KISAH SEORANG YANG TERLUPA PASSPORT
Cerita ini diberitahu oleh seorang alim kepada sahabat saya, Tuan Aboy Salleh, lalu disampaikan pula pada saya. Jadi, saya rasa bersalah kalau tak share cerita ini pada anda semua.
.................
Katakanlah,
Kita dah lama rancang nak melancong ke sebuah negara ini. Kita tahu tempatnya cantik, cuacanya permai. Penduduknya pun baik-baik.
Kita dah siapkan bagasi, semua kelengkapan tidak tertinggal. Kita ajak ahli keluarga semua. Kita dah siapkan itinerary apa nak dibuat. Nak makan apa, nak minum apa, nak melawat siapa, nak beraktiviti apa.
Namun,
tiba-tiba,
setelah bagasi kita check-in,
kita teraba-raba di poket,
"Alamak! Mana passport aku?"
Masa tu, kita takkan boleh kejar balik rumah dapatkan passport. Hati kita dah berbungkam, kecewa. Puas kita menangis, merayu pada penjaga pintu supaya kita dilepaskan.
Sayang sekali,
kita takkan melepasinya.
Kita akhirnya,
ditinggal keseorangan.
Sahabatku,
begitulah hakikat kehidupan di dunia ini. Passport itu, adalah ibaratnya solat 5 waktu kita.
Kita dah siapkan bagasi sebagai 'bekalan', untuk dipersembahkan kepada kekasih kita, Allah. Bekalan inilah ibaratnya 'bagasi' kita, besar, cantik dan banyak.
Kita dah siap bawa ibu ayah dikasihi, isteri dan anak tercinta. Kita bawa semua orang yang kita sayang, untuk bertemu Yang Maha Penyayang.
Kita dah berangan-angan nak buat apa sewaktu di syurga. Inilah 'itinerary' kita.
Tapi,
tanpa passport,
kita akan terduduk kekecewaan.
Tiada passport,
keluarga kita takkan melepasi 'gate' tanpa kita. Atau kita ditinggal keseorangan di situ.
Tanpa passport,
tiada guna lagi bagasi besar, cantik dan banyak, yang telah kita persiapkan bertahun-tahun. Semua 'bagasi' itu jadi sia-sia.
Hanya kerana tertinggal passport, kita takkan dapat naik ke penerbangan 'suci'. Sedang yang lain, berlepas ke negeri abadi.
Sahabatku,
Samada kita ada bagasi ataupun tidak,
kita jangan tertinggal PASSPORT
Ingatlah PASSPORT sepanjang masa,
atau bersamalah orang yang sering ingatkan kita tentang PASSPORT kita.
Passport kita,
adalah solat 5 waktu.
Sunat Dhuha berbelas rakaat tak pernah tinggal,
TAPI,
solat Fardhu kita tak pernah khusyuk, ataupun on-off. Habislah 'passport' kita.
Kita sedekah bagai nak rak, bukan sedikit jumlahnya, ikhlas dan sembunyi lagi. Allah siap bagi separuh amalan, walau kita baru pasang niat saja, MasyaAllah Maha Baiknya Allah.
TAPI,
kita sembunyi atau lari bila bersolat Fardhu. Habislah 'passport' kita.
Apa jenis puasa pun, puasa sunat Isnin Khamis, puasa Ramadhan tak pernah tinggal, pakej puasa enam Syawal yang ganjarannya dikira sepanjang tahun. Nyambil-nyambil mengaji Quran khatam pulak banyak kali.
TAPI,
kita sesekali ter'miss' pula solat Fardhu. Atau entah berapa kali Subuh Gajah. Maka, habislah 'passport' kita.
Passport kita,
adalah solat Fardhu kita.
Jagalah solat 5 waktu ini.
Inilah peringatan untuk saya, dan keluarga kita. Mohon Share, kerana kita taknak 'tercicir' dari penerbangan ini.
Sumber : fb Al Irfan Jani
Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah
𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini ada rakan kongsikan kisah saidatina Khadijah yang wajar sangat kita semua ambil tahu. ...
-
Assalamualaikum dan Selamat Menemani dan menghadapi peperiksaan, InshaAllah bermula hari ini, adik bongsu saya dan calon UPSR seluruh neg...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pengalaman ini di tulis pada tahun 2017 Alhamdulillah, hari ni keputusan SPM 2016 heboh di newsfeed f...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan