ( kebetulan kat rumah dah habis, jd saya tak letak pun)
...
Lala   1kg
...
Cara2

1. Blend bahan A
2. Masukkan bahan A + B, didihkan
3. Masukkan lala dan kacau

Siap... Nyummy... kesegaran lala tu, sedapnya. Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Cik abg dan anak2 sangat suka.

Psst jemput makan alfalfa ya selepas tu.
Macam saya dedulu allergy seafood sekarang? Pantang jumpa jer.



Info alfalfa click -->alfalfa atau Shaklee Malaysia - Alfalfa ,

Isnin, 10 Julai 2017

Andai terlupa PASSPORT

KISAH SEORANG YANG TERLUPA PASSPORT

Cerita ini diberitahu oleh seorang alim kepada sahabat saya, Tuan Aboy Salleh, lalu disampaikan pula pada saya. Jadi, saya rasa bersalah kalau tak share cerita ini pada anda semua.

.................
Katakanlah,

Kita dah lama rancang nak melancong ke sebuah negara ini. Kita tahu tempatnya cantik, cuacanya permai. Penduduknya pun baik-baik.

Kita dah siapkan bagasi, semua kelengkapan tidak tertinggal. Kita ajak ahli keluarga semua. Kita dah siapkan itinerary apa nak dibuat. Nak makan apa, nak minum apa, nak melawat siapa, nak beraktiviti apa.

Namun,
tiba-tiba,
setelah bagasi kita check-in,
kita teraba-raba di poket,

"Alamak! Mana passport aku?"

Masa tu, kita takkan boleh kejar balik rumah dapatkan passport. Hati kita dah berbungkam, kecewa. Puas kita menangis, merayu pada penjaga pintu supaya kita dilepaskan.

Sayang sekali,
kita takkan melepasinya.

Kita akhirnya,
ditinggal keseorangan.

Sahabatku,
begitulah hakikat kehidupan di dunia ini. Passport itu, adalah ibaratnya solat 5 waktu kita.

Kita dah siapkan bagasi sebagai 'bekalan', untuk dipersembahkan kepada kekasih kita, Allah. Bekalan inilah ibaratnya 'bagasi' kita, besar, cantik dan banyak.

Kita dah siap bawa ibu ayah dikasihi, isteri dan anak tercinta. Kita bawa semua orang yang kita sayang, untuk bertemu Yang Maha Penyayang.

Kita dah berangan-angan nak buat apa sewaktu di syurga. Inilah 'itinerary' kita.

Tapi,
tanpa passport,
kita akan terduduk kekecewaan.

Tiada passport,
keluarga kita takkan melepasi 'gate' tanpa kita. Atau kita ditinggal keseorangan di situ.

Tanpa passport,
tiada guna lagi bagasi besar, cantik dan banyak, yang telah kita persiapkan bertahun-tahun. Semua 'bagasi' itu jadi sia-sia.

Hanya kerana tertinggal passport, kita takkan dapat naik ke penerbangan 'suci'. Sedang yang lain, berlepas ke negeri abadi.

Sahabatku,

Samada kita ada bagasi ataupun tidak,
kita jangan tertinggal PASSPORT

Ingatlah PASSPORT sepanjang masa,
atau bersamalah orang yang sering ingatkan kita tentang PASSPORT kita.

Passport kita,
adalah solat 5 waktu.

Sunat Dhuha berbelas rakaat tak pernah tinggal,

TAPI,
solat Fardhu kita tak pernah khusyuk, ataupun on-off. Habislah 'passport' kita.

Kita sedekah bagai nak rak, bukan sedikit jumlahnya, ikhlas dan sembunyi lagi. Allah siap bagi separuh amalan, walau kita baru pasang niat saja, MasyaAllah Maha Baiknya Allah.

TAPI,
kita sembunyi atau lari bila bersolat Fardhu. Habislah 'passport' kita.

Apa jenis puasa pun, puasa sunat Isnin Khamis, puasa Ramadhan tak pernah tinggal, pakej puasa enam Syawal yang ganjarannya dikira sepanjang tahun. Nyambil-nyambil mengaji Quran khatam pulak banyak kali.

TAPI,
kita sesekali ter'miss' pula solat Fardhu. Atau entah berapa kali Subuh Gajah. Maka, habislah 'passport' kita.

Passport kita,
adalah solat Fardhu kita.
Jagalah solat 5 waktu ini.

Inilah peringatan untuk saya, dan keluarga kita. Mohon Share, kerana kita taknak 'tercicir' dari penerbangan ini.

Sumber : fb Al Irfan Jani

Khamis, 6 Julai 2017

Info Ahli Shaklee : Cara order online melalui shaklee2u

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah kini genaplah 4 tahun saya mendaftar sebagai ahli shaklee. Dulu di awal2 saya join, belum ada sistem online seperti sekarang. Jadi bila nak beli kena guna email atau call ataupun terus ke branch/HQ. 

Sekarang ni, dah semakin mudah.. dengan sistem online , click2 je, shaklee akan poskan. Ada kala nya sehari je, tak sampai 24jam pun barangnya dah sampai depan pintu rumah. Ada kala ambil masa sikit, yelah kan pengurusan pos2 ni ada musim nya juga, cth macam raya ni, 'traffic jammed' la juga kan. Shaklee kata standard nya 4-5 hari bekerja. Jadi sabar la ya.

Oklah since ada beberapa downline saya tanya macamana nak order thru online ni. Memang mudah jer, tapi untuk orang yang pertama kali nak guna ataupun yang belum biasa buat belian online sendiri ni. agak tertanya2 juga kan. 


Ini step yang Master Ira kongsi..

Bila step dengan gambarajah mudah lagi kan???
Saya kongsikan dulu link yang Pn nurul sediakan... nanti update version saya pula inshaAllah. 
 

Sayang dah register ahli , dah layak beli harga ahli dan boleh dapat BONUS, tapi ada yang sanggup beli dekat kedai ataupun orang lain sebab tak reti guna online. tapi bila dah pandai guna, MUDAH je. dalam masa 5 minit (atau mungkin kurang) dah boleh selesai pun. 

Buat ahli2 shaklee, sila lah guna kan kemudahan yang pihak syarikat dah sediakan. 

Buat mereka yang jual di kedai2 jamu etc, sesungguhnya pihak syarikat tak benarkan tau. Jagalah kebajikan pengedar shaklee berdaftar ni. dan lagi satu... bila dah beli shaklee, kena la ada guideline cara makan yang betul, boleh pantau keberkesanan produk atau apa2 yang diperlukan. setuju kan?

Ok la terbebel pula... hehe. 

Sehingga berjumpa lagi. 

Anisah 
Pengedar Shaklee Sejak Julai 2013

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...